Sunday, September 26, 2010

blogwalking

aktiviti di kala kebosanan melanda: blogwalking...

blog pertama yang diterjah: blog zack zukhairi..hampa.....kerana sudah lama tidak diupdate..
blog kedua: blog langit illahi-hilal asyraf: tiada entri terbaru jugak..sume entri2 yang lepas sudah dibaca..

blog ketiga dan berjaya membuat aku terpaku lama di situ : blog fynn jamal..
sudah lama aku tidak menyelongkar isi2 blog ini..mula dari satu entri yang terbaru ke beberapa entri lepas yang aku x singkap lagi... jadi seronok membaca dan membaca...

adat la manusia..bukan sume orang suka..bukan sume orang benci..tapi aku mmg minat gaya penulisan fynn jamal...agak bersahaja walau bahasa yang dilontarkan kurang 'adabnya' tapi itulah dia..itulah diri dia yang sebenarnya..bukan seorang yang pandai bermuka2.. walau aku x pernah kenal dia..tapi dari beberapa entri dia mmg akan terasa betapa dia seorang yang jujur dalam penulisannya..itu pendapat aku la kan..

pernah aku membaca satu entrinya yang tanpa sedar aku menangis sekali..betapa penulisannya begitu menusuk ke jiwa...

yang aku cukup suka gaya bahasanya cukup santai..
dan ada ayat2nya yang kadang cukup sinis dan terang-terangan mengutuk..

aku pernah juga cuba untuk meniru sepertinya..
cuba untuk mencoret baris2 puisi..
hasilnya mungkin sahaja seperti kanak2 yang baru mengenal erti puisi..
tapi sebenarnya selepas aku menemukan blognya..
dan menjadi follower yang setia..
disitu bermulanya aku dan puisi...
aku mula minat akan puisi2...

cukup untuk entri ini..

Monday, September 20, 2010

Motivasi:Tarbiah diri 2

Manusia sering lupa dan perlu sentiasa diingatkan.. 
Tujuan kita semua diatas mukabumi ini..semua orang pasti ingin berjaya dalam kehidupan masing2.. menjadi doktor, engineer, dapat kerja goverment, dapat gaji besar.. dapat hidup senang,, jika ditanya pada orang, siapa yang nak hidupnya susah? dalam zaman sekarang ni pasti tak akan ada yang sudi.. 

zaman sekarang itu yang dipandang.. antara doktor dengan ustaz, siapa yang lebih dipandang tinggi? mungkin ramai yang memihak pada doktor..doktor pekerjaan yang mulia, selamatkan orang.. bagaimana dengan ustaz? ustaz mungkin dipandang sedikit rendah daripada doktor walaupun sebenarnya tugas ustaz ni sama saja dengan doktor.. menyelamatkan orang juga.. menyelamatkan akidah manusia..lagi mulia di sisi islam.. tapi realiti dan mentaliti zaman sekarang memandang pangkat dan harta...


ilmu dunia dan ilmu akhirat pula...mana yang lagi penting? dua2 sama penting kan? baru kehidupan kita seimbang  antara duniawi dan ukhrawi,, tapi berapa ramai yang benar2 mempelajari ilmu akhirat/ilmu agama? dan yang belajar ilmu agama pula, adakah ilmu yang dipelajari itu diamalkan? atau disebarkan? mungkin jawapannya "itulah tugas para pendakwah/ustaz2/imam2/pihak jawi/jakim"....


sedar x kita juga sebenarnya berperanan untuk menyebar dakwah? tapi bagaimana nak sebarkan dakwah, nak mentarbiah orang lain..nak mengajak orang lain ke arah kebaikan sekiranya kita sendiri tiada ilmu...? pentingnya kan ilmu agama bila ahli keluarga kita meninggal, kita x tahu nak menguruskan.. bila kita disuruh mengimamkan solat, bila kita sendiri tidak tahu hukum hakam, halal haram..


tugas manusia kene sering ingat mengingatkan antara satu sama lain..manusia mudah lupa dan sering buat kesilapan..penting ada kesedaran untuk mentarbiah diri sendiri..namun lebih baik jika sentiasa istiqamah dalam perbuatan...








Sunday, September 19, 2010

Motivasi:Tarbiah diri



Kadang kita sibuk mengejar duniawi, sehingga ukhrawi dilupakan
Kadang kita sering mengeluh akan kesusahan, sehingga kita lupa untuk bersyukur atas nikmat kehidupan..
Kadang kita terlupa bagaimana untuk tersenyum bahagia bila sentiasa meratap menangis..
Kadang kita lupa Allah sentiasa bersama kita..

Manusia yang selalu lupakan Allah...
Bila kesusahan datang menjelma, nikmat kesenangan yang dipersoal..
Namun bila nikmat kesenangan datang menyinggah,
Pernah ke kita bersyukur?
Atau kita bangga dan menunjuk2 dengan nikmat pinjaman yang diberi?


Ingatlah bila kita diatas..ada orang dibawah..
bila kita diuji dengan ujian Allah..
ingatlah orang lain yang lebih teruk ujiannya..
bukankah ujian itu menunjukkan Allah sayangkan kita?

Monday, August 30, 2010

MERDEKAKAH KITE??



Itu persoalan yang selalu gak aku pikirkan.. maknanya dalam erti kata yang sebenarnya... merdeka mengikut kamus dewan edisi kedua bermaksud "bebas drpd penjajahan, kurungan, naungan dll; tidak bergantung pd yg lain; berdiri sendiri: ".....

Kata kunci yang boleh diambil ialah 'kebebasan'... mmg ya negara kita sudah bebas dari penjajahan bangsa asing secara zahiriahnya sahaja.. tidak mengambil kira penjajahan dalam bentuk lain.. penjajahan akal, penjajahan budaya, penjajahan sifat dsb yang sebenarnya kita..rakyat malaysia masih lagi dijajah secara tidak langsung oleh negara barat.. negara kita sebenarnya masih bergantung pada yang lain, masih bergantung pada negara asing.. boleh berdiri sendiri tetapi masih perlukan sokongan kuasa2 besar.. jadi dimanakah erti kemerdekaan??

Memang tidak dinafikan kesan penjajajahan yang memakan masa lebih 100 tahun sangat2 mempengaruhi sesebuah negara untuk terus bangkit dan maju..negara sebenarnya memerlukan pasak yang kukuh dan stabil untuk terus bertapak kuat...asasnya cukup mudah iaitu perpaduan kaum dan inilah yang menjadikan uniknya negara kita daripada negara2 lain...tapi harus diingat perpaduan ini jugalah yang sebenarnya punca yang seringkali tidak pernah akan selesai....sehinggakan konsep 1Malaysia diperkenalkan selepas lebih 50 tahun kite merdeka..

Serius jika ditanya pada anak2 muda generasi kini, erti kemerdekaan mereka dengan erti kemerdekaan generasi yang berjuang untuk kemerdekaan dulu jauh berbeza.. titik pertemuan mungkin pada perkataan 'bebas'..tapi bebas dari apa?? itu yang membezakan... Cara penghayatan dan sambutan juga adakalanya disalahertikan oleh generasi muda... sehinggakan timbul pelbagai aksi2 yang tidak mencerminkan budaya melayu umumnya dan islam yang khasnya,,,siapa yang harus dipersalahkan sebenarnya??

kurangkah ilmu2 yang diajar di sekolah dalam subjek sejarah malaysia?? Atau langkah2 yang kerajaan ambil kurang berkesankah?? Serius terasa perbezaan 10 tahun dulu dengan sekarang...sambutan kemerdekaan semakin hambar dan terus hambar....bagaimana agaknya 10 tahun yang akan datang??

Sebenarnya sesuatu peristiwa itu akan lebih bermakna jika kite sendiri yang melaluinya..kesannya akan dirasa seumur hidup.. kite sendiri tidak hidup di zaman komunis, di zaman nenek moyang kita bersusah payah berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan..di zaman ubi kayu..zaman penjajahan...tidak pernah merasa perasaan mereka2 masa itu..hanya berdasarkan cerita2 yang disampaikan melalui televisyen.. jadi kesimpulannya memang penghayatan itu xkan dapat dihayati sepenuhnya..

Dah lari jauh dari topik asal ni sebenarnya... huhu...apa2 pon 


SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 53 TAHUN...HIDUP MALAYSIA!!! MALAYSIA TERUS MAJU.. SAYA BANGGA JADI ANAK MALAYSIA..

3 UCAPAN...

Assalamualaikum....salam untuk semua...

agak2 dah bersawang jugak la blog ni...dah lame x merajinkan diri menjenguk di sini..bukan ape sibuk kan dengan kehidupan dunia...ditambah dengan melayan perasaan2 lagi.....dengan kemalasan yang melampau.. semua tu alasan...haha...

dah masuk 20 ramadhan pon..pejam celik pejam celik..sekejap beno rasenya tahun ni...alih2 dah nak raya pown..jadi SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN untuk 10 MALAM YANG TERAKHIR...Semoga kita semua berjumpa dengan MALAM LAILATUL QADAR dengan melipatgandakan AMALAN kita.. 

mmg dah x sabar2 dah ni rasenya nak sambut raya tahun ni..sbb tahun ni dapat sambut kat umah maklong kat keratong..walaupun x tahu meriah atau x sbb kabarnya raya tahun ni umah maklong menjadi 2nd choice.. sumenya beraya umah mentua dulu...tapi yang pasti seronok jugak sbb dapat hirup udara felda yang bersih dengan suasana kampung yang sangat aman damai...harap2 tahun ni pown leh ziarah kubur arwah atok awi.. x berpeluang pown dulu..asyik uzur first day raya jer... dengan ni aku ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAP ZAHIR BATIN..advance 10 hari disebabkan takut x update blog ni untuk jangka masa yang lama jugak... ye la..sebenarnya menulis ni die ikut mood jugak..

dan malam ni jugak adalah malam ambang merdeka..jadi di kesempatan ini jugak aku ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT KEMERDEKAAN yang ke 53 TAHUN buat MALAYSIA... ~~Malaysia.. Oh Tanah Airku..~~.. dah 53 tahun pown usia kemerdekaan negara kite, dah boleh panggil pakcik2, nak dapat cucu dah.. tapi persoalannya MERDEKAKAH KITA??

Tuesday, August 3, 2010

unic- antara dua kasih



Nak diikutkan kebanyakkan lagu kumpulan UNIC ni lagu favorite..tertarik dengan lagu ni sbb maksud yang mendalam dan rangkap pertama dinyanyikan oleh hafiz hamidun yang sangat menusuk kalbu...


Antara dua kasih, kalau tak diberi pilihan aku nak kedua-duanya..kalau diberi pilihan, insyaAllah aku pilih cinta yang hakiki...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...