Sunday, April 10, 2011

anak2 remaja dan masalah sosial, dimanakah kita?

nak sambung merepek lagi la..sekarang ni kite tengok kes budak2 sekolah makin banyak tersiar di dada suratkhabar, di muka kaca televisyen dan di laman2 internet!..bukan hanya time2 result2 exam PMR, SPM, jer sekarang ni boleh katakan mesti ade citer pasal budak sekolah..yang x beznya citer2 yang keluar citer2 yang x bez..(mcm pelik jer ayat ni)..budak tingkatan 1 letupkan sekolah, budak darjah 6 buli budak tingkatan 2..(ops)..budak sekolah buat s*** dalam kelas, budak sekolah saman cikgu, budak sekolah sepak terajang cikgu.. dan seribu macam citer lagi la..

ish..ish..ish..time2 dulu xde kes2 macam ni..mungkin ade tapi x berapa meluas dan kurang dari segi bilangannya..sedih tengok akhlak anak2 remaja sekarang ni..lebih2 lagi mesti yang paling sedih guru2 kat sekolah (yang bersemangat mendidik anak bangsa SAHAJA)..yang x de semangat tu mesti x heran..persoalan di sini siapa yang harus dipersalahkan?? adakah salah emak bapak yang bertanggungjawab membawa mereka ke dunia ini? adakah kerana salah didikan dari ibubapa? adakah tidak cukup ilmu agama yang diajar?
adakah kerana sistem pembelajaran di sekolah yang x efektif? atau bla bla bla....jadi siapa yang harus dipersalahkan? tepuk dada tanya jawapannya sendiri ye..


tapi bagi aku, pendapat aku la, IBUBAPA...aku x 100% menyalahkan ibubapa, tapi mungkin 90% dari ibubapa..bukan salah guru2, bukan salah kawan2, bukan salah jiran2... kerana apa? boleh dikatakan banyak kes moral disebabkan kelemahan ibubapa dalam mendidik anak2 masing2.. bak kata pepatah.."anak seperti kain putih, kita la yang bertanggungjawab mencorakkannya" kita disini bermaksud ibubapa.. dan pepatah aku pulak "peribadi anak hasil dari peribadi emak bapak"... kalau rumahtangga pown porak poranda, macam mana nak tunjuk contoh baik pada anak? bukan ke orang kata "rumahku syurgaku".. 


lagi satu perangai emak bapak sekarang ni yang terlebih manjakan anak masing2..orang lain tegur sikit perangai anak diorang, cepat jer nak melenting..cikgu bagi denda sikit, siap datang sekolah balik serang cikgu, percaya bulat2 cakap anak2..padahal sepatutnya kene la dengar dari 2 belah pihak.. orang lain tegur anak2 kite maksudnya orang lain sayang kat anak2 kite, diorang kisah akan masa depan anak2 kite..yang dibalasnya kat orang yang menegur "ko jangan menyibuk, jaga tepi kain sendiri cukup, anak aku pandailah aku jaga"..(lebih kurang camtu la)..patutnya ucap terima kasih kan macam kakimayat cakap.. 

besa x kite dengar "kalau bukan sebab cikgu ****, saya x akan  berjaya seperti sekarang ni".. atau pun " kalau bukan sebab rotan cikgu ****, x jadi orang agaknya saya"..jarang kan? mungkin zaman dulu2 atau mungkin dalam carekarama je.. selalunya anak yang x ditegur atau payah menerima teguran orang lain akan sentiasa ingat dia betul dan benda tu akan dibawa sampai die besar, sebab tu la kalau buat jenayah pown die anggap betul.. 

kesimpulannya, apa2 pown pilihan terletak di tangan kite sendiri..kite lah yang paling berhak mencorakkan hidup kite sendiri.. "jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri..."

terbukti bila mengoogle "budak sekolah" macam2 yg keluar..tsk..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...