Sunday, May 24, 2009

andai itu takdirnya..



Cintamu sesegar embun nan pagi
Semakin resah menanti terbit mentari
Hangatnya yang membakar mengeringkan
Segala keindahan yang penuh kepalsuan

Karya Siti Rosminah ini terlalu sedih, membuatkan aku mengalirkan air mata setiap kali terdapat babak sedih..antara cerita yang berjaya mengalirkan air mata..

Watak utama yang didukung oleh Nur Aleya binti Idris begitu tabah mengharungi segala dugaan yang dititipkan untuknya..semangatnya terlalu kuat demi mengejar erti kebahagiaan yang dicari-cari..andai itu takdirnya dia pasrah dengan segala dugaan yang terpaksa diharunginya..

Dalam diam-diam dia mencintai lelaki itu..hanya lelaki itu yang berjaya menggegarkan hatinya..
hanya lelaki itu yang berjaya membuat jantungnya berdebar-debar..hanya lelaki itu.. Syed Aizril bin Tan Sri Syed Abbas.. Malangnya lelaki itu terlalu ego dan menyimpan dendam padanya angkara satu kejadian..

Mungkin jodohnya bersama lelaki itu..dari rakan sekelas, kini menjadi bosnya,menjadi rakan sekerjanya..berasaskan dendam,lelaki itu cuba mendekati dan berpura-pura baik, namun hakikatnya Zril telah jatuh hati pada Leya..namun konspirasi terancang dari sahabat baik Zril merupakan satu titik pemulaan bagi segala kesengsaraan yang akan diharungi oleh Leya..
Mereka selamat diijabkabulkan demi menjaga maruah keluarga kedua belah pihak..
Natijah yang diterimanya..dia dibuang keluarga dan kehadirannya di rumah banglo mewah itu dibenci oleh semua..maruahnya diletakkan di tempat yang paling bawah..seperti dirinya seorang perempuan murahan yang mendambakan kekayaan suami..namun itulah harga yang perlu dibayar..

Malam pertamanya begitu menyeksakan..dia seperti orang asing di bumi asing yang tiada sesiapa untuk ditumpang bahunya..Andai itu takdirnya,dia redha.. akhirnya dia tanpa rela menyerahkan dirinya pada suaminya dan hasilnya satu nyawa hadir di dalam perutnya.. Suami yang tanpa hati perut terus membiarkan isterinya terkapai-kapai dan sanggup hendak mengulit bahagia bersama perempuan lain..Kehadiran Umairah, sahabat baiknya disisi membuatkan Leya semakin kuat meneruskan hidup dan demi anak yang saban hari semakin membesar sihat di dalam rahimnya.. dia melahirkan anak-anaknya tanpa suami disisi.. begitu syahdunya dirinya mengenangkan nasibnya..namun dia diuji lagi, anak keduanya menghidap jantung berlubang.. Danish akhinya meninggalkannya jua..

Zril pulak telah kemalangan semasa dalam perjalanan ke rumah pengantin perempuan..dia akhirnya koma..dalam perjalanan komanya, dia akhirnya insaf dan sedar dengan apa yang die telah buat pada isterinya..selepas Zril sedar dari komanya..hanya nama Leya yang tak berhenti disebutnya..namun hati Leya terlalu terluka untuk menerima Zril kembali..Dia diuji lagi, sakit kepala yang dirasanya rupanya boleh membawa maut..dia disahkan mengidap Kanser otak.. Dia terpaksa membuat keputusan yang berat..dia kembali di sisi Zril demi anaknya, Dania.. Namun bahagia yang dikecapinya cuma seketika..sifat panas baran dan ego pada Zril membuatkan dia terluka lagi..kali ni dia pasrah dan tenang menghadapinya..kanser otaknya membuatkan dia pengsan di kubur arwah anaknya..dia terpaksa dibedah demi menyelamatkan nyawanya dan anak di dalam kandungannya..Dan akhirnya dia koma..Kali ni Zril benar2 insaf..kasihnya pada Leya takkan berpaling lagi..dia terlalu menyayangi iaterinya itu..

Akhirnya penantian saban hari oleh Zril berakhir jua namun Leya terlalu membencinya.. sehinggakan die memaksa Zril melepaskannya..dia dah x dapat bertahan lagi untuk berada di sisi Zril..Zril terpaksa menahan segala kelakuan Leya padanya..Pada Zril sekarang hanya Leya ratu hatinya..dia terlalu menyesal atas apa yang telah dilakukan pada Leya..Namun apakan daya hati Leya sekeras batu kerikil..terlalu mendalam penderitaan yang dirasanya..adakah bahagia buat mereka berdua?

Kehadiran bulan mulia, bulan umat islam menyambut bulan puasa membuatkan hati Leya sedikit demi sedikit terbukak untuk menerima Zril..Adakah bahagia untuk dirinya? Dia kadangkala tidak yakin dengan kasih dan sayang yang ditunjukkan Zril..Dia x rela untuk dilukakan lagi..Akhirnya takbir di malam raya menyatukan dua insan ini..kedatangan Syawal membawa sejuta rahmat dalam kehidupan mereka suami isteri.. Akhirnya kebahagiaan milik mereka berdua..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...