Saturday, May 9, 2009
Meniti maut
ni kali pertama aku membaca karya penulis eyman hykal..
erm..agak menarik sebenarnye novel ni..bercorak thriller, lebih kurang macam citer mikhail jugak, pasal hitman atau pembunuh professional..tapi apa yang cuba disampaikan oleh penulis ialah mengenai economic hitman - Kebanyakannya datang dari pelbagai NGO yang datang ke syarikat2 besar untuk menawarkan peluang usahasama yang tampak menguntungkan, yang akhirnya membuatkan syarikat terpaksa menanggung hutang yang besar dan akhirnya diistiharkan bankrap.. Dengan cara ni mereka akan mengambilalih syarikat2 tersebut dan dapat menguasai ekonomi sesebuah negara kerana syarikat yang terpilih merupakan tiang ekonomi negara...
yang menariknya cerita ni, penulis cuba mengaitkan dengan kumpulan jemaah intifada sedunia, mengaitkan perjuangan palestin dengan kekejaman tentera zionis dan pihak israel.. dan aku cukup tertarik dengan silent dead - memanupulasikan teknologi untuk tujuan membunuh..
Sangat kejam dan sangat pintar..alat yang sedia ada diubahsuai menjadi satu alat pembunuhan yang membunuh dalam diam..
another one yang interesting mengenai BISIK, biro risikan negara..lebih kurang macam CIA malaysia..rasa teruja sangat dengan benda2 yang pasal2 risikan ni..
Keseluruhannya jalan cerita sangat baik, plot disusun sangat menarik.. mungkin kekurangan dari segi cara penyampaian yang agak kurang berkesan..tidak membuatkan pembaca mempunyai perasaan ingin tahu dan ternanti2..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment