Sunday, May 31, 2009

kasih vila cinta


Di vila ini ada cinta yang tersimpan
dan ada dendam yang bertaut
mohon diuraikan..

Agak mengujakan bile membaca sinopsis di belakang kulit buku ni..kisah sebuah vila..
teratak kilau nama diberi..Di dalamnya terhimpun pelbagai cerita suka,duka, misteri malah pembunuhan yang paling kejam yang masih tersimpan rapi..ia bagaikan satu sumpahan kepada mereka yang menyebutnya dan satu kematian bagi mereka yang cuba menyelongkar rahsianya..

Tanggapan buruk penduduk di sekitar teratak kilau tidak mematahkan semangat segerombolan pelajar UPM yang diketuai oleh Faliq untuk menyelongkar misterinya.. Halizam, Ajue, Ilya, Kelam. Jati, Fitrina, fauzan, Getrude, Acap dan Faliq berada di vila itu sebenarnya untuk projek pertanian mereke..namun satu demi satu misteri telah dirungkaikan oleh mereka..

Dengan penemuan terowong rahsia berpunca dari pengurungan Mahfuzah, adik Prof Khanef mereka oleh ayahnya sendiri, Tuk Wei membawa kepada misteri kehilangan syamil dan Sarah Watson..Agak berbelit-belit cerita ni, namun penulis bijak membawa pembaca dari satu klu kepada klu yang lain..Di vila ini tercipta satu kisah cinta dan satu kisah penganiayaan yang paling teruk daripada binatang..

Yang paling menarik, pembaca tertanya-tanya sebenarnya siapa di sebalik dalang semua kejadian, namun penulis berjaya membuatkan pembaca ragu-ragu apabila yang dituduh bukan yang dicari..kisah seorang lelaki yang berselindung di sebalik ketampanannya.. kisah penyeksaan yang diterima Mahfuzah saban malam akibat perbuatan lelaki durjana..kisah seorang isteri yang tergamak mencurangi suaminya..kisah adik beradik tiri yang menyukai seorang wanita yang sama..kisah seorang lelaki tua yang tamak pada harta anak tirinya dan kisah satu persahabatan..

Penulis pandai bermain dengan kesemua watak yang diilhamkan..setiap pelajar mempunyai sifat2 dan karektar masing-masing..Si fauzan yang 'nyah', si Get yang tomboy. si Ajue yang penakut dan lemah semangat..si halizam yang 'skema'..Persahabatan yang cuba ditonjolkan jelas terlihat apabila menyaksikan kematian Fauzan..namun dialog dalam novel ni kadang-kala agak skema namun kebanyakannya agak kelakar..

Pengakhiran kepada novel ini meninggalkan pelbagai tanda tanya kepada pembaca.. di manakah mayat fauzan dan Sarah? Kenapa Pak cik Mawi sanggup mati di tali gantung demi kesalahan yang dia tak buat? mati-mati mmg ingat pak cik mawi la yang bersalah tapi akhirnya si syamil tu sebenarnya dalang semua..

1 comment:

  1. Salam sis...sy berminat nak beli buku ni...kalau sis nak jual boleh sms sy di no telefon 012-8577-288 (Adrianz Johan). TQ :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...