Sunday, May 31, 2009

rutin harian

sekejap je rasenya cuti sabtu ahad..besok dah mula start kelas balik..
huhuhu..kembali pada rutin yang amat meletihkan...
terasa sangat letihnya sama macam ikut infosys program dulu..
tapi tu xde lah kena berdiri dalam bas yang penuh sesak dengan jam lagi...
sengsaranya lagi 2 bulan..
tapi demi mengejar ilmu apakan daya..x boleh merungut nanti x berkat jadinya...

kelas setakat ni alhamdulillah..
agak seronok dengan cara sir Arul conduct kelas dengan participant from all student membuatkan kelas tu taklah memboasankan sangat..setiap hari mesti kena cakap dalam kelas..lagi satu kelas tu mmg ceria, asyik ketawa je..ade je benda yang boleh buat ketawa..

cuma ulang-alik naik bas pagi2 n ptg2 tu je kadang-kadang membantutkan semangat aku..
tapi banyak benda baru dah aku belajar setakat seminggu ni..
alhamdulillah..

kasih vila cinta


Di vila ini ada cinta yang tersimpan
dan ada dendam yang bertaut
mohon diuraikan..

Agak mengujakan bile membaca sinopsis di belakang kulit buku ni..kisah sebuah vila..
teratak kilau nama diberi..Di dalamnya terhimpun pelbagai cerita suka,duka, misteri malah pembunuhan yang paling kejam yang masih tersimpan rapi..ia bagaikan satu sumpahan kepada mereka yang menyebutnya dan satu kematian bagi mereka yang cuba menyelongkar rahsianya..

Tanggapan buruk penduduk di sekitar teratak kilau tidak mematahkan semangat segerombolan pelajar UPM yang diketuai oleh Faliq untuk menyelongkar misterinya.. Halizam, Ajue, Ilya, Kelam. Jati, Fitrina, fauzan, Getrude, Acap dan Faliq berada di vila itu sebenarnya untuk projek pertanian mereke..namun satu demi satu misteri telah dirungkaikan oleh mereka..

Dengan penemuan terowong rahsia berpunca dari pengurungan Mahfuzah, adik Prof Khanef mereka oleh ayahnya sendiri, Tuk Wei membawa kepada misteri kehilangan syamil dan Sarah Watson..Agak berbelit-belit cerita ni, namun penulis bijak membawa pembaca dari satu klu kepada klu yang lain..Di vila ini tercipta satu kisah cinta dan satu kisah penganiayaan yang paling teruk daripada binatang..

Yang paling menarik, pembaca tertanya-tanya sebenarnya siapa di sebalik dalang semua kejadian, namun penulis berjaya membuatkan pembaca ragu-ragu apabila yang dituduh bukan yang dicari..kisah seorang lelaki yang berselindung di sebalik ketampanannya.. kisah penyeksaan yang diterima Mahfuzah saban malam akibat perbuatan lelaki durjana..kisah seorang isteri yang tergamak mencurangi suaminya..kisah adik beradik tiri yang menyukai seorang wanita yang sama..kisah seorang lelaki tua yang tamak pada harta anak tirinya dan kisah satu persahabatan..

Penulis pandai bermain dengan kesemua watak yang diilhamkan..setiap pelajar mempunyai sifat2 dan karektar masing-masing..Si fauzan yang 'nyah', si Get yang tomboy. si Ajue yang penakut dan lemah semangat..si halizam yang 'skema'..Persahabatan yang cuba ditonjolkan jelas terlihat apabila menyaksikan kematian Fauzan..namun dialog dalam novel ni kadang-kala agak skema namun kebanyakannya agak kelakar..

Pengakhiran kepada novel ini meninggalkan pelbagai tanda tanya kepada pembaca.. di manakah mayat fauzan dan Sarah? Kenapa Pak cik Mawi sanggup mati di tali gantung demi kesalahan yang dia tak buat? mati-mati mmg ingat pak cik mawi la yang bersalah tapi akhirnya si syamil tu sebenarnya dalang semua..

Sunday, May 24, 2009

andai itu takdirnya..



Cintamu sesegar embun nan pagi
Semakin resah menanti terbit mentari
Hangatnya yang membakar mengeringkan
Segala keindahan yang penuh kepalsuan

Karya Siti Rosminah ini terlalu sedih, membuatkan aku mengalirkan air mata setiap kali terdapat babak sedih..antara cerita yang berjaya mengalirkan air mata..

Watak utama yang didukung oleh Nur Aleya binti Idris begitu tabah mengharungi segala dugaan yang dititipkan untuknya..semangatnya terlalu kuat demi mengejar erti kebahagiaan yang dicari-cari..andai itu takdirnya dia pasrah dengan segala dugaan yang terpaksa diharunginya..

Dalam diam-diam dia mencintai lelaki itu..hanya lelaki itu yang berjaya menggegarkan hatinya..
hanya lelaki itu yang berjaya membuat jantungnya berdebar-debar..hanya lelaki itu.. Syed Aizril bin Tan Sri Syed Abbas.. Malangnya lelaki itu terlalu ego dan menyimpan dendam padanya angkara satu kejadian..

Mungkin jodohnya bersama lelaki itu..dari rakan sekelas, kini menjadi bosnya,menjadi rakan sekerjanya..berasaskan dendam,lelaki itu cuba mendekati dan berpura-pura baik, namun hakikatnya Zril telah jatuh hati pada Leya..namun konspirasi terancang dari sahabat baik Zril merupakan satu titik pemulaan bagi segala kesengsaraan yang akan diharungi oleh Leya..
Mereka selamat diijabkabulkan demi menjaga maruah keluarga kedua belah pihak..
Natijah yang diterimanya..dia dibuang keluarga dan kehadirannya di rumah banglo mewah itu dibenci oleh semua..maruahnya diletakkan di tempat yang paling bawah..seperti dirinya seorang perempuan murahan yang mendambakan kekayaan suami..namun itulah harga yang perlu dibayar..

Malam pertamanya begitu menyeksakan..dia seperti orang asing di bumi asing yang tiada sesiapa untuk ditumpang bahunya..Andai itu takdirnya,dia redha.. akhirnya dia tanpa rela menyerahkan dirinya pada suaminya dan hasilnya satu nyawa hadir di dalam perutnya.. Suami yang tanpa hati perut terus membiarkan isterinya terkapai-kapai dan sanggup hendak mengulit bahagia bersama perempuan lain..Kehadiran Umairah, sahabat baiknya disisi membuatkan Leya semakin kuat meneruskan hidup dan demi anak yang saban hari semakin membesar sihat di dalam rahimnya.. dia melahirkan anak-anaknya tanpa suami disisi.. begitu syahdunya dirinya mengenangkan nasibnya..namun dia diuji lagi, anak keduanya menghidap jantung berlubang.. Danish akhinya meninggalkannya jua..

Zril pulak telah kemalangan semasa dalam perjalanan ke rumah pengantin perempuan..dia akhirnya koma..dalam perjalanan komanya, dia akhirnya insaf dan sedar dengan apa yang die telah buat pada isterinya..selepas Zril sedar dari komanya..hanya nama Leya yang tak berhenti disebutnya..namun hati Leya terlalu terluka untuk menerima Zril kembali..Dia diuji lagi, sakit kepala yang dirasanya rupanya boleh membawa maut..dia disahkan mengidap Kanser otak.. Dia terpaksa membuat keputusan yang berat..dia kembali di sisi Zril demi anaknya, Dania.. Namun bahagia yang dikecapinya cuma seketika..sifat panas baran dan ego pada Zril membuatkan dia terluka lagi..kali ni dia pasrah dan tenang menghadapinya..kanser otaknya membuatkan dia pengsan di kubur arwah anaknya..dia terpaksa dibedah demi menyelamatkan nyawanya dan anak di dalam kandungannya..Dan akhirnya dia koma..Kali ni Zril benar2 insaf..kasihnya pada Leya takkan berpaling lagi..dia terlalu menyayangi iaterinya itu..

Akhirnya penantian saban hari oleh Zril berakhir jua namun Leya terlalu membencinya.. sehinggakan die memaksa Zril melepaskannya..dia dah x dapat bertahan lagi untuk berada di sisi Zril..Zril terpaksa menahan segala kelakuan Leya padanya..Pada Zril sekarang hanya Leya ratu hatinya..dia terlalu menyesal atas apa yang telah dilakukan pada Leya..Namun apakan daya hati Leya sekeras batu kerikil..terlalu mendalam penderitaan yang dirasanya..adakah bahagia buat mereka berdua?

Kehadiran bulan mulia, bulan umat islam menyambut bulan puasa membuatkan hati Leya sedikit demi sedikit terbukak untuk menerima Zril..Adakah bahagia untuk dirinya? Dia kadangkala tidak yakin dengan kasih dan sayang yang ditunjukkan Zril..Dia x rela untuk dilukakan lagi..Akhirnya takbir di malam raya menyatukan dua insan ini..kedatangan Syawal membawa sejuta rahmat dalam kehidupan mereka suami isteri.. Akhirnya kebahagiaan milik mereka berdua..

Wednesday, May 20, 2009

erti persahabatan ini

ade semacam perasaan x enak yang aku sedang rasa..satu perasaan keseorangan dan kesunyian..
maybe it's because of my hormone..aku teringat pada kawan2 lame aku mase sekolah rendah dulu.. nazirah, soleha..nani, aida, ariffin n cikgu indran..mane ntah kalian sume..langsung lost contact..

teringat mase kat matrik.. kak ina n kak anis la antara yang aku paling rindu nak jumpe.. n also housemate2 aku..acik yg kat indonesia lagi, alang and angah..i'm really miss u all..
bile terkenang balik sume kawan2 yang pernah hadir dalam hidup aku, aku terasa kemanisannya erti persahabatan..perlunya kawan di masa senang dan susah..

kadangkala aku merasakan aku x kan dapat hidup tanpa kawan disisi.. to me, frenz is important like a family..pelengkap kehidupan..n to find one true friend is very hard..ibarat mencari teman hidup jugak agaknya..satu-satunya sahabat karib yg aku ada dari tadika sampai la sekarang ni cume hamizah binti zahri..she's very nice person n i'm glad to have frenz like her..aku cukup terharu bile ari jadi aku die sendiri datang umah bawakkan kek..mizah, thank you very much for being my frenz...just sometime i think i'm not good friend to her.. i can't do nothing for her..

nani, mau, nisa, ana, wirda, chyka antara yang rapat jugak ngan aku..thanks to be my frenz.. i'm realy appreciate it..

Saturday, May 16, 2009

Selamat hari guru!


Terlalu mulia insan yang digelar pendidik ini..berbakti saban hari mendidik anak2 muda demi agama, bangsa dan tanah air tercinta..menjunjung tinggi amanah setiap ibubapa yang dambakan kecemerlangan anak2.. Sanggup bersengkang mata mencari kaedah dan cara yang sesuai demi menggalas tugas yang telah diamanahkan..

Jasamu guru bagai air mengalir yang tiada hujungnya..Segala tunjuk ajarmu akan ku kenang sehingga hujung hayatku..Terima Kasih Cikgu!

Dedikasi khas buat semua guru yang telah mengajar aku dari aku mengenal dunia ini sehinggalah sekarang..terlalu ramai insan yang telah hadir dalam hidupku yang memberi aku secebis ilmu bekalan..dan mungkin sebahagiannya telah pun meninggalkan dunia yang fana ni..tanpa kalian semua, tiadalah aku seperti aku yang sekarang..

Buat arwah atuk dan nenek yang telah mengenalkan aku dengan muqaddam dan AlQuran, buat ustazah fatimah yang mengajar aku cara menunaikan solat..buat ustazah norizan dan zabedah yang memberi aku ilmu agama, buat cikgu rahman yang membuatkan aku minat dengan matematik..buat sume cikgu, ustaz, ustazah, pn, tuan yang telah memberikan aku ilmu.. terima kasih..hanya Allah yang bisa membalas jasa kalian..

<>

Lega selepas beberapa bulan sibuk dengan thesis..alhamdulillah, dah lepas presentation n dah buat pun pembetulan..tinggal nak print hard cover jer..terasa terlepas satu bebenan yang agak berat..
tapi dalam kelegaan tu timbul jugak kerisauan..selagi x keluar result, selagi tu lah, perasaan tu x kan padam..takut gak kena repeat..sebab mase presentation tu, i think i dont do well..just ok..
i'm not too sure actually what i have done, so that i can't answered it corectly..

pepehal benda ni sume dah lepas..aku harap cume lulus jer..x nak kena repeat..banyak masalah nanti..insyaAllah, kata kawan aku, kalau g jumpe sv selalu, hantar report ngan buat presentation pasti lulus..mintak2 cam tu la..lagi 2 minggu result kuar..mmg x senang duduk bile terfikirkan thesis ni...

Now, i'm still at home..i'm free maybe for another week..then, after that i maybe busy with my class and lecturer again..huhuhu...sometime i think being a student is quite tiring and bored.. but absolutely i will miss it someday..n now i'm really miss that when i'm in form 2 and 3..

Tuesday, May 12, 2009

presentation day

terlalu nervous...risaunyer!
jam dah melewati kul 10,30..dua2 examniner belom datanag lagi ni...
setakat ni, baru jer 2 orang yang dah dievaluate dalam bilik ni...
agak menyeramkan sebenarnya...
bukan ape aku takot kena hentam pasal finding aku..
aku sendiri x yakin..
camner ni...
finding tu mcm kurang kukuh...
huhuhu...
mampukah aku buat dengan baik?
huhuhuhu......
Ya Allah mudahkanlah apa yang aku lakukan saat ni...
lembutkanlah hati examiner2 tu...

Sunday, May 10, 2009

naseb baik!

Agak memenatkan ari ni..seawal jam 6 pagi aku dah terpaksa membangunkan diri aku.. huhuhuhu..ngantuknye! semalam kul 4 baru leh tido,dah le blackout nak dekat 2 jam.. mengganggu betul! dah le aku belum khatam lagi menelaah buku undang2..

kul 7 aku dah ade terpacak kat umah kakak driving school tu.. amik test kat batu 5.. huhuhu...naik jenuh dah sebenarnye aku belek2 buku tu, naik boring dah nengok, x kena panggil2 jugak..bajet dapat jawab dengan cemerlang la kiranye.. nak dekat kul 9, baru leh amik test..dalam 10 minit aku dah siap sume, tapi x berani nak submit, pusing balik..semak dari soklan 50 ke 1..rase macam dah betui sume je.. dengan berani x berani, disulami ngan kalimah bismillah..akhirnya aku sumbit gak...

jeng..jeng..jeng...hehehe...resultnye....
aku dapat 42 jer..cukup2 makan..tegelak aku.. x sangka dapat teruk sangat.. bajet tadi macam boleh jawab sume kan..itulah over confident sangat..padan la muka..
tapi pepehal lulus gak.. itu yang penting..lantak pi la markah tu cukup2 makan jer..
x leh la nak eksyen sikit ngan adik aku..huhuhu...dia dapat 47..huhuhu...

dari 9 orang dari sek memandu same ngan aku ade la 4 orang yg dapat serupe aku.. pastu terus g ker bengkel kul 10..selamat la kali ni x boring sangat..
cikgu yg bagi ceramah tu lawak orangnye..x henti2 aku ketawa..last2 pas rehat tu..perut dah kenyang..die buat lawak pun,dah x larat nak ketawa..huhuhu....

sampai2 umah kat kul 3 dah..lepas jer solat zuhur, dan2 aku lena..sampai asar pun kul 6..malam ni nak kena settle slide ari selasa ni..huhuhu...besok pagi2 dah nak kena balik s.alam..

Saturday, May 9, 2009

Meniti maut


ni kali pertama aku membaca karya penulis eyman hykal..
erm..agak menarik sebenarnye novel ni..bercorak thriller, lebih kurang macam citer mikhail jugak, pasal hitman atau pembunuh professional..tapi apa yang cuba disampaikan oleh penulis ialah mengenai economic hitman - Kebanyakannya datang dari pelbagai NGO yang datang ke syarikat2 besar untuk menawarkan peluang usahasama yang tampak menguntungkan, yang akhirnya membuatkan syarikat terpaksa menanggung hutang yang besar dan akhirnya diistiharkan bankrap.. Dengan cara ni mereka akan mengambilalih syarikat2 tersebut dan dapat menguasai ekonomi sesebuah negara kerana syarikat yang terpilih merupakan tiang ekonomi negara...

yang menariknya cerita ni, penulis cuba mengaitkan dengan kumpulan jemaah intifada sedunia, mengaitkan perjuangan palestin dengan kekejaman tentera zionis dan pihak israel.. dan aku cukup tertarik dengan silent dead - memanupulasikan teknologi untuk tujuan membunuh..
Sangat kejam dan sangat pintar..alat yang sedia ada diubahsuai menjadi satu alat pembunuhan yang membunuh dalam diam..

another one yang interesting mengenai BISIK, biro risikan negara..lebih kurang macam CIA malaysia..rasa teruja sangat dengan benda2 yang pasal2 risikan ni..

Keseluruhannya jalan cerita sangat baik, plot disusun sangat menarik.. mungkin kekurangan dari segi cara penyampaian yang agak kurang berkesan..tidak membuatkan pembaca mempunyai perasaan ingin tahu dan ternanti2..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...