betapa kita terlalu kecewa dengan hidup bilamana kita baru diuji sedemikian rupa, pikirla akan insan2 lain yang mungkin senasib dengan kita, atau mungkin lebih teruk ujian mereka dari apa yang kita diuji.. sentiasalah beringat bahawa Allah sentiasa bersama kita...Allah akan sentiasa tunjukkan jalan pada kita... begitu cantik setiap aturan Allah bila kita menyedari hikmahnya...pujuklah hati, kuatkanla jiwa, mantapkanlah iman dalam diri dalam melayari bahtera kehidupan ini..pasti akan ada sinar gembira di hujung perjalanan...
bilamana kita terasa sepi kekosongan..bila semua cuba menghindar, mana menghilangnya insan2 yang amat kita perlukan saat2 ini? mana perginya yang katanya kawan susah senang? sewaktu kita terasa kita tidak diendah, tidak dipeduli...tidak berguna...ingatlah kita tidak keseorangan... Allah sentiasa bersama kita.. mengadulah kita pada sebaik-baik pendengar....
bilamana melihat orang lain gembira, orang lain berbahagia...kita akan turut gembira untuk kebahagiaan mereka..tapi pasti terselit rasa cemburu untuk menikmati kebahagiaan serupa... pujuklah hati masanya belum tiba lagi..bersabarlah..pasti bahagia itu akan diraih jua suatu hari nanti...
No comments:
Post a Comment