Dah agak lama aku x update pasal ulasan novel kan...bukan x membeli novel lately, tp sumenya aku bace separuh2 jer.. macam dah xde feeling pulak bace novel... tapi minggu lepas adik aku ajak g jalan TAR, sempat la pulak menyambar novel bila YM berbicara ni.. dah lame dah kowt novel ni di pasaran.. teringat mak uteh yang kata novel ni menarik, jadi x pkir panjang terus beli...
x sia2 la novel yang aku beli kali ni..dalam 3 hari aku habiskan...sangattttt bezzz kowt bagi aku lepas lama x membaca novel cinta... k, cukup untuk prakata..aku ulas skarang..
Nurul Adiya Fatiha, nama heroin dalam novel ni..bekerja sbgai akauntan di sebuah kilang.. Dia ade seorang kawan baik, merangkap housemate die, sharifah@sherry, tempat die mencurahkan segala perasaan.. Cerita berkisar mengenai kisah cinta ugly betty dengan charming yang dimulai di alam siber...di ruangan YM mereka saling berchat, saling bercerita sehinggakan saling bercinta..walau tidak pernah kenal, walau tidak pernah bersua muka, ugly betty semakin jatuh cinta dengan charming...
ugly betty... nama samaran yg dgunakan diya untuk akaun YM nya... charming? ugly betty tiada jawapannya.. sebaliknya charming tahu siapa wajah di sebalik nama ugky betty...kisah cinta mereka berlanjutan sehingga ke telepon namun diya belum terbuka hati lagi untuk bertemu dengan charming dan charming sedia menunggu...
Dalam masa yang sama di tempat kerja diya, En Firdaus bosnya dan Johan menunjukkan minat padanya.. Johan kecewa bila diya terus-terusan menolak cintanya dan bertunang dengan gadis lain.. En Firdaus pulak jenis yang tidak mengalah dan berusaha sedaya upaya untuk memenangi hati diya... Abang Kamal pulak sepupu rapat diya..tapi disebabkan satu peristiwa hitam membuatkan diya membenci abang kamal.. sebaliknya abang kamal terlalu mencintai diya.. dsebabkan diya tiada abang, dia menganggap abang kamal seperti abang kandungnya sendiri..sebaliknya abang kamal terlalu sayang pada diya sehingga bertukar perasaan cinta....
Bagi aku part klimaksnya mungkin bila diya tahu siapa charming di alam realiti... itupun secara tidak sengaja bile die tercuri dengar perbualan en firdaus dengan adiknya... itupun seminggu sblum charming dengan ugly betty berjanji untuk berjumpa... En Firdaus dan charming adalah orang yang sama.... diya terlalu kecewa kerana En Firdaus sanggup menipunya sehinggakan die sanggup letak jawatan..
Sebenarnya dia ade perasaan dengan En Firdaus dari dulu lagi, ada perasaan cemburu bila tengok bekas gf en firdaus, Mia yang sangat mesra dengan en firdaus...En Firdaus terlalu cintakan Diya sehingga die sanggup jadi orang lain (charming) untuk memenangi hati diya... tapi diya terlalu payah untuk menerima cinta diya... Semua salah paham dalam hati diya terjawab akhirnya mengenai hubungan en firdaus, Mia dan abang kamal... akhirnya..of course diya kawin dengan en firdaus..dan abang kamal bercinta dengan mia.... good ending story...
Kesimpulannya... novel ni sangat menarik sbb banyak dialog2 yang boleh buat kite ketawa.. bahasa yang digunakan pon sangat sempoi dan dekat dengan jiwa pembaca.. syabas la buat penulis, hanni ramsul.. semoga beliau akan terus berkarya dan menghasilkan novel2 yang menarik di masa akan datang... x silap aku ini pown novel percubaan pertama dia...dah begitu mendapat sambutan..syabas..
Next novel dalam perancangan nak beli: selamat pengantin baru isteriku...hehe..
No comments:
Post a Comment