Saturday, February 12, 2011

CANDAL...



buku yang baru aku beli dr pts fortuna sdn bhd- karya novel thriller dari Siti Jasmina Ibrahim. X pernah dengar nama penulis ni sebenarnya sebelum ni tapi beliau penerima anugerah seri negara ke 8..

belum habis baca lagi, baru je sparuh tapi sangat kagum dengan gaya penulisannya yang sangat2 sastera.. dan menyentuh banyak isu..jadi sangat2 kagum dengan penulis ni..

"...Memahami naluri dalam lubuk rasa yang benar tulus itu, boleh mendatangkan sirnanya perikemanusiaan. Dalam tuntutan  dunia moden yang semakin pesat memecut masa, memang tiada masa mahu meletakkan kemanusiaan di tempat teratas, sungguhpun itu yang konon digembar gemburkan serata dunia supaya keamanan kekal dari mata kasar semua..." (m/s 16- candal-siti jasmina ibrahim)..

sangat bagus kan? isu yang ditulis dengan makna yang penuh mendalam..

"..Mengapa kita perlu mengikut apa sahaja pemahaman. penilaian barat. Cara hidup sudah diatur dengan resam barat. Cara fikir semakin kebaratan, sungguhpun tidak semua sonsang. Namun yang sonsang itulah yang suka diambil, diingat, dihantukkan ke dalam kepala sehingga nilai luaran dipentingkan berbanding kecantikan dalaman yang lebih kekal abadi dan murni jadinya.."(m/s 27-candal - siti jasmina ibrahim)

nak katakan dalam setiap bab ada ayat2 yang puitis dan menyentuh isu2 kemanusiaan dan kehidupan ni.. 
jadi bagi peminat sastera dan juga novel thriller boleh dapatkan segera novel ni di kedai2 buku terdekat berhampiran anda..;p

p/s: apa maksud candal yek?

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...