Monday, February 7, 2011

wasilah cinta weera



satu naskhah yang sarat dengan makna kasih sayang sesama manusia yang maha luas.
AMAT INDAH JIKA SEGALANYA KERANA ALLAH.. 

Mereka bertemu kerana Allah, berpisah juga kerana Allah..kisah perhubungan antara
Weera dan Ray, 2 sahabat yang saling bercinta, berkasih dan bersayang kerana Allah.
Disebabkan perhubungan antara 2 lelaki, mereka dipandang serong oleh masyarakat dan
dikatakan pasangan gay

Ujian Tuhan akhirnya menyentuh Weera. Tunangannya, Jasnita mengahwini kawan serumahnya, Firdaus
dan dia mengahwini tunang Firdaus, Sari Ayu bagi menyelamatkan maruah keluarga
Sari Ayu. Hanya sehari perkenalan mereka dan mereka telah diijabkabulkan.
Namun kuasa Tuhan, Weera telah jatuh cinta pada isterinya saat die mencium dahi isterinya pada
upacara akad nikah. namun tidak bagi sari ayu yang terus terusan menyalahkan
dirinya dan masih mengingati Firdaus. Sehinggalah satu kejadian yang tidak diigini
membuahkan rasa kasih dan sayangnya pada suaminya


Namun fitnah datang bertubi-tubi membuatkan sari ayu termakan juga hasutan fitnah itu.
Weera sendiri tidak tahu bagaimana hendak menerangkan hubungannya dengan Ray,
ya...dia sangat cintakan Ray melebihi pertalian darah saudara2nya.. hanya Ray
tempat dia bergantung hidup, tempat die bermanja, tempat die mencurahkan segala isi 
hatinya. Ray sudah dianggap seperti seorang abang dan juga seorang ayah..
Ujian yang paling besar menimpa Weera bila Ray disahkan menghidap penyakit neuron motor.
Penyakit kritikal yang boleh mengakibatkan kematian..Namun syukur sari ayu sudah benar2
yakin akan hubungannya dengan Ray sehingga sanggup membuat pengorbanan tinggal dan menjaga makan minum Ray.. Mengalir air mata dan jatuh insaf bile mengenangkan tabahnya Ray menerima ujian
dari Allah, tidak pernah merungut dan tidak pernah mengabaikan perintah Allah..


Akhirnya Ray pergi jua, meninggalkan Weera sendiri.. Disebabkan rindunya pada arwah Ray,
Weera demam dan terus-terusan berduka.syukur ada sari ayu, peneman kala duka,
penyejuk mata yang mghiburkannya..dia akhirnya berjumpe dengan mamanya yang sangat
dirinduinya..Amra yang telah dihalau ayahnya sendiri selepas percaya dengan fitnah orang lain
yang menuduh isterinya berkhalwat dengan lelaki lain.. dan sejak peristiwa itu, Weera berpisah 
dengan mamanya dan ayahnya seolah-olah menghukumnya sekali. Gembira yang datang sekejap cuma bile
firdaus x jemu2 untuk menjatuhkannya, dengan mengantar santau padanya, membuat tuduhan palsu
padanya tentang pembunuhan Jasnita dan akhirnya cubaan membunuh Weera dengan menikamnya
ketika di tanah perkuburan


Namun Allah masih sayangkan Weera, Dia masih meminjamkan nyawa untuk Weera dan berpeluang
menyaksikan penyatuan keluarganya.. dan alhamdulillah Tajul Rayyan bin Tajul Weera menjadi
lambang dan bukti cintanya pada Sari Ayu..


"Aku mahu ada dekat denganmu,selalu ada dalam hati dan batinmu, aku mahu ada dalam setiap doamu.."




No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...