citer pasal kerjaya ni..patutnya dari kecik2 lagi kan dah kene pikir nak jadi ape.. bile orang tanya jer dah besar nanti nak jadi apa? cita2 apa? main belasah je agaknya bagi jawapan..bukannya tahu pun skop sebenar kerjaya tu kan.. akal budak2 berpandukan pada penglihatan di kaca televisyen dan juga pengaruh ibubapa.. bile dah besar sikit baru leh pikir sendiri..dengan adenya pengaruh kawan2, maklumat2 tambahan di internet dan juga ekspo2 kerjaya kan... baru leh bagi jawapan yang tepat, padat dan jitu!!..hehe..
tapi jangan jadi cam aku.. dah besar2 camni mane la boleh cakap cita2 lagi kan... itulah dari kecik x tetap pendirian.. jadi hari ni aku nak kongsi je la kerjaya yang aku minat dan kagum ye..x boleh nak jadi macam depa2 ni...huhu...
kerjaya2 yang aku minat dan kagum..
1. agen rahsia - kategori ni termasuklah juga penyiasat2 persendirian..undercover dalam ATM, dan juga unit2 rahsia seperti CIA, MIA, M15 dll .kagum sebenarnya dengan cara2 diorang ni dalam menyiasat satu2 kes, yang paling bez bile libatkan kes antarabangsa dan jugak pasal keselamatan.. mmg risiko dibunuh atau terkorban dalam misi sangat tinggi!..tapi inilah masenya untuk gunakan segala kemahiran diri yang ada..
2. penembak hendap dan penembak tepat - snipers dan shooter.. ade beza sikit antara 2 kerjaya ni dalam pasukan polis malaysia la..x tahu la sama pulak untuk negara2 lain.. objektif shooter adalah untuk mnumbangkan sasaran tanpa pertumpahan darah,, shoot to kill adalah tindakan terakhir.. snipers pulak dilatih untuk membunuh sasaran, menghalang serta melengah-lengahkan kemaraan pasukan musuh..mereka akan menetapkan perimeter/kawasan mereka sendiri..
3. ahli forensik - ni salah satu cita2 la jugak masa kecik dlu.. terpengaruh ngan citer CSI.. tapi sebab x tercapai jadilah list kerjaya yang aku minat dan kagum.. aku galakkan sape2 yang berminat sertai kerjaya ni, walaupun bidang ni x delah baru sangat kat malaysia, kira baru nak bertatih2.. masih perlukan khidmat negara luar..tapi kerjaya ni punya masa depan yang cerah..korang2 sume nanti la yang bakal mengharumkan nama negara dalam bidang forensik ni..
4. doktor psikologi - atau doktor orang gila.. ops..kurang siuman/kurang waras.. mnat dan kagum sbb doktor2 ni boleh handle pesakit2 yang ade masalah dengan otak..ye la tindakan mereka2 ni kekadang x terduga..kekadang berbahaya gak, kekadang nampak lucu sangat!..
5. hackers - mnat denga IQ yang diorang ade sampai leh ceroboh satu sistem yang teruji slamat.. kalau gunakan untuk kebaikan negara baguslah, bukan untuk menjahanamkan negara dan rakyat2 dengan kes virus, curik duit dsb..dapat ceroboh sistem pertahanan negara dan jugak sistem2 penting negara rasa macam power giler!..dapat kawal satu negara!...fuiyooo...
6. guru - atau warga pendidik, termasuklah pensyarah, cikgu tadika, cikgu kafa, cikgu mengaji kat umah2.. kerjaya yang aku sangatttt2 kagum skali.... sbb tugasnya yang menabur bakti untuk mendidik anak bangsa.. memberi satu ilmu yang sangat penting dan berguna!.. kagum ngan semangat guru2 dlu2 yang mengajar mmg niat untuk mendidik bukan saja untuk mengajar dan dapat duit gaji bulan2.. tapi lebih pada mendidik anak2 supaya jadi orang yang berguna..
7. doktor - ni kategori kerjaya profesional!.. nak blaja bukan main ssh..sampai 5 tahun kalau x kandas mana2 subjek.. respect sbb niat murni seorang doktor untuk selamatkan pesakit2 sedaya upaya... tapi bile bertarung dengan nyawa ni..ye la keje tuhan kan..manusia hanya mampu berusaha, Allah yang tentukan...
k..sbnarnya sume kerjaya pown memberi manfaat pada orang lain..asalkan niat baik dan lakukan kerana Allah... bukan berniat buruk...macam doktor pown perlukan kerjasama dan sokongan yang kuat dr para nurse supaya satu2 pembedahan tu berjaya... kita manusia hidup dalam masyarakat!..itu yang kite kene ingat.. kene tolong menolong sentiasa x kira kerjaya apa pown kita.. even tukang sampah pown ade kerjaya yang murni, yang halal dan membantu dalam membersihkan kawasan kita semua kan...
No comments:
Post a Comment