itu yang cuba dipaparkan dalam citer industan terpilih hari ini untuk dikongsi.. sangat bagus apa yang cuba disampaikan dan memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai sindrom yang kurang mendapat perhatian ini..
Mengapa terdapat kanak-kanak yang pintar tetapi sukar belajar?
DISLEKSIA ialah keupayaan yang teruk dalam membaca, melibatkan kesukaran dalam pemahaman dan perhubungan di antara bunyi2 dan huruf2..(Mercer, 1991).. Disleksia bukannya satu penyakit, tetapi merupakan salah satu gangguan dalam pembelajaran yang biasanya dialami oleh kanak-kanak. Lazimnya, masalah pembelajaran yang dihadapi adalah seperti membaca, menulis, mengeja, dan kemahiran mengira. Oleh itu dyslexia merujuk kepada mereka yang menghadapi masalah untuk membaca dan menulis walaupun mempunyai daya pemikiran yang normal. (Wikepedia)
Diantara ciri-ciri penghidap disleksia adalah:
1. Lambat membaca dan mempunyai tulisan tangan yang buruk
2. Sering mungurang atau menambah huruf atau perkataan ketika membaca atau menulis sesuatu.
3. Mengalami kekeliruan pada huruf seperti b dan d serta p dan q.
4. Keliru diantara kiri dan kanan.
5. Kehilangan jejak semasa membaca seperti melompat bacaan dari baris pertama ke baris ketiga, melihat tulisan menjadi kecil dan besar, tulisan seperti berpusing.
6. Kesukaran mempelajari turutan seperti nama bulan dan sifir.
7. Kurang kosentrasi semasa membuat sesuatu kerja atau tidak dapat menghabiskan sesuatu kerja sehingga habis.
kanak2 yang mengalami disleksia mempunyai pelbagai defisit/kekurangan yang disebabkan oleh kekurangan fungsian otak. otak mereka beroperasi berbeza daripada kanan2 normal dan mereka melihat dunia dari sudut yang berbeza.. Banyak contoh orang2 terkenal yang menghadapi masalah ini ketika kecilnya dan mengukir nama menjadi orang yang hebat ketika besar. Contohnya Albert Einstein, Leonardo Da Vinci, Thomas Edison, Tom Cruise, Abhisek Bachan.. Mereka sebenarnya amat bijak berbanding usia mereka..
Cuma musuh utama mereka adalah mengeja, membaca dan mengira..kemahiran asas yang perlu ada dalam sistem pembalajaran mana2 negara. Ia tidak boleh diubati tetapi boleh dirawat dalam bebarapa kaedah..yang penting seseorang perlu membantu mereka dan memberi masa dan perhatian lebih pada mereka untuk meningkatkan kemahiran lingusistik, berfikir dan sosial.
jadi kesimpulannya..jangan dihukum terlebih dahulu kanak2 yang mengalami masalah dalam pembelajaran sebaliknya ibu bapa perlu prihatin dan mengambil berat mengenai anak2 mereka.. jika disleksia ini dapat dikesan pada peringkat awal, pelbagai langkah cepat boleh diambil untuk membantu.. seperi di Malaysia sendiri, ada persatuannya sendiri - Persatuan Disleksia Malaysia yang akan mengambil berat mengenai isu ini..
p/s: sangat suka melihat telatah budak dalam citer ni yang terlalu nakal, cuba untuk meraih perhatian dan sangat berbakat dalam bidang lukisan.. dan juga sikap amir khan yang mengambil berat mengenai pelajarnya yang bermasalah..
No comments:
Post a Comment