Tuesday, September 20, 2011

darah istihadah (penyakit)

assalamualaikum..

sedikit perkongsian selepas mencari di laman sesawang dan disimpulkan disini. waallahu'alam kalau ade yang terlebih atau terkurang.



apa dia?
darah istihadah atau darah penyakit ialah darah yang keluar dari faraj perempuan bukan dalam waktu haid atau nifas.

apa punca keluarnya darah istihadah?
samaada berlaku pendarahan/kerosakan pada organ yang berada di persekitaran rahim atau disebabkan gangguan hormon. kadangkala juga boleh disebabkan keadaan emosi wanita. darah istihadah mengalir secara berterusan selama beberapa minggu. jika keadaan berterusan, maka sebaiknya bertemu doktor untuk mendapat tahu puncanya dengan lebih jelas. (http://www.ustaznoramin.com/2011/03/darah-istihadah-menurut-penjelasan-ilmu.html)


ciri2 darah istihadah?
darah istihadah dapat dibezakan dengan darah haid dengan beberapa cara.
1) warna - kebiasaan darah istihadah berwarna merah cair, berbeza dengan darah haid yang lebih merah   kehitaman
2) bau - biasanya darah istihadah tidak berbau seperti darah haid


3 cara membezakan antara darah istihadah dan darah haid

pertama:


Wanita yang memiliki masa haid yang tetap (tempoh dan putarannya). Maka baginya hukum haid dalam masa yang tetap tersebut dan hukum istihadah bagi waktu selainnya.
Contohnya ialah seorang wanita yang lazimnya didatangi haid selama enam hari bermula awal setiap bulan. Kemudian (pada satu bulan) dia mengalami pendarahan yang berterusan. Maka pendarahan enam hari yang pertama bermula dari awal bulan dikira sebagai haid manakala hari-hari selebihnya dikira sebagai istihadah.


kedua:


Wanita yang tidak memiliki masa haid yang tetap atau diketahui (tempoh dan putarannya). Contohnnya darah yang keluar secara berterusan sejak awal. Maka baginya dibezakan antara darah haid dan darah istihadah dengan memerhatikan sifat-sifat darah tersebut. Darah yang berwarna hitam (merah kehitaman) dan/atau pekat dan/atau berbau, ia adalah darah haid. Selainnya adalah darah istihadah.
Sebagai contoh, seorang wanita yang mengalami pendarahan secara berterusan. Akan tetapi pada hari kesepuluh kelihatan perbezaan sifat darah:
q                Sehingga hari kesepuluh darah berwarna hitam (merah kehitaman) manakala selepas itu ia berwarna merah. Maka darah yang berwarna hitam adalah haid, darah yang berwarna merah adalah istihadah.
q                Sehingga hari kesepuluh darah bersifat pekat manakala selepas itu menjadi cair. Maka darah yang pekat adalah haid, darah yang cair adalah istihadah.
q                Sehingga hari kesepuluh darah memiliki bau manakala selepas itu tiada lagi bau. Maka darah yang berbau adalah haid, darah yang tidak berbau adalah istihadah.


ketiga:


Wanita yang tidak memiliki masa (tempoh dan putaran) haid yang tetap dan tidak juga memiliki sifat-sifat darah yang dapat dibezakan antara haid dan istihadah. Maka baginya masa haid diukur berdasarkan kebiasaan wanita, waktu selebihnya dikira sebagai istihadah.
Sebagai contoh, wanita yang menghadapi kes ketiga ini melihat darah keluar secara berterusan bermula pada hari Khamis yang pertama dalam bulan tersebut. Maka hendaklah dia melihat kebiasaan para wanita lain yang menghampirinya dan menjadikan tempoh haid mereka sebagai ukuran ke atas dirinya. Jika pada kebiasaannya mereka didatangi haid selama enam atau tujuh hari, maka demikianlah juga ukuran ke atas dirinya. Oleh itu enam atau tujuh hari yang pertama pendarahan, bermula daripada hari Khamis, dianggap sebagai haid. Hari-hari seterusnya dianggap sebagai istihadah.


hukum istihadah?
-membatalkan wudhuk tetapi tidak mewajibkan wanita mandi hadas
-wajib melakukan ibadah seperti biasa seperti solat, puasa, bersetubuh dsb
-wajib berwudhuk untuk setiap kali solat dengan syarat sudah masuk waktu solat


cara berwudhuk untuk wanita yang mengalami darah istihadah?
#1 membasuh kemaluan sebelum berwudhuk
#2 menutup kemaluannya dengan sehelai kain/kapas (pad/tuala wanita) untuk menahan atau mengurangi darah daripada keluar
#3 berwudhuk atau bertayammum. perlu diingat berwudhuk/bertayammum hanya setelah masuk fardhu. kerana darah istihadah itu adalah seperti orang yang berkekalan hadas.
#4 solat.jika masih keluar tidak memudaratkan (tidak membatalkan wudhuk)
#5 berwudhuk pada setiap solat. tidak boleh menggunakan wudhuk maghrib untuk isha' walaupun wudhuknya masih ada


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...