Thursday, September 15, 2011

motivasi: kembali

assalamuailakum..

suka nak mengingatkan diri sendiri dan juga orang lain bahawa manusia selalu lupa.. bukan melayu sahaja yang mudah lupa..manusia sering lupa dan leka..jadi kenelah mengingatkan diri dan beringat agar kita dijauhkan dari tak beringat..


perlu ada pitstop dalam hidup kita seharian untuk mengimbas kembali, mentarbiah diri sendiri supaya kita dapat ambik iktibar dan penghayatan..kita dapat belajar dari kesilapan yang lampau dan cuba untuk tidak mengulanginya kembali.. 

kalau rasenya kita dah tersasar jauh, dah tersesat jauh sampai tak nampak mana u-turn yang boleh dibuat, sampai tak tahu ke mana arah destinasi, kembalilah..kembali pada Allah, TuhanMu yang maha agung.
Pintu taubat sentiasa terbuka bagi hambanya yang sentiasa ingin bertaubat nasuha dan bersungguh mengharap redha illahi..kalau dulu hidup kita sentiasa sibuk dengan duniawi, tibalah masanya kita mencari kepentingan ukhrawi pula.. kembalilah kita pada pegangan hidup kita iaitu islam, kembali kita pada harta yang diamanahkan oleh rasul kita iaitu Al Quran dan Sunnah.. kembali kita menunduk sujud pada yang maha besar. kembali kita menunaikan kewajipan kita sebagai orang islam yang sebenar-benarnya. insyaAllah...


di penghujung kembara kita pastinya kita akan kembali. kembali menghadap pencipta kita..sesuai dengan fitrah kita yang diciptakan dari tanah. kembalilah kita pada asal kejadian kita.

sesungguhnya mati adalah pasti bagi setiap insan yang bernyawa


bersama-samalah kita mengimbas kembali segala dosa-dosa kita dan memohon ampun yang sesungguhnya




2 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...