Wednesday, September 21, 2011

review : anak siapa?

salam hari rabu..

beberapa isu yang boleh dikongsikan..

#1 anak tak sah taraf atau anak luar nikah ialah hasil hubungan terlarang/haram antara lelaki dan perempuan yang tiada hubungan suami isteri/tidak bernikah

#2 perbuatan berzina itu berdosa besar hukumnya tetapi anak yang diahirkan tidak berdosa sama sekali. fitrah setiap bayi yang dilahirkan adalah suci

#3 satu senario dimana lelaki A berzina dengan perempuan B, dan hasil dari penzinaan itu lahirlah anak perempuan C..20 tahun kemudian, lelaki A ingin berkahwin dengan perempuan C.. maknanya di sini lelaki A ialah "bapa konon2" perempuan C..hukumnya boleh berkahwin tetapi makruh.


-sekadar gambar hiasan-



#4 lelaki A juga tidak layak menjadi wali kepada perempuan C jika perempuan C nak berkahwin dengan lelaki D kerana islam tidak mengiktiraf lelaki A sebagai lelaki yang ada hubungan dengan perempuan C

#5 katakan senario yang sama, tetapi lelaki A ingin bernikah dengan perempuan B selepas perempuan B mengandung. kalau mereka bernikah dan genap 6 bulan kemudian lahir anak perempuan C, maka perempuan  boleh dibintikan dengan lelaki A dan taraf lelaki A sama seperti bapa kandung dan segala hukum berkaitan aurat, terbatal wudhuk dsb sama seperti bapa kandung

#6 namun jika tidak genap 6 bulan usia kandungan, maka hubungan perempuan C dengan lelaki A ialah anak tiri kalau lelaki A bernikah dengan perempuan B..tak boleh jugak dibintikan dengan lelaki A

#7 jika lelaki A adalah beragama Hindu, perempuan B beragama islam, anak yang lahir automatik islam dan kalau meninggal hendaklah dikebumikan mengikut cara islam. anak yang dilahirkan akan mengikut agama ibu

#8 hubungan dengan adik beradik tiri - kalau perempuan B berkahwin dengan lelaki E, perempuan C dengan adik beradik lain adalah adik beradik seibu, maka tak terbatal wudhuk jika bersentuhan dan tidak wajib menutup aurat sesama mereka.

#9 hubungan adik beradik dengan sebelah bapa - katakan lelaki A berkahwin dengan perempuan F, perempuan C dengan adik beradik (anak kandung A dengan F) adalah orang luar. tiada istilah adik beradik sebapa dan hukum wajib menutup aurat dan terbatal wudhuk jika bersentuhan. 

#10 islam sangat menjaga nasab/keturunan. yang pentinya anak perempuan yang tak tahu sape bapenya jika hendak bernikah hendaklah menggunakan wali hakim..(bukan bapa tiri/bapa angkat) baru dikira sah hukum perkahwinannya. 


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...