Sunday, February 27, 2011

muzik~~

akhir2 ni asyik terdedah dengan citer korea yang ade pengaruh muzik di dalamnya.. citer dream high x abis tengok lagi tapi 100% citer tu berkenaan muzik..art kirin school... so, jadi excited dengan muzik korean especially kebelakangan ni...

setiap citer diorang ade OST, yang pastinya 1 atau 2 lagu yang sangat menarik untuk didengar...setelah dihidangkan dengan lagu yang sama dalam setiap episod, telinga kita akan automotis dapat mengingat melodi lagu tu, walau lirik lagu langsung x paham sepatah haram pon...itulah keunikan muzik kan?..merentasi zaman, budaya, negara dan pegangan agama....

muzik satu bahasa yang boleh dipahami oleh semua orang..
muzik dapat menggambarkan ekpresi si penulis lirik dan penyanyi
muzik dapat melembutkan hati orang yang marah
muzik dapat mengubat hati yang lara..
muzik menjadi cara kita berhibur 
muzik dapat menjadi peneman kala bosan

"berhibur itu tiada salahnya, tapi haruslah berpada..".. kerana muzik itu mmg melalaikan..tapi boleh juga jadi saluran untuk berdakwah macam lagu2 nasyid yang membawa mesej ketuhanan, keinsafan, peringatan dsb..

comel la!...

p/s: kan bez kalau ade bakat bermain alat muzik, terutamanya gitar.. tengok lelaki atau perempuan yang dapat main gitar rase macam diorang ni sangattt cool dan macho!....dpt bace not2 muzik..fuhhh...

Monday, February 21, 2011

secret garden..

nampaknya seminggu ni akan demam dengan citer korea yang paling bez penah tengok ni!..haha...
sampai berjaya membawa virus pada ayien dan gak farah.. sape2 x tengok lagi, cpat2 tgok citer ni.. romantis + action + kelakar!... aku buat sinopsis sikit ye...aku pekenalkan dulu watak2 utama



sape peminat korea x kenal ngan artis lelaki ni?..mesti kenal la dgn hyun bin ni... comel n hensem!.. sblum ni dalam citer my lovely samsoon.. ok..watak dalam citer ni namanya kim joo won, CEO LEOL Department Store.. dalam citer ni, die mmg kaya giler la..umah die punye besar dengan taman yang sangat luas!.. die ni ade claustrophobia, pobia dengan ruangan sempit..

ni die heroin citer ni- Gil La Im.. seorang stuntwomen.. dia hidup bersama-sama kawannya Ah Young yang bekerja di LEOL store..ayahnya seorang bomba, meninggal dunia dalam satu kejadian ketika menyelamatkan seorang mangsa.. sangat lasak dan keras kepala..

oska../ choi woo young dalam citer ni sbagai star singer yang akan menerbitkan album yang ke 7.. minat giler ngan oska oppa ni..haha..terutama bile die senyum sbb bile die senyum, nampak banyak garis2 kat tepi mata dia..oska dengan kim joo woon cousin belah emak..selalu jer buat joo woon bengang tapi dia selalu mengalah..sangat baik dan klakar dalam citer ni!..

n last skali Kim Sa Rang as Director Yoon Seul.. kekasih pada oska tapi ade salahpaham sikit antara die dan oska menyebabkan selepas 15 tahun baru bersama..

k..dah kenal muka sume watak2 utama kan..nak citer sikit jer pasal sinopsis die..besalah kisah cinta antara Joo Won dgn Ra Im...sangat10x sweet kisah cinta diorang..x tahu nak gambarkan sweetnya camner, kene tengok sndiri.. yang paling best biler diorang tertukar badan.. Ra Im masuk dalam badan Joo Won, Joo Won masuk dalam badan Ra Im.. diorang belajar kehidupan masing2 yang sangat berbeza dengan cara ni.. bile hujan turun diorang jadi normal balik...last2 hepi ending walaupun emak Joo Woon sampai sudah x iktiraf Ra Im sbagai menantu dia..tapi dapat terima cucu2 die dengan baik..

layan gambar la ye..;p

part ni paling bez bile Ra Im tolong Joo Woon buat seat-up..


sbb minuman ni la diorang bertukar badan
sectery kim n ah young yang sangatttt kelakar jgak!..
anak2 diorang yg cute!!

Saturday, February 19, 2011

alhamdulillah..

alhamdulillah..rezeki makin bertambah2 sejak akhir2 ni.. 
insyaAllah, kontrak keje dapat sambung 6 bulan lagi dengan kenaikan gaji!.. time kasih banyak2 pada En Faizal yang sangat prihatin dan mengambil berat mengenai kebajikan pekerja2 bawahan dia.. kitorang bertiga dah tahu awal2 lagi bile kavitha gtau ayien..tapi baru hari jumaat en faizal turun tempat kitorang semata-mata nak gtau berita gembira tu.. tapi reaksi kitorang macam x gembira bagi dia, sampaikan dia tanya happy x ni?..hehe...


dan untuk reader digest tu banyak dia bagi susulan untuk menang hadiah2 lain.. setakat ni belum confirm apa2 pun lagi sebab cabutan rasanya tengah bulan 6 untuk president prize ke x silap..yang grand final nyer pulak cabutan dalam bulan 1 tahun depan..so, x confirm lagi, tpi high opportunity bila nama aku akan diberi keutamaan..ape-apepun bersyukur pada Allah atas segala rezeki yang x pernah putus dalam hidup aku.. apa yang penting aku ada kehidupan yang bahagia bersama family dan kawan2..



semalam ikut ana g macam kelas untuk ecosway..ana dah lama ajak masuk ecosway tu sebab die nak cari partner untuk bukak stokist..so, smalam dapat dengar dengan lagi jelas la step by step oleh sifu yang pendapatan bulanan dia mencecah 1M.. dengan hanya ada NETWORK.. dengan recruit orang2 baru/ downline yang bekerja keras untuk bukak stokis dan recruit orang2 lain lagi.. giler la!.. cosway ni mmg dah lama..lebih 30 tahun!..tapi ecosway baru dalam 3 tahun diperkenalkan kat malaysia.. maksud ecosway ni sape2 pown leh ada kedai percuma sendiri, dengan zero risk, dengan x kuar duit sesen pown untuk stok.. semuanya cosway yang handle.. sifu tu keje die kuar negara recruit ramai orang lagi.. rasenya die pown dah jadi antara millionair kat malaysia ni..tapi sangat low profile!.. orang cina, cara die berpikir x macam orang melayu kebanyakkan bile banyak duit..tahu x die buat apa dengan duit banyk yang dia ada.. die melabur dalam hartanah.. dia beli ladang2 kelapa sawit, ladang getah!.. umah die pown teres 2 tingkat jer, bukan banglo sebesar2 istana.. bagus betol!..

Sunday, February 13, 2011

ampunkan daku...

tajuk carekarama ari ni..sangat menarik dan sangat besar mesej yang disampaikan.. dengan pelakon2 yang sangat mantap, sheila rusly, fauziah nawi dan zamarul hisyam sebagai teraju utama.. dengan latar belakang KEWAJA...

yang paling berkesan kat hati kata2 yang sheila rusly cakap..
"darah kita semuanya sama, x ade bezanya, jika ditoreh belum tentu dapat tahu mana halalnya, mana haramnya.."..
"semua manusia buat kesilapan..masyarakat harus beri peluang dan ruang untuk mereka berubah.."
"jangan gelar mereka anak haram tapi anak yang tak sah taraf. kerana mereka langsung x bersalah. yang haramnya tindakan yang ibubapa mereka lakukan.."...

lebih kurang macam tu la antara kata2 shiela rusly dlam citer tu..
jadi memang betul kita manusia x akan lari dari membuat kesalahan..walau sekecil atau sebesar manapun ia tetap kesalahan..dan mereka juga berhak mendapat peluang untuk berubah untuk menjadi yang lebih baik. dan kita juga tidak layak sebenarnya untuk menghukum orang lain kerana itu dosa mereka dengan yang maha kuasa. sama halnya dengan pesakit AIDS dan HIV...kadang mereka bukan diminta untuk menghadapi dan mengharungi kehidupan sedemikian, penuh dengan cacian, makian..tapi itulah mehna yang Allah telah tetapkan buat mereka... 


Saturday, February 12, 2011

CANDAL...



buku yang baru aku beli dr pts fortuna sdn bhd- karya novel thriller dari Siti Jasmina Ibrahim. X pernah dengar nama penulis ni sebenarnya sebelum ni tapi beliau penerima anugerah seri negara ke 8..

belum habis baca lagi, baru je sparuh tapi sangat kagum dengan gaya penulisannya yang sangat2 sastera.. dan menyentuh banyak isu..jadi sangat2 kagum dengan penulis ni..

"...Memahami naluri dalam lubuk rasa yang benar tulus itu, boleh mendatangkan sirnanya perikemanusiaan. Dalam tuntutan  dunia moden yang semakin pesat memecut masa, memang tiada masa mahu meletakkan kemanusiaan di tempat teratas, sungguhpun itu yang konon digembar gemburkan serata dunia supaya keamanan kekal dari mata kasar semua..." (m/s 16- candal-siti jasmina ibrahim)..

sangat bagus kan? isu yang ditulis dengan makna yang penuh mendalam..

"..Mengapa kita perlu mengikut apa sahaja pemahaman. penilaian barat. Cara hidup sudah diatur dengan resam barat. Cara fikir semakin kebaratan, sungguhpun tidak semua sonsang. Namun yang sonsang itulah yang suka diambil, diingat, dihantukkan ke dalam kepala sehingga nilai luaran dipentingkan berbanding kecantikan dalaman yang lebih kekal abadi dan murni jadinya.."(m/s 27-candal - siti jasmina ibrahim)

nak katakan dalam setiap bab ada ayat2 yang puitis dan menyentuh isu2 kemanusiaan dan kehidupan ni.. 
jadi bagi peminat sastera dan juga novel thriller boleh dapatkan segera novel ni di kedai2 buku terdekat berhampiran anda..;p

p/s: apa maksud candal yek?

DISLEKSIA..taara zameen par



itu yang cuba dipaparkan dalam citer industan terpilih hari ini untuk dikongsi.. sangat bagus apa yang cuba disampaikan dan memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai sindrom yang kurang mendapat perhatian ini..

Mengapa terdapat kanak-kanak yang pintar tetapi sukar belajar? 
DISLEKSIA ialah keupayaan yang teruk dalam membaca, melibatkan kesukaran dalam pemahaman dan perhubungan di antara bunyi2 dan huruf2..(Mercer, 1991).. Disleksia bukannya satu penyakit, tetapi merupakan salah satu gangguan dalam pembelajaran yang biasanya dialami oleh kanak-kanak. Lazimnya, masalah pembelajaran yang dihadapi adalah seperti membaca, menulis, mengeja, dan kemahiran mengira. Oleh itu dyslexia merujuk kepada mereka yang menghadapi masalah untuk membaca dan menulis walaupun mempunyai daya pemikiran yang normal. (Wikepedia)


Diantara ciri-ciri penghidap disleksia adalah:

1. Lambat membaca dan mempunyai tulisan tangan yang buruk

2. Sering mungurang atau menambah huruf atau perkataan ketika membaca atau menulis sesuatu.
3. Mengalami kekeliruan pada huruf seperti b dan d serta p dan q.
4. Keliru diantara kiri dan kanan.
5. Kehilangan jejak semasa membaca seperti melompat bacaan dari baris pertama ke baris ketiga, melihat tulisan menjadi kecil dan besar, tulisan seperti berpusing.
6. Kesukaran mempelajari turutan seperti nama bulan dan sifir.
7. Kurang kosentrasi semasa membuat sesuatu kerja atau tidak dapat menghabiskan sesuatu kerja sehingga habis.



kanak2 yang mengalami disleksia mempunyai pelbagai defisit/kekurangan yang disebabkan oleh kekurangan fungsian otak. otak mereka beroperasi berbeza daripada kanan2 normal dan mereka melihat dunia dari sudut yang berbeza.. Banyak contoh orang2 terkenal yang menghadapi masalah ini ketika kecilnya dan mengukir nama menjadi orang yang hebat ketika besar. Contohnya Albert Einstein, Leonardo Da Vinci, Thomas Edison, Tom Cruise, Abhisek Bachan.. Mereka sebenarnya amat bijak berbanding usia mereka..

Cuma musuh utama mereka adalah mengeja, membaca dan mengira..kemahiran asas yang perlu ada dalam sistem pembalajaran mana2 negara. Ia tidak boleh diubati tetapi boleh dirawat dalam bebarapa kaedah..yang penting seseorang perlu membantu mereka dan memberi masa dan perhatian lebih pada mereka untuk meningkatkan kemahiran lingusistik, berfikir dan sosial.



jadi kesimpulannya..jangan dihukum terlebih dahulu kanak2 yang mengalami masalah dalam pembelajaran sebaliknya ibu bapa perlu prihatin dan mengambil berat mengenai anak2 mereka.. jika disleksia ini dapat dikesan pada peringkat awal, pelbagai langkah cepat boleh diambil untuk membantu.. seperi di Malaysia sendiri, ada persatuannya sendiri - Persatuan Disleksia Malaysia yang akan mengambil berat mengenai isu ini..



p/s: sangat suka melihat telatah budak dalam citer ni yang terlalu nakal, cuba untuk meraih perhatian dan sangat berbakat dalam bidang lukisan.. dan juga sikap amir khan yang mengambil berat mengenai pelajarnya yang bermasalah..

which one is better?

dalam dilema skrg ni pasal keje...keje skrg ni kontrak tamat tengah blan 2 dan akan dsambung slama 6 bulan lg, shingga bulan 8.. baru jer tahu lepas g interview dgn 7eleven.. so, masa kene panggil untuk 2nd interview, mmg dah rase bebelah bagi, tapi just go on dlu, kalau dpt baru decide..

so, the result for 2nd interview, mcm lulus jer..siap bg solution kat aku bile nak hantar resignation letter sbb kat tmpat keje skrg ni kene bg 1 month notice.. tp die bg langkah slamat, sign dlu kontrak baru then end of this month die akan gtau dpat ke x keje kat tmpat tu, bile dah ade persetujuan dgn HR department.. 

keje skrg: iCIMB
kelebihan: kalau sambung kontrak sampai blan 8, aku dah ade 1 year experience, so high opportunity untuk dpt keje dgn bank2 lain..dan gaji kat sini pown tggi lagi..
kekurangan: keje bawah agency, rasa macam x secure, x de jaminan dpt sambung lg walaupun dah stahun keje kat sana..then untuk dpt keje lain plak pown x pasti snang atau ssh.. x kan nak slamanya keje under agency n contract kan?

keje yang dpt offer : 7eleven
kelebihan: 3 bulan dlm probation then dpt permanent..tp tggi peluang utuk dpt permanent.. 
kekurangan :  gaji kurang sikit dr gaji skrg ni..mcm ckup2 makan.. 

yang laen sumenya same jer..kos, tempat keje pown x beza sgt jaraknya, masa keje dan cuti..
so, which one is better? dah buat solat istiharah tapi x yakin lg dgn keputusan tu..

Monday, February 7, 2011

wasilah cinta weera



satu naskhah yang sarat dengan makna kasih sayang sesama manusia yang maha luas.
AMAT INDAH JIKA SEGALANYA KERANA ALLAH.. 

Mereka bertemu kerana Allah, berpisah juga kerana Allah..kisah perhubungan antara
Weera dan Ray, 2 sahabat yang saling bercinta, berkasih dan bersayang kerana Allah.
Disebabkan perhubungan antara 2 lelaki, mereka dipandang serong oleh masyarakat dan
dikatakan pasangan gay

Ujian Tuhan akhirnya menyentuh Weera. Tunangannya, Jasnita mengahwini kawan serumahnya, Firdaus
dan dia mengahwini tunang Firdaus, Sari Ayu bagi menyelamatkan maruah keluarga
Sari Ayu. Hanya sehari perkenalan mereka dan mereka telah diijabkabulkan.
Namun kuasa Tuhan, Weera telah jatuh cinta pada isterinya saat die mencium dahi isterinya pada
upacara akad nikah. namun tidak bagi sari ayu yang terus terusan menyalahkan
dirinya dan masih mengingati Firdaus. Sehinggalah satu kejadian yang tidak diigini
membuahkan rasa kasih dan sayangnya pada suaminya


Namun fitnah datang bertubi-tubi membuatkan sari ayu termakan juga hasutan fitnah itu.
Weera sendiri tidak tahu bagaimana hendak menerangkan hubungannya dengan Ray,
ya...dia sangat cintakan Ray melebihi pertalian darah saudara2nya.. hanya Ray
tempat dia bergantung hidup, tempat die bermanja, tempat die mencurahkan segala isi 
hatinya. Ray sudah dianggap seperti seorang abang dan juga seorang ayah..
Ujian yang paling besar menimpa Weera bila Ray disahkan menghidap penyakit neuron motor.
Penyakit kritikal yang boleh mengakibatkan kematian..Namun syukur sari ayu sudah benar2
yakin akan hubungannya dengan Ray sehingga sanggup membuat pengorbanan tinggal dan menjaga makan minum Ray.. Mengalir air mata dan jatuh insaf bile mengenangkan tabahnya Ray menerima ujian
dari Allah, tidak pernah merungut dan tidak pernah mengabaikan perintah Allah..


Akhirnya Ray pergi jua, meninggalkan Weera sendiri.. Disebabkan rindunya pada arwah Ray,
Weera demam dan terus-terusan berduka.syukur ada sari ayu, peneman kala duka,
penyejuk mata yang mghiburkannya..dia akhirnya berjumpe dengan mamanya yang sangat
dirinduinya..Amra yang telah dihalau ayahnya sendiri selepas percaya dengan fitnah orang lain
yang menuduh isterinya berkhalwat dengan lelaki lain.. dan sejak peristiwa itu, Weera berpisah 
dengan mamanya dan ayahnya seolah-olah menghukumnya sekali. Gembira yang datang sekejap cuma bile
firdaus x jemu2 untuk menjatuhkannya, dengan mengantar santau padanya, membuat tuduhan palsu
padanya tentang pembunuhan Jasnita dan akhirnya cubaan membunuh Weera dengan menikamnya
ketika di tanah perkuburan


Namun Allah masih sayangkan Weera, Dia masih meminjamkan nyawa untuk Weera dan berpeluang
menyaksikan penyatuan keluarganya.. dan alhamdulillah Tajul Rayyan bin Tajul Weera menjadi
lambang dan bukti cintanya pada Sari Ayu..


"Aku mahu ada dekat denganmu,selalu ada dalam hati dan batinmu, aku mahu ada dalam setiap doamu.."




hidup satu pelajaran...

orang yang pernah kehilangan
pasti lebih menghargai apa yang mereka ada
pasti lebih menyayangi setiap masa yang berdetik bersama yang tersayang
mungkin lebih memahami erti setiap yang bernyawa pasti akan mati


pengalaman tidak akan pernah wujud
jika seseorang tidak mengalaminya sendiri
bila sudah merasa erti sakit
baru belajar mengenai nikmat sihat
bila sudah belajar erti nikmat
baru belajar bagaimana untuk bersyukur


hidup ini diibaratkan satu perjalanan yang panjang
yang penuh berliku
di setiap persimpangan pasti akan ada pilihan
terserah bagaimana kita memilih landasan yang betul
dan kita akan terus terusan belajar
dari laluan landasan yang kita pilih
jika tersasar dari landasan pasti akan ada persimpangan u-turn
untuk kita patah kembali ke jalan yang betul



amilina syakira
07/02/2011 - 10.00am

Sunday, February 6, 2011

penyakit neuron motor



penyakit yang dikenali sebagai penyakit neuron motor atau Motor Neuron disease (MND) adalah sejenis penyakit saraf yang jarang didapati tapi boleh mengakibatkan kematian. Penyakit ini berlaku apabila sel2 yang mengawal pegerakan saraf tunjang mati dan tidak lagi berfungsi seperti biasa. 

walaupun penyakit ini tidak menjejaskan akal fikiran dan penglihatan pesakit, tetapi mereka akan lumpuh. Apabila sakit semakin serius, mereka hanya mampu terlantar di atas katil sahaja. Hilang keupayaan untuk bercakap dan mungkin juga untuk menelan makanan. Tidak ada rawatan bagi penyakit ini. Jangka hayat mereka dianggarkan antara 6 bulan hingga 10 tahun selepas disahkan mengidap penyakit ini.

ada dua faktor kemungkinan penyakit ini. faktor keturunan atau jangkitan virus. Memang susah mahu mengesan penyakit ini pada peringkat awal. Pesakit hanya menyedari selepas beberapa bulan menghidap penyakit ini.  Mereka akan mula berasa kelainan apabila kadangkala gagal mengerakkan tangan atau mengalami kekejangan otot. selalu berasa pening dan mahu pitam. Arwah Mokhtar Dahari dan Borhanudin Joned, kedua-duanya pemain bola sepak dan bekas jurulatih yang pernah terkenal suatu masa dulu menghidap penyakit neoron motor ini.




Saturday, February 5, 2011

cuti2 CNY


penat tapi seronok!..haha..straight cti g kuar, x dok umah...besok nampaknya kene dok kat umah berehat je la.. ari kamis dok kuar jejalan jelajah area wangsa maju.. x penah sampai wangsa walk 2.. kuar bersama2 ana, nani n mau... tu yang dapat tengok citer mr & mrs incredible 2... n dapat solat asar berjemaah kat masjid area2 situ..



ari jumaat plak, g kembara putrajaya bersama2 family.. lepas depa balik solat jumaat, dalam kol 3 betolak.. rase-rasenya last time aku g mase ikut rombongan adik aku sek tadika, 10 tahun lepas..2001.. fuhh.. mase tu putrajaya baru nak buat..tiba2 g ni...wah!! sangat kagum!.. macam bandar futuristik... canggih gile design setiap bangunan kerajaan..bangga pulak dalam malaysia ade bandar terancang dan cantik macam ni.. bagus la setiap orang yang terlibat dengan pembinaan putrajaya ni..


kene pakai jubah yg dsediakan..cantik gak jubah tu!..

dapat la pengalaman solat asar di masjid merah @ masjid purajaya dan solat maghrib berjemaah di masjid besi @ masjid sultan mizan.... plus dapat g pasar malam putrajaya lagi!.. kat masjid merah, kene tahan suruh pakai jubah sbb x mematuhi etika pemakaian..haha... pastu kat masjid besi pulak kat tepi2 ruang solat tu macam ade air..tapi bile pandang, nampak macam separas dengan air tasik..padahal ruang solat tu tinggi..nampak macam masjid terapung gak la... yang klakarnye sebab perjalanan yg x drancang, kitorang sume puasa lebih 5 jam, dengan dahaganya, laparnya!..slamat ade pasar malam..dapat pulak makan ayam sedap..ayam uncle bob...mmg sedap ayam tu!..die balut dengan tepung macam ayam chicken chop tu..


@ taman wetland
                                                   

@ taman botani


sampai umah dalam kol 10.30pm...penat!...bejalan2 macam tu pown terasa penat.. ari sabtu pulak cikti dok ajak g ulu yam..apa lagi excited la jadinya!.. kuarga cikti ade 7 orang plus keluarga aku ade 5 orang...meriah gak la reramai camtu.. kalau acit ngan ijah ade msti lagi meriah!.. haha... tapi x bez sangat sbb ramai orang!.. terpaksala g tempat yg cetek jer...

mr & mrs incredible..



klakar dr mula sampai habis dan sangat romantis tengok pasangan Sandra Ng Kwan Yue dan Louis Koo dlm citer ni!..tp rase cam Louis Koo gmuk je dlm citer ni..btol ke die?


mmg lawak citer ni..komedi ringan..tapi mmg bez la kan kalau ade power mcm yang diorang ade ni.. scene paling bez mase lepas diorang bkenalan kat atas bumbung tu.. panglima gaizer ngan panglima aroma.. sweet name!..

nasihat lukman al hakim 1





"Hai anakku! Sesungguhnya dunia ini umpama lautan yang dalam. Ramai manusia yang
telah tenggelam dalamnya. "Oleh itu, jadikanlah ketakwaan kepada Allah itu sebagai kapalmu,
keimanan itu sebagai muatannya dan tawakal itu pula sebagai layarnya. Mudah-mudahan, engkau
akan terselamat. Aku tidak sanggup melihatmu melainkan dalam keadaan yang selamat."

kiasan yang diberikan oleh lukman al hakim mengenai dunia yang penuh dengan liku2 hidup. jadi kita harus bijak supaya tidak tenggelam dan terus hanyut dalam lautan dunia.. taqwa, keimanan dan tawakal itulah yang menjadi penyelamatnya..

filosofi hidup



Ade website yang aku bace filosofi hidup hampir berkait dengan prinsip hidup atau tujuan kita hidup. Setiap orang mempunyai pegangan atau prinsip hidup yang tersendiri.. 

tapi bagi aku, filosofi hidup macam pandangan kita mengenai kehidupan.. biasenya sebuah filosofi didapati dari quote atau petikan kata2 dr tokoh2 terkenal dan bijaksana tentang kehidupan..orang pertama yang memperkenalkan filiosofi hidup ni adalah orang yunani.. antaranya socrates, pluto, Aristotles, sigmud freud dll..kalau zaman skrg tokoh2 politik mcm najib, mahathir, dll..hamka juga sangat terkenal dengan filosofi hidup.. 

filosofi hidup ni boleh kita ambil sebagai prinsip hidup kita, lebih jugak pada memberi nasihat seperti nasihat lukmanul hakim pada anaknya..


Friday, February 4, 2011

my family

tetibe plak nak share pasal pandangan aku pada ahli kuarga aku sorang2.. ni ikhlas dan jujur dari lubuk hati yang paling dalam..chewah..hehe...

kita mulakan dengan abah-mohd yusop bin ali
abah orangnya tenang, x terburu-buru dalam buat keputusan, sangat peramah dan disenangi kebanyakan orang x kisah budak-budak sampaikan orang tua... mungkin abah sangat pandai mengambil hati orang lain.. abah seorang yang penuh dengan pengalaman hidup, insan yang banyak melalui liku2 kehidupan dengan sangat tabah.. pengorbanan pada keluarganya, pada arwah atuk awi...dan aku sangat kagum pada abah tentang cara die menilai sesuatu dan melihat sesuatu dari sudut yang berbeza.. abah seorang suami yang sangat baik..beruntung emak ada suami sebaik abah dan aku beruntung ada abah sebaik abah.. abah x pernah lupa bagi emak duit bulanan walau camne susah pown kewangan abah.. kekadang suka tengok abah sakat emak, mesra2 depan kitorang anak beranak...abah is the best abah in the world!

emak-hashimah binti simat
emak pulak orangnya kelam kabut sikit lebih-lebih lagi kalau ade orang datang umah dan kalau nak bergerak balik kampung dulu2 naik bas dan jugak masa pagi raya.. tapi aku paling suka dengan emak bile emak ketawa kuat2..ketawa x boleh stop, sampai aku pown terjangkit sama... emak ni ada satu sikap yang nak kata kedekut dan berkira sikit, lebih2 lagi kalau barang dia dan jugak pasal duit..tapi mungkin sebab die hidup susah masa kecik buat die hargai semua benda..tapi emak paling bez bile pasal anak2 nak makan apa die x kisah, sanggup bersusah payah buatkan untuk kitorang sume..terima kasih emak!! emak tetap emak terbaik dalam dunia ni!...

angah-khairul anwar bin mohd yusop
angah, adik bawah aku..beza umur dalam setahun 2 bulan jer..sebenarnya masa kecik2 dulu aku jealous dengan dia sebab emak over sayangkan angah..haha.,tapi sekarang ni dah x rasa camtu dah.. angah seorang lelaki yang boleh dikatakan romantis, sangat menghormati perempuan...baik dan disenangi ramai orang jugak dengan perangai yang kekadang giler2...padan sangat dengan makwe dia.. angah, die jenis x kisah..semua benda die bedal, jenis yang x berkira...tapi satu sikap die ni boros sikit, x pandai uruskan duit.. 

acit - khairul rasyid bin mohd yusop
acit, adik lelaki kedua aku, die ni nampak jer macam ganas sikit tapi sama je macam angah romantik gak.. dan anak emak...haha..kelakar masa memula dulu die kat sarawak tetiap ari call emak.. acit ni kalau bercakap mmg x kalah macam ahli politik!! cakap berapi-api dan penuh semangat!..tu yang menarik pasal dia dan die dapat menarik perhatian orang dengan cakap dia jer.. die ni pown disukai ramai..mana2 g ade jer kengkawan die yang die kenal.. pandangan die pasal hidup ni pown boleh dikatakan matang..dulu masa kecik2 baran x bertempat..asyik nak marah jer keje dia.. tapi dah besar ni lebih terkawal sikit..


dari kiri - acit, abah, emak, angah
ijah, farah, aku (kaklong)


ijah - nor hafizah binti mohd yusop
ijah....hahaha...ijah jenisnya ceria, suka gelak..kuat pulak tu gelak die.. walaupun umur makin meningkat remaja tapi perangai macam budak2 jugak.. tapi die ni ada macam aura penghibur suasana..mana2 die g macam jadi menarik keadaan dan tempat tu die buat.. orang kata bukan jenis bosan la.. die ni rajin belajar!.. penuh dengan semangat nak berjaya dalam hidup!.. dulu2 mase kecik2 pown aku jealous ngan die jugak sbb emak slalu puji dia..dan lagi satu kadang2 dia ni cakap semua nak A..walaupun benda tu die x tahu main bedal jer...x nampak macam menipu pown...dan die sangat berbakat dalam nyanyian rasanya.. suara die boleh tahan la..x nak r puji lebih2..nanti die perasan..hehe...

farah - nor farhanah binti mohd yusop
farah/adik - adik perempuan last aku..die ni ada personaliti yang sangat menarik!.. jenis yang kasar sikit, tapi orang kata dalam kasar ade lembutnya...sangat kagum dengan bakat lukisan dia..dan jugak IQ die.. die ni cepat belajar sesuatu benda.. bijak orangnya tapi pemalas!.. x sangka adik kecik yang aku selalu nyanyikan masa die kat buaian dah 14 tahun dah..besar panjang dah!..haha.. die ni pown cam ade aura tersendiri.. buat ramai orang tertarik dengan die terutamanya budak2 kecik.. jenis yang slumber jer dan x tahu malu sikit.. 

aku - amilina syakira binti mohd yusop
aku sorang je lain sikit nama dr adik beradik aku..tapi nama ni sedap dipanggil..gabungan nama yang menarik..haha..perasan.. aku pulak jenis lembut, pemalu dan pendiam.. kecuali kalau diransang dengan benda2 yang aku minat, aku jadi over excited.. aku ambil masa yang lama untuk sesuaikan diri dengan seseorang..banyak ciri2 yang dr fadzilah kamsar cakap pasal personaliti bulan januari tu tepat dengan aku.. aku sangat sukakan dan syang pada kanak2..tapi aku jenis yang x pandai nak ekpreskan perasaan aku.. aku rasa aku seorang yang bosan!.. tapi aku ni jenis yang bercita-cita tinggi dan pandai dalam memotivasikan diri sendiri.. 

k..cukup2 la kan..panjang sangat lak jadi entri ni... ape-apepun aku sangattt sayangkan keluarga aku!!

Tuesday, February 1, 2011

KERJAYA...

citer pasal kerjaya ni..patutnya dari kecik2 lagi kan dah kene pikir nak jadi ape.. bile orang tanya jer dah besar nanti nak jadi apa? cita2 apa? main belasah je agaknya bagi jawapan..bukannya tahu pun skop sebenar kerjaya tu kan.. akal budak2 berpandukan pada penglihatan di kaca televisyen dan juga pengaruh ibubapa.. bile dah besar sikit baru leh pikir sendiri..dengan adenya pengaruh kawan2, maklumat2 tambahan di internet dan juga ekspo2 kerjaya kan... baru leh bagi jawapan yang tepat, padat dan jitu!!..hehe..

tapi jangan jadi cam aku.. dah besar2 camni mane la boleh cakap cita2 lagi kan... itulah dari kecik x tetap pendirian.. jadi hari ni aku nak kongsi je la kerjaya yang aku minat dan kagum ye..x boleh nak jadi macam depa2 ni...huhu...


kerjaya2 yang aku minat dan kagum..

1. agen rahsia - kategori ni termasuklah juga penyiasat2 persendirian..undercover dalam ATM, dan juga unit2                    rahsia seperti CIA, MIA, M15 dll .kagum sebenarnya dengan cara2 diorang ni dalam menyiasat satu2 kes, yang paling bez bile libatkan kes antarabangsa dan jugak pasal keselamatan.. mmg risiko dibunuh atau terkorban dalam misi sangat tinggi!..tapi inilah masenya untuk gunakan segala kemahiran diri yang ada.. 

2. penembak hendap dan penembak tepat - snipers dan shooter.. ade beza sikit antara 2 kerjaya ni dalam pasukan polis malaysia la..x tahu la sama pulak untuk negara2 lain.. objektif shooter adalah untuk mnumbangkan sasaran tanpa pertumpahan darah,, shoot to kill adalah tindakan terakhir.. snipers pulak dilatih untuk membunuh sasaran, menghalang serta melengah-lengahkan kemaraan pasukan musuh..mereka akan menetapkan perimeter/kawasan mereka sendiri.. 

3. ahli forensik -  ni salah satu cita2 la jugak masa kecik dlu.. terpengaruh ngan citer CSI.. tapi sebab x tercapai jadilah list kerjaya yang aku minat dan kagum.. aku galakkan sape2 yang berminat sertai kerjaya ni, walaupun bidang ni x delah baru sangat kat malaysia, kira baru nak bertatih2.. masih perlukan khidmat negara luar..tapi kerjaya ni punya masa depan yang cerah..korang2 sume nanti la yang bakal mengharumkan nama negara dalam bidang forensik ni..



4. doktor psikologi - atau doktor orang gila.. ops..kurang siuman/kurang waras.. mnat dan kagum sbb doktor2 ni boleh handle pesakit2 yang ade masalah dengan otak..ye la tindakan mereka2 ni kekadang x terduga..kekadang berbahaya gak, kekadang nampak lucu sangat!.. 

5. hackers - mnat denga IQ yang diorang ade sampai leh ceroboh satu sistem yang teruji slamat.. kalau gunakan untuk kebaikan negara baguslah, bukan untuk menjahanamkan negara dan rakyat2 dengan kes virus, curik duit dsb..dapat ceroboh sistem pertahanan negara dan jugak sistem2 penting negara rasa macam power giler!..dapat kawal satu negara!...fuiyooo...

6. guru - atau warga pendidik, termasuklah pensyarah, cikgu tadika, cikgu kafa, cikgu mengaji kat umah2.. kerjaya yang aku sangatttt2 kagum skali.... sbb tugasnya yang menabur bakti untuk mendidik anak bangsa.. memberi satu ilmu yang sangat penting dan berguna!.. kagum ngan semangat guru2 dlu2 yang mengajar mmg niat untuk mendidik bukan saja untuk mengajar dan dapat duit gaji bulan2.. tapi lebih pada mendidik anak2 supaya jadi orang yang berguna..



7. doktor -  ni kategori kerjaya profesional!.. nak blaja bukan main ssh..sampai 5 tahun kalau x kandas mana2 subjek.. respect sbb niat murni seorang doktor untuk selamatkan pesakit2 sedaya upaya... tapi bile bertarung dengan nyawa ni..ye la keje tuhan kan..manusia hanya mampu berusaha, Allah yang tentukan...




k..sbnarnya sume kerjaya pown memberi manfaat pada orang lain..asalkan niat baik dan lakukan kerana Allah... bukan berniat buruk...macam doktor pown perlukan kerjasama dan sokongan yang kuat dr para nurse supaya satu2 pembedahan tu berjaya... kita manusia hidup dalam masyarakat!..itu yang kite kene ingat.. kene tolong menolong sentiasa x kira kerjaya apa pown kita.. even tukang sampah pown ade kerjaya yang murni, yang halal dan membantu dalam membersihkan kawasan kita semua kan...


bila februari..

bila februari datang menjelma, tertinggallah januari di belakang.. dah masuk bulan kedua dalam tahun 2011.. dan hari ni 1 februari kita merayakan federal day, bermakna CUTI!... rasenya seronoknya bulan februari ni sebab banyak CUTI... ade CHINESE NEW YEAR, CUTI 2 hari!! campur skali sabtu ahad jadi 4 hari straight CUTI!!.... HEPI CHINESE NEW YEAR untuk semua yang meraikannya... lepas tu ade lagi maulidur rasul.. CUTI lagi....seronok2... last skali sbb bulan februari ade 28 hari je..jimat2 kos tambang dan kos makan.. jadi februari bulan jimat!....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...