Wednesday, September 28, 2011

zaman sekolah part 1

banyak sangat bace posting pasal zaman2 dulu, zaman sekolah rendah dan zaman sekolah menengah...teringat balik memori2 tu.. memang rindu dan bez!..nak citer jugak la kat sini..

1) citer2 kat tv..


*ari sabtu ngan ahad x silap..kol 9 pg dah ade kat depan tv, tengok citer sailormoon, pastu sambung 9.30 tengok citer dragonball..memang kuat la pengaruh goku, bezita, super saiya dengan 7 mutiara naga tu..
*lagi satu cerita kartun yang aku suka tengok, citer dashyin kuro..citer pasal lumbe2 kete.. ni mase sekolah rendah dan sekolah agama kat bukit perwira..memang terbaek r citer ni..


*ade jugak zaman tu cerita2 superhero macam bajak hitam, ultramen, power rangers lah x boleh blah aku jadi penonton setia..mstilah aku suka yang warne pink..kimberly x silap name die.. pastu ade warne putih suka warne putih pulak..hehe..
*lagi satu citer A.L.O.N.G... suka time siti sifir bace sifir..haha...


*naek sekolah menengah, ade pulak citer anak2 sidek, kluang man..tu je la citer yang aku layan..
*lepas tu zaman sekolah menengah gak dah start pengaruh cerita dari luar..overseas punye citer..layan la citer korea, jepun, thailand, philiphines, n amerika latin..
*kalau korea yang aku ingat winter sonata, pukul 4 x silap..berebut2 balik kalau xde kelas tambahan nak tengok citer tu..mase tu Bae Young Joon lah lelaki paling hensem.. kesian pulak tengok heroin die asyik menangis jer..huhu..maghrib pown ade citer korea gak, x silap successful story of bright girl..jang nara dalam tu comel sangat....


*kalau cerita thailand pulak time tu citer soda n ice tea and the princess.. hero lelaki yang same berlakon..name die Tik Jesdaporn Pholdee..sebelum tu ade satu cerita, x ingat pulak tajuk die, yg tertukar anak mase kecik..emak dengan anak sama jahat tu..memang layan la citer ni,,
*pangako sayo pulak citer philliphines yang bez mase tu...panjang sangat citer ni, x tahu sampai bape episod, jalan citer pown complicated sangat.. kekadang termiss jugak.. mase tu hero ngan heroin die sume orang minat..jeriho Rosales sebagai Angelo..heroin die rasenya watak die dalam citer tu sebagai Maria Amor..x ingat la plak..

*amerika latin pown aku tengok gak, citer kol 2..Rosalinda..cantik sangat2 heroin ni bagi aku mase tu..
*kalau cerita dari indonesia rasenye mase zaman u kowt.(x ingat)... banyak gak citer indon yang aku layan..bawang merah bawang putih, soleha, paling bez x ingat pulak (yg watak die budak kecik nama nabila tu)..
*sekarang x layan dah citer indonesia, layan cerita korea jer banyak..


k..sambung nanti la part 2 pulak..





Qathrunnada - Cinta Agung

lagu nasyid ni pown same..
memang meremang dengar muzik die
dan kalau betul2 hayati memang akan menangis sedih..
-----------------------------------------------------------------

cinta agungku hanya untukMu
padaMu kusandarkan segala harapan
haraplah cintaku dapat dibalas......


Tafakur- From Zikraa (with lyrics)

semalam tetibe teringat balik lagu ni...
penah jadi sejarah mase darjah 6 untuk lagu nasyid
--------------------------------------------------------

antara lagu nasyid yang boleh buat meleleh2 air mata...
lebih2 lagi waktu sorang2 malam2...

hayatilah.....

alahai digi..



baru jer balik dari bayar bil digi.. terperanjat jugak la tetiba ari tu dtg surat dr peguam pasal tuntutan sivil dari digi disebabkan bil yang tertunggak...haha..tengok jumlah tertunggak die.. RM506.00..mak aii... dah la ekonomi tengah meruncing sekarang ni... 

hehe...tp alhamdulillah tak sampai riban2 lagi kan..sebabnye dah 2 tahun x gune nombor tu.. last sem kat uni dulu nak buat thesis kan, konon2 pentinglah kene ade internet.. p la subscribe kat digi..x ingat dah pelan ape..tp yang leh cucuk dr phone tu jer..yang lelain mcm mahal kan..lgpown nak gune sekejap jer..

salah sendiri jugak..patutnya dah x nak gune, kenelah walk in ke digi centre untuk terminate account kan, ni buat bodoh jer..haha...padan la muka..xde lah ari tu ingat die potong sendiri kalau 3 bulan x bayar dah.. mmg pikir nak buat bodoh je la..lepas tu dah sibuk ngan hal dunia lain, langsung x ingat.. 

tapi kan...alhamdulillah lagi sekali..dpt diskaun..CSR tadi tu pown baik jer.. dapat diskaun 20% untuk 2 bulan bil yang tertunggak..so, kira2 balik kene bayar RM380.00.. jimatla rm120, sebab mmg dah standby rm500.. kira macam bayar cas perkhidmatan die jer..

so, very important lesson today, janganlah buat don't know jer kalau pasal bil2 ni.. sebab die libatkan cas perkhidmatan.. ape2 service la dan biasenye syarikat2 telekomunikasi atau bank2 ni selalu ade term and condition yang memihak pada company diorang..contoh clause yang selalu kite nampak "...pihak syarikat berhak mengubah mana2 syarat mengikut kesesuaian masa.." (lebih kurang la, kalau x betul abaikan apa yg aku cakap ni).. bahaya tau..tapi dlm keadaan terdesak x kan nak tolak kan..


Wednesday, September 21, 2011

review : anak siapa?

salam hari rabu..

beberapa isu yang boleh dikongsikan..

#1 anak tak sah taraf atau anak luar nikah ialah hasil hubungan terlarang/haram antara lelaki dan perempuan yang tiada hubungan suami isteri/tidak bernikah

#2 perbuatan berzina itu berdosa besar hukumnya tetapi anak yang diahirkan tidak berdosa sama sekali. fitrah setiap bayi yang dilahirkan adalah suci

#3 satu senario dimana lelaki A berzina dengan perempuan B, dan hasil dari penzinaan itu lahirlah anak perempuan C..20 tahun kemudian, lelaki A ingin berkahwin dengan perempuan C.. maknanya di sini lelaki A ialah "bapa konon2" perempuan C..hukumnya boleh berkahwin tetapi makruh.


-sekadar gambar hiasan-



#4 lelaki A juga tidak layak menjadi wali kepada perempuan C jika perempuan C nak berkahwin dengan lelaki D kerana islam tidak mengiktiraf lelaki A sebagai lelaki yang ada hubungan dengan perempuan C

#5 katakan senario yang sama, tetapi lelaki A ingin bernikah dengan perempuan B selepas perempuan B mengandung. kalau mereka bernikah dan genap 6 bulan kemudian lahir anak perempuan C, maka perempuan  boleh dibintikan dengan lelaki A dan taraf lelaki A sama seperti bapa kandung dan segala hukum berkaitan aurat, terbatal wudhuk dsb sama seperti bapa kandung

#6 namun jika tidak genap 6 bulan usia kandungan, maka hubungan perempuan C dengan lelaki A ialah anak tiri kalau lelaki A bernikah dengan perempuan B..tak boleh jugak dibintikan dengan lelaki A

#7 jika lelaki A adalah beragama Hindu, perempuan B beragama islam, anak yang lahir automatik islam dan kalau meninggal hendaklah dikebumikan mengikut cara islam. anak yang dilahirkan akan mengikut agama ibu

#8 hubungan dengan adik beradik tiri - kalau perempuan B berkahwin dengan lelaki E, perempuan C dengan adik beradik lain adalah adik beradik seibu, maka tak terbatal wudhuk jika bersentuhan dan tidak wajib menutup aurat sesama mereka.

#9 hubungan adik beradik dengan sebelah bapa - katakan lelaki A berkahwin dengan perempuan F, perempuan C dengan adik beradik (anak kandung A dengan F) adalah orang luar. tiada istilah adik beradik sebapa dan hukum wajib menutup aurat dan terbatal wudhuk jika bersentuhan. 

#10 islam sangat menjaga nasab/keturunan. yang pentinya anak perempuan yang tak tahu sape bapenya jika hendak bernikah hendaklah menggunakan wali hakim..(bukan bapa tiri/bapa angkat) baru dikira sah hukum perkahwinannya. 


Tuesday, September 20, 2011

darah istihadah (penyakit)

assalamualaikum..

sedikit perkongsian selepas mencari di laman sesawang dan disimpulkan disini. waallahu'alam kalau ade yang terlebih atau terkurang.



apa dia?
darah istihadah atau darah penyakit ialah darah yang keluar dari faraj perempuan bukan dalam waktu haid atau nifas.

apa punca keluarnya darah istihadah?
samaada berlaku pendarahan/kerosakan pada organ yang berada di persekitaran rahim atau disebabkan gangguan hormon. kadangkala juga boleh disebabkan keadaan emosi wanita. darah istihadah mengalir secara berterusan selama beberapa minggu. jika keadaan berterusan, maka sebaiknya bertemu doktor untuk mendapat tahu puncanya dengan lebih jelas. (http://www.ustaznoramin.com/2011/03/darah-istihadah-menurut-penjelasan-ilmu.html)


ciri2 darah istihadah?
darah istihadah dapat dibezakan dengan darah haid dengan beberapa cara.
1) warna - kebiasaan darah istihadah berwarna merah cair, berbeza dengan darah haid yang lebih merah   kehitaman
2) bau - biasanya darah istihadah tidak berbau seperti darah haid


3 cara membezakan antara darah istihadah dan darah haid

pertama:


Wanita yang memiliki masa haid yang tetap (tempoh dan putarannya). Maka baginya hukum haid dalam masa yang tetap tersebut dan hukum istihadah bagi waktu selainnya.
Contohnya ialah seorang wanita yang lazimnya didatangi haid selama enam hari bermula awal setiap bulan. Kemudian (pada satu bulan) dia mengalami pendarahan yang berterusan. Maka pendarahan enam hari yang pertama bermula dari awal bulan dikira sebagai haid manakala hari-hari selebihnya dikira sebagai istihadah.


kedua:


Wanita yang tidak memiliki masa haid yang tetap atau diketahui (tempoh dan putarannya). Contohnnya darah yang keluar secara berterusan sejak awal. Maka baginya dibezakan antara darah haid dan darah istihadah dengan memerhatikan sifat-sifat darah tersebut. Darah yang berwarna hitam (merah kehitaman) dan/atau pekat dan/atau berbau, ia adalah darah haid. Selainnya adalah darah istihadah.
Sebagai contoh, seorang wanita yang mengalami pendarahan secara berterusan. Akan tetapi pada hari kesepuluh kelihatan perbezaan sifat darah:
q                Sehingga hari kesepuluh darah berwarna hitam (merah kehitaman) manakala selepas itu ia berwarna merah. Maka darah yang berwarna hitam adalah haid, darah yang berwarna merah adalah istihadah.
q                Sehingga hari kesepuluh darah bersifat pekat manakala selepas itu menjadi cair. Maka darah yang pekat adalah haid, darah yang cair adalah istihadah.
q                Sehingga hari kesepuluh darah memiliki bau manakala selepas itu tiada lagi bau. Maka darah yang berbau adalah haid, darah yang tidak berbau adalah istihadah.


ketiga:


Wanita yang tidak memiliki masa (tempoh dan putaran) haid yang tetap dan tidak juga memiliki sifat-sifat darah yang dapat dibezakan antara haid dan istihadah. Maka baginya masa haid diukur berdasarkan kebiasaan wanita, waktu selebihnya dikira sebagai istihadah.
Sebagai contoh, wanita yang menghadapi kes ketiga ini melihat darah keluar secara berterusan bermula pada hari Khamis yang pertama dalam bulan tersebut. Maka hendaklah dia melihat kebiasaan para wanita lain yang menghampirinya dan menjadikan tempoh haid mereka sebagai ukuran ke atas dirinya. Jika pada kebiasaannya mereka didatangi haid selama enam atau tujuh hari, maka demikianlah juga ukuran ke atas dirinya. Oleh itu enam atau tujuh hari yang pertama pendarahan, bermula daripada hari Khamis, dianggap sebagai haid. Hari-hari seterusnya dianggap sebagai istihadah.


hukum istihadah?
-membatalkan wudhuk tetapi tidak mewajibkan wanita mandi hadas
-wajib melakukan ibadah seperti biasa seperti solat, puasa, bersetubuh dsb
-wajib berwudhuk untuk setiap kali solat dengan syarat sudah masuk waktu solat


cara berwudhuk untuk wanita yang mengalami darah istihadah?
#1 membasuh kemaluan sebelum berwudhuk
#2 menutup kemaluannya dengan sehelai kain/kapas (pad/tuala wanita) untuk menahan atau mengurangi darah daripada keluar
#3 berwudhuk atau bertayammum. perlu diingat berwudhuk/bertayammum hanya setelah masuk fardhu. kerana darah istihadah itu adalah seperti orang yang berkekalan hadas.
#4 solat.jika masih keluar tidak memudaratkan (tidak membatalkan wudhuk)
#5 berwudhuk pada setiap solat. tidak boleh menggunakan wudhuk maghrib untuk isha' walaupun wudhuknya masih ada


Thursday, September 15, 2011

motivasi: kembali

assalamuailakum..

suka nak mengingatkan diri sendiri dan juga orang lain bahawa manusia selalu lupa.. bukan melayu sahaja yang mudah lupa..manusia sering lupa dan leka..jadi kenelah mengingatkan diri dan beringat agar kita dijauhkan dari tak beringat..


perlu ada pitstop dalam hidup kita seharian untuk mengimbas kembali, mentarbiah diri sendiri supaya kita dapat ambik iktibar dan penghayatan..kita dapat belajar dari kesilapan yang lampau dan cuba untuk tidak mengulanginya kembali.. 

kalau rasenya kita dah tersasar jauh, dah tersesat jauh sampai tak nampak mana u-turn yang boleh dibuat, sampai tak tahu ke mana arah destinasi, kembalilah..kembali pada Allah, TuhanMu yang maha agung.
Pintu taubat sentiasa terbuka bagi hambanya yang sentiasa ingin bertaubat nasuha dan bersungguh mengharap redha illahi..kalau dulu hidup kita sentiasa sibuk dengan duniawi, tibalah masanya kita mencari kepentingan ukhrawi pula.. kembalilah kita pada pegangan hidup kita iaitu islam, kembali kita pada harta yang diamanahkan oleh rasul kita iaitu Al Quran dan Sunnah.. kembali kita menunduk sujud pada yang maha besar. kembali kita menunaikan kewajipan kita sebagai orang islam yang sebenar-benarnya. insyaAllah...


di penghujung kembara kita pastinya kita akan kembali. kembali menghadap pencipta kita..sesuai dengan fitrah kita yang diciptakan dari tanah. kembalilah kita pada asal kejadian kita.

sesungguhnya mati adalah pasti bagi setiap insan yang bernyawa


bersama-samalah kita mengimbas kembali segala dosa-dosa kita dan memohon ampun yang sesungguhnya




Friday, September 9, 2011

bahasa



peribadi seseorang itu dapat juga dinilai dari gaya tulisannya. 
dan......
kematangan seseorang dapat dinilai dari cara pemikirannya.


bahasa mengambarkan bangsa
bangsa mengambarkan agama
bahasa jiwa bangsa.

beberapa perkara..

ade beberapa perkara saat ni..




#1 kepala sekarag ni dah makin berat terasa disebabkan tidak cukup tidor semalam..normal masa jam aku tido 8 jam, semalam dpt 5 jam jer, mane boleh!..kene topup sekarang ni.. same jugak dengan keadaan perut aku yang abnormal ni..angin ke gastrik? x dapat dipastikan.. telan je la gaviscon sat lagi..


#2 back to normal again bilangan warga umah aku..acit dan ijah sudah pown pulang ke tempat asal mereka..huhu...berusaha mengejar cita2 di puncak jaya..wohaa.. jadi emak akan mengeluh balik makanan banyak x abis makan sebab dua2 orang kuat makan dah xde.. angah yang akan jadi mangsa hujung minggu kene makan mana yang x abis..aku dah dapat balik tilam lembik aku!..haha..


#3 malam semalam hantar acit ke lcct..dari umah gerak kol 2pg, sampai sana kol 3..kawan acit muka macam ally iskandar!..haha.. serius!!..lepas tu gerak balik umah kol 5.45pg, sampai umah nak dekat kol 7pg.. pelagi terus zzzZZZzzz...


#4 sejak menjadi pengangur berjaya ni, masa aku rasakan cepat sangat bergerak..macam2 nak buat tapi macam x sempat..baru jer bangun, tetiba dah malam.. satu hari sekejap apatah lagi sejam.. kalau compare time keje dulu, menghitung 1 jam tu punyelah lama...


#5 tadi sibuk mengkaji balik sistem ujrah ptptn..dah lame pown apply tapi sebab ramai orang kata sistem tu menipu, mmg aku x apply ler..dah lebih 90 hari pown dari tarikh surat tawaran.. tetiba teringin nak mengkaji apa yang orang kata tipu..sekarang paham sikt2 la..aku setuju jugaklah kalau tengok cara pengiraan ujrah tu.. mmg menambahkan lagi apa yang aku dah bayar.. ade dalam surat tawaran tu die kata jumlah pembiayaan berasaskan tahun first2 sebelum x bayar ape2..rugilah aku selama ni bayar 2 tahun dah.. walaupun die kata akan ada pelarasan balik, mcm susah nak percaya jer.. penyata 2008 aku dapat time 2010.. macam x alert jer!..


#6 bile nak cari keje ni??....huwaaaa...malasanya nak pikir pasal keje..malas nak mencari..macam nak rehat sampai hujung tahun jer...boleh ker???

Thursday, September 8, 2011

update novel takdir..

baru lepas menerjah langitillahi.com.. berita gembira!!!, sudah ade sambungan dari novel takdir.. saudara hilal baru aje menulis prolog dan cheritera 1.. tajuknya takdir : Percaya yang tidak sirna..

tak sabar nak tunggu buku keluar..x suka sangat baca dari laptop, pening kepala mengadap laptop lama2..huhu..

motivasi: mengapai redha illahi..





berat rasanya perkataan "redha" tu, lebih2 lagi pada si pemiliknya..si pemikul yang menerima ujian Allah.ujian Allah itu bermacam-macam, kemiskinan, kehilangan, kematian, kejayaan, kekayaan, kesakitan dan lain-lain lagi.. disinilah konsep sabar dan redha diaplikasikan.


"redha" dari segi maksudnya ialah menerima dengan rasa senang dengan apa yang diberikan oleh Allah s.w.t baik berupa peraturan (hukum) mahupun qada' atau ketentuan dari Allah s.w.t.. 


kadang kite mungkin terdetik di hati kenapa aku yang ditimpakan ujian yang berat ni? kenapa tidak orang lain..kite sebenarnya telah mempersoalkan ketetapan yang Allah telah tentukan untuk kita.. sama juga halnya kite mengeluh dengan rezeki yang sedikit yang kita berjaya peroleh.. kadang kite menangis sungguh2 atas kehilangan orang/benda yang paling kita sayang, kadang kita marah pada orang yang membuat hidup kita menderita..


itu semua lumrah kehidupan..Allah mengurniakan kita semua dengan nikmat perasaan yang pelbagai.. Allah juga mengurniakan kita dengan akal fikiran supaya kita mampu berfikir lebih baik dari makhluk lain. Dengan akal yang waras kita dapat berfikir dan selayaknya kita sebagai hamba Allah sentiasa bersyukur atas segala rezeki, nikmat, ujian yang Allah berikan pada kita.. sepatutnya kita percaya dengan sepenuh keimanan bahawa setiap  perkara yang terjadi pasti ade sebab dan musababnya, semuanya ketentuan yang Allah telah tetapkan untuk kita. dan sebaik-baik perancang adalah Allah s.w.t..


seperti kata bidalan "yang manis jangan terus ditelan, yang pahit jangan terus dibuang" ada betulnya.. seperti ubat yang pahit itulah penawar kepada penyakit.. ya betul,menulis atau membaca mengenai konsep redha ni sangat mudah jika dibandingkan dengan melaksanakannya atau saat2 kita ditimba ujian Allah tersangatlah payah dan pahit..tapi sebenarnya kita mampu mengapainya andai kita berlapang dada dengan menarima seadanya sebagai takdir Allah..


semoga kita semua mampu mengapai redha illahi, diberikan kekuatan fizikal dan mental seandainya kita diuji dengan ujian yang maha berat..

Tuesday, September 6, 2011

mood nak citer pasal hari raya..:)

raya kali ni rasenye x semeriah tahun lepas, tapi alhamdulillah dapat juga beraya tahun ni, lengkap one big happy family..;). kali pertama kowt berpuasa sampai 2 hari kat kampung, maknanya 2 hari berbuka bersama2 dengan atok dan sedara2.. dan juga first time dapat buat solat terawih dekat surau sebelah rumah atok, surau kesayangan semua..surau kg solok, tangkak...

kali ni jugak first time aku bagi duit raya kat orang laen.. awal2 aku dah kumpul duit gaji, sebulan rm100... budget raya kali ni rm500..tapi sekejap jer dah abis... tahun depan kene up lagi budget bergantung pada rezeki tahun tu...hehe.. atau mungkin kene kurangkan duet raya untuk adik2 aku.. tahun ni kene bagi lebih sikit pasal teruja first time nak bagi duit raya kat family sendiri kan... untuk sanak saudara mmg x cukup, tu baru belah emak, belah abah mmg x cukup dah la... tapi kan bile bagi duit kat budak2 la paling hepi.. tengok diorang hepi, kite sekali tumpang gembira....ye la rezeki yang kite dapat sepatutnya kite bahagi-bahagikan untuk orang laen jugak.. baru berkat gaji kite dapat tu..haha..pepandai jer...

raya kali ni paling bez mungkin kenangan mase solat terawih tu, makan cendol, keluar minum waktu malam, qaireen, mase pagi raya membawa ke tengahari first day... hahaha... nanti la aku citer.. kite layan gambar dulu..

p/s: raya kali ni ramai yang color biru la!!!... hidup biru!!!...haha..



my hepi3 family..;p


abah dengan 3 anak daranya...;p


abah dengan anak2 terunanya..p

sebahagian dr family tok lamah n tok chik

emak dengan kawan sekerjanya..;p
farah n me


Monday, September 5, 2011

merenung nasib:(

selamat hari raya aidilfitri, maap zahir batin.. sibuk dok sana sini citer pasal raya kan.. masih terasa kemeriahan raya lagi walaupun ari ni orang sume dah sibuk kene keje balik..orang kene g sekolah balik.. orang dah start kene g kuliah balik minggu depan...xpe..raya kan sebulan kan kan kan...

rase cam nak rehat lebih lama lagi la...sekarang dah tanam anggur balik, mula dah risau pasal next keje.. emak abah pown risau sebenarnya walaupun diorang x tunjuk sangat.. sedara2 pown banyak nak membantu.. bertuah rasenya aku kan... huhu... sedih sebab banyak dah susahkan hati ramai orang...

2011- umur 24 tahun
2012- OMG..dah 25 tahun.
2009- habis belajar..maknanya dah 2 tahun habis belajar, tapi x de keje tetap.:(..huhu.. ni yang rase down balik ni..

2015-????

ok..amilina awk kene positif ok,,chaiyok3x.. kene pikirkan dulu apa yang patut kite buat.. sebaiknya masa kelapangan ni kite gunakan dengan sebaik-baiknya..dulu mase penat keje, asyik terpikir nak rehat je kat umah.. so, inilah masenya... gunakan untuk berfikir tentang mase depan kite, ape yang sepatutnya kite buat,
harap2 ade sesuatu yang berfaedah yang kite boleh belajar..mungkin jugak nak berehat puas2 sebelum berusaha gigih mencari kerja baru..

k...semangat sikit!!.. chayok3x...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...