Sunday, April 29, 2012

motivasi : pesanan pada diri sendiri

assalamualaikum..

#1 Hidup ni jangan terlalu banyak mengeluh. kita buat sesuatu tu biarlah ikhlas kerana Allah, barulah segalanya mudah, hati tenang, dan dapat juga pahala.. bukan apa, mengeluh boleh, tapi berpada-pada, jangan semua benda nak mengeluh, itu salah ini salah, seolah-olah semuanya tak kene..seolah-olah menolak takdir yang Allah tetapkan.. terutamanya pasal kerja dan tanggungjawab kita seharian.. betul!.. kerja memang tak akan pernah habis, sentiasa ada..janganlah kita mentensionkan diri kita dengan benda tu.. take it easy ok! :)



#2 Hidup ni biarlah bersederhana dalam segala hal.. sama2 kita ambil berat, dunia kita ambik, akhirat kita pegang..biarkan seimbang.. janganlah terlalu mencari harta kekayaan dunia ni sangat lalu mengabaikan akhirat.. bukan harta itu yang akan menolong kita tetapi amalan2 kita di dunia yang akan menolong kita.. siapa yang tak nak kaya kan.. tapi kekayaan tu sebenarnya sama dugaannya dengan kemiskinan.. dengan kekayaan kita kalau kita dapat membantu orang yang lebih memerlukan, alhamdulillah mudah-mudahan dapat dikira sebagai saham akhirat kita nanti..dengan syarat ikhlas, bukan semata-mata untuk menunjuk-nunjuk..


#3 Hidup ni kita kene sentiasa bersyukur.. bersyukur dengan segala apa yang kita ada. sebab tak semua oran ada apa yang kita ada. tanda kita bersyukur kita ucapkan alhamdulillah, terima kasih Allah.. melakukan amal makruf, nahi mungkar.. jangan suka membanding-bandingkan orang lain dengan diri kita sendiri, sebab kita akan cenderung memikirkan kelebihan orang lain dan kekurangan diri kita sendiri.. 


#4 Kene sentiasa bermujahadah.. menundukkan dan melawan hawa nafsu adalah godaan yang paling sukar kerana ia sebahagian dalam diri kita sendiri.. nafsu tidak akan pernah puas..ia akan sentiasa meminta lebih dari apa yang kita ada. lebih-lebih lagi perempuan yang nafsunya ada sembilan.. 


#5 Hidup ni kene sentiasa bermuhasabah diri..kita memang sentiasa melakukan dosa, baik sekecil kecil dosa seperti menipu..dosa kita sesama manusia, dan lebih2 lagi dosa kita pada Allah.. hati ni kene sentiasa bersihkan dari sifat2 mazmumah..bukan apa, sebab dah terlalu biasa, jadi sifat2 ni kene hakis sikit2, berusaha untuk sentiasa bersangka baik pada orang lain, membantu orang lain sedaya mungkin..



banyak lagi ni tapi cukuplah dulu untuk hari ni.. banyak sangat kelemahan diri ni..

Saturday, April 28, 2012

tren KTM baru

assalamualaikum...

tetiba teruja pulak nak bercerita pasal tren KTM baru ni.. walaupun dah nak dekat 2 bulan kowt dah beroperasi...yelah, bukannya dok ambik kisah sangat sebab x naik KTM sangat kan.. pilihan waktu terdesak je..tapi semalam rasa macam dah berubah pikiran sikit, macam nak tukar jer mode masa balik keje dari bas ke KTM..


semalam la, teman kawan aku insani pergi CM, dia nak cari tudung Juma, katanya kedai tu baru bukak kat CM.. sampai2 kat tempat tunggu bas, nak masuk leboh ampang pown dah sesak, asyik berlawan-lawan hon je antara kereta dengan bas..tiba2 azan maghrib pulak berkumandang, melihatkan situasi sebegitu, terus aku ambik keputusan nak solat dulu..tunggu pown kalau dapat bas, terperangkap dalam jem jugak!.. g la solat dulu kat kl sentral.. selesai solat dalam kol 8 turun kat bawah 2, tunggu sekejap..alhamdulillah tren dah sampai..masuk2, wau gempak la jugak tren baru ni!!!.. 6 koc dari kebiasaan 3 koc...duduk dalam tu, selesa jer, terasa macam naik erl pulak..padahal bayar rm1 jer..



alhamdulillah jugak semalam turun kat taman wahyu, tunggu sekejap je jugak, dapat bas U3.. Alhamdulillah, nampak sangat macam Allah nak mempermudahkan urusan kita kalau kita bersegera menyelesaikan urusan Allah.. 


mungkin lepas ni, nak cuba balik kerja naik KTM pulak, boleh sampai umah kol bape.. biasa kalau naik bas, sampai 8.30.. memang lepas maghrib la selalunya.. malas nak naik KTM pulak sebab nak kene tukar2 mode pengangkutan, dengan sesak2 lagi dalam tren tu..dengan nanti turun kat taman wahyu, belum tentu U3 nak berhenti dan dah sure2 dari situ memang kene berdiri... tapi time puasa nanti memang kene buat macam tu la, kalau x alamatnya memang berbuka kat dalam bas la.. huhu..





Friday, April 27, 2012

PESTA BUKU ANTARABANGSA 2012

Salam hari jumaat, penghulu segala hari.. semoga hari ini kita semua di bawah lindungan rahmat dan kasih sayangNya.. teruja hari ni sebab hari ni PESTA BUKU ANTARABANGSA 2012 dah bermula!!!...



Tapi sayang tak dapat pergi hari ni..hari esok jugak tak.. hari ahad?.. x jugak.. isnin?..mungkin.. selasa?.. pasti!.. kali ni pown budget tak banyak sangat.. cukuplah tu, sebab banyak lagi tuntutan lain.. Dah ada target2 buku yang nak dicari.. yang pasti nak dapatkanlah semua novel Hilal Asyraf.. seronok pulak lepas baca novel takdir dengan hero.. Alaf21 kene limit2 kan sikit sebab baru je borong masa karnival karangkraf ari tu.. banyak lagi pubslisher lain yang bez2 jugak, PTS terutamanya.. Tapi sayang la, novel Sunan Musafir tak ada masa pesta buku kali ni.. Awal bulan 6 baru ada kat pasaran.. jadinya tu kene masuk dalam budget bulan 6 la..



Wednesday, April 25, 2012

BERSIH 3.0 vs PTPTN..

Salam hari rabu,

Bismillahirahmanirrahim.. takut pulak nak bercerita pasal politik2 ni.. tapi sebagai rakyat, kita ada hak bersuara, dan sebagai manusia kita ada hak dalam memberi pandangan.. diingatkan ini hanyalah pendapat peribadi aku sahaja mengenai 2 isu ni..


aku tak salahkan mana2 pihak, tapi kalau diikutkan situasi semasa arena politik malaysia ni agak kritikal juga. Gelombang yang dibawa dari anak2 muda IPTA dan IPTS semakin mendapat perhatian pihak kerajaan.. tak dinafikan anak2 muda memang berdarah panas dan cepat melenting bila ada benda2 yang sangat menyentuh emosi dan berkaitan hak2..tak dinafikan juga penglibatan parti2 politik lain yang seakan terus menyuntik idea2 dan pemikiran dalam diri mereka..


dua ni aku rasa isu hangat yang berlaku dalam masa terdekat ni..28 April di Dataran Merdeka akan ada BERSIH 3.0.. aku sebenarnya menyokong apa yang BERSIH cuba lakukan.. bukan nak menyalahkan kerajaan,.. kisah juga siapa yang memerintah..tapi siapa2 yang menjadi kerajaan tak kisahlah PKR, PAS atau BN, janji kebajikan rakyat terjaga.. tiada kerajaan yang perfect.. Terpulang bagaimana orang2 penting kerajaan dalam menangani isu2 negara dan isu rakyat dengan adil dan saksama.. nampak sangat satu demi satu kelemahan kerajaan BN memerintah.. terlalu banyak penyelewengan, rasuah, korup yang berlaku dalam kerajaan, termasuk kes2 yang berprofil tinggi, walaupun makhamah telah membuat keputusannya, pesalah tetap terlepas bebas..


Pemimpin tertinggi, PM kita dan isterinya pun banyak mencetuskan kes2 yang mendapat perhatian seluruh rakyat.. kesnya bersangkut paut dengan duit rakyat, duit negara.. Kes Anuar Ibrahim pulak kes liwat, kes peribadi..itu kalau betul dia buat pown, itu dosa dia dengan Allah.. waallahu'alam la.. bukan aku sokong PKR atau PAS, tapi aku tengok sendiri kerajaan PKR yang memerintah selangor banyak bawa pembaharuan walaupun kadang2 kita tengok kat TV banyak je isu2 yang lain yang timbul.. itu sebab semua media diguna oleh pihak kerajaan.. kadang tak tahu yang mana satu betul, yang mana satu salah pemimpin2 ni.. sebab banyak sangat putar belitnya.. Yang lebih mengetahui hanya Allah..


Isu PTPTN ni aku tak nak ulas sangat sebab aku juga peminjam tapi aku bukanlah jenis yang liat membayar.. bagi aku memang salah kalau hapuskan terus PTPTN, untuk dapatkan free education dengan keadaan ekonomi Malaysia, aku tak rasa kerajaan mampu.. Lagipun PTPTN sangat2 membantu pelajar2 IPTA dan IPTS yang mengalami masalah kewangan untuk menyambung pengajian.. Cuma kalau dihapuskan cukai 1% tu pun dah cukup bagus.. pinjam 20k, bayar pown 20k.. jadikan PTPTN sebagai badan mengurus je.. kerajaan rasanya dah untung banyak dengan income2 tax dan tax2 yang lain yang dibayar oleh rakyat.. kata nak membantu rakyat, bukan nak menambah beban rakyat membayar hutang..

Pasal bersih pulak, matlamat mereka jelas.. membersihkan proses pilihan raya agar telus. Rakyat mungkin dah muak dengan cara kerajaan memerintah.. yang aku pasti 28 april ni memang ramai yang akan berkumpul di Dataran Merdeka. Bagaimana kerajaan akan tangani isu ni, sama2 kita tengok, ambil iktibar dari Bersih 2.0..


Tuesday, April 24, 2012

battleship

salam tengahari selasa..



awsome!!.. 5+1 star sendiri!.. hehehe... nak review camne lagi ek citer ni!!.. memang tersangat-sangatlah best!..dari awal sampai last macam x naklah lepaskan punggung dari kerusi panggung tu!.. rugi sape tak tengok.. kesimpulannya cerita ni memang pemberi semangat..berjuang berhabis-habisan hingga ke titisan darah yang terakhir dan erti semangat berpasukan yang kuat..


sape belum tahu meh aku tolong citer sikit sinopsis dia.. citer ni pasal NASA yang katanya berjumpa dengan satu planet baru yang sama keadaan geografinya dengan bumi..mereka pun berkomunikasi, menghantar signal pada planet tu.. jadi planet ni pown respon la dengan menghantar alien mereka ke bumi.. dari 5 kapal, 1 kapal terpisah dan terjatuh ke hong kong, mengakibatkan jutaan nyawa melayang.. yang 4 lagi kapal tu jatuh kat permukaan laut dekat dengan Hawai, dekat dengan tempat hero filem ni.. Stone Hopper yang jadi leftenan kapal USS John Paul Jones.. dia ada abang, kapten Alex Hopper, abang dia yang bawak masuk Hopper dalam NAVY sebab risau dengan adik dia ni yang ada masalah displin.. Si Hooper ni pulak menjalinkan hubungan dengan anak perempuan pegawai tertinggi NAVY..

Sebelum scene kene gempur dengan alien2 tu, Hopper ni kene tangkap sebab bergaduh dengan kapten Nagata, ketua kapal jepun.. Jadi diorang dah ambil keputusan lepas training ni Hopper akan dihalau keluar dari NAVY.. Lepas alien2 tu sampai, diorang terus buat macam satu halangan, membuatkan mereka2 yang ada di laut ni terputus hubungan dengan dunia luar.. lepas tu mulalah alien tu lancarkan peperangan.. memula ada 5 kapal x silap, satu2 kapal musnah termasuklah abang Hooper pun terkorban sama.. tinggal kapal John Paul Jones jer last2 tapi abis jugak dimusnahkan.. tapi disebabkan semangat perjuangan yang tinggi yang ada pada Hopper dengan anak2 kapal yang lain, alien tu semua dapat dimusnahkan..habis cerita..


antara scene2 yang menarik perhatian aku :
-time masa lawan kapal alien yang paling besar tu, Hopper gunakan taktik yang ada dalam "Art of War".. menghalakan pelancar pada arah yang dijangkakan, turunkan sauh dan akhirnya lepaskan serangan..tepat kena pada musuh..
-time diorang sume nak gunakan USS Misouri yang sebenarnya kapal perang muzium.. kapal perang pertama NAVY gunakan..dengan semua yang jaganya veteran2 yang bersemangat tinggi!.. kagum sesangat dengan semangat2 diorang ni yang tak cepat menyerah kalah..
-time kapten Nagata dengan Hooper bekerjasama hapuskan kapal2 alien.. time dia beri peluang pada Kapten Nagata jadi kapten..kalau x dia jenis yang degil, diktator!..
-last2 bila ada penganugerahan untuk semua2 hero yang terlibat.. bangga jer dapat selamatkan dunia..
-scene kapal alien terhempas kat hong kong tu.. ngeri kowt!!.. kaca2 banggunan, terbakar sana sini.. time kemusnahan la paling ngeri.. terpikir tetiba terkene macam tu, nak buat macam mane kan.. x boleh nak lari!!..


kesimpulannya jugak, banyak benda la yang kagum dalam citer ni!!.. semangat Hooper, anak2 kapal, Mike, dll..

Monday, April 23, 2012

sambungan entri lepas...

assalamualaikum..

ini post rentetan 21 april 2012.. alhamdulillah proses undian berjalan lancar walaupun ditenggah-tengah majlis hujan turun dengan lebatnya.. rasa penat sungguh menunggu setengah hari macam satu hari dok menunggu.. yelah sampai 2 kali kene panggil no.. sampai2 dengan abah dekat tempat pendaftaran tu pown baru 8.15 tapi dah ramai yang sebelum kami sampai.. dapat angka giliran 109.. semuanya untuk sesi pagi ada 300 orang, untuk sesi petang ada 407 orang lagi...


tapi urusan pinjaman bank belum settle lagi.. baru je ambik templet2 dari bank2 yang disediakan oleh PKNS.. yang menarik perhatian sekarang ni bank muamalat..tapi masalahnya semuanya document required confirmation letter.. tapi sempat gak tanya kat wakil muamalat, dia kata boleh je guna offer letter.. ok!.. bersemangat la kan nak buat pinjaman dah, pikir2 nak ambik cuti jumaat ni..sebab pihak bank akan berkampung selama seminggu kat tapak projek tu untuk urusan pinjaman.. lepas dari tu kene deal sendiri la..


separuh lagi belum kene panggil lagi tau.. ada lebih kurang 700 lebih lagi..diorang akan panggil dalam bulan 6.. untuk perjanjian jual beli pulak akhir bulan 6 atau awal bulan 7.. dan insyaAllah dapat duduk rumah tu bulan november.. dapatlah merasa raya haji kat rumah baru tahun ni.. harap-haraplah..


ok.. ni ada berita dalam selangorku pasal rumah bukit botak ni..


Friday, April 20, 2012

21 April 2012

21 April 2012 aka esok adalah hari yang ditunggu-tunggu lama.. bukan aku sorang saje, malahan semua penduduk bukit botak dan seangkatannya .. hari mengundi untuk rumah kami yang dah lama sangat tertangguhnya.. projek pembangunan semula rumah setinggan kawasan kami ni kalau diikutkan banyak sangat masalahnya..dari masa aku kecik lagi kata nak pindah, nak pindah tapi tak jugak pindah2.. sampaikan abah buat penambahbaikan pada rumah tu.. sempat la merasa  bilik kecik kat dapur, dengan jamban baru sekejap.. hehehe…

Time 2006 rasanya, baru betul2 kene pindah..kelam kabut mencari rumah sewa lain masing2.. pihak pemaju bagi notis seminggu ke x silap..aku pown time tu dah ade kat uitm shah alam.. banyak masalah dengan pihak pemaju tu..dayapuri kowt.. burn camtu jer duit penduduk2 bayar wang pendahuluan dengan duit peguam. Last2 projek setengah jalan.. lepas tu bila PKR ambilalih Selangor, isu ni dinaikkan semula.. ada perbincangan dengan pihak pemaju dengan PKNS.. dipendekkan cerita PKNS ambil alih.. dan 2010 projek berjalan.. dari tahun lepas rasanya ada ura-ura mengundi, tapi dari bulan ke bulan senyap jer.. sampai la sekarang ni dapat official letter dari PKNS..

Esok sekali diorang sediakan bank2 untuk pinjaman.. ye lah, kebanyakkan penduduk terdiri daripada golongan sederhana..100K tu memang la banyak.. tapi apa-apapun Alhamdulillah bukan senang nak dapat harga macam tu, kawasan pulak selayang..dekat dengan KL.. rata-rata rumah harga 200k ke atas.. mintak-mintak Allah mempermudahkan semuanya.. Harap2 dapatlah kami semua merasa rumah baru.. Aminnnn….terima kasih banyak2 lah pada semua2 yang terlibat.. terutamanya MB selangor, Tan Sri Khalid kerana dengar katanya rajin memantau projek ni.. juga PKNS..

p/s: esok jugak adik aku yang belajar kat Sarawak nun balik semenanjung.. dapatlah kami sekeluarga berkumpul semula.. mesti meriah habis la!!.. hehe…

Thursday, April 12, 2012

motivasi

Bismillahirrahmanirrahim,

sungguh bertuah bagi mereka yang mendapat peluang untuk mendapat hidayah Allah,
bukan semua orang berjaya meraihnya, hanya insan yang terpilih, yang tertentu yang telah dipilih Allah,
alangkah indah dan sangat bertuah bagi mereka2 yang telah melalui proses tarbiah secara perlahan-lahan,
sehinggakan berjaya menjadi insan yang lebih2 baik dari sebelumnya.. alhamdulillah.. semuanya telah tertulis dalam kalam Allah.. sungguh teratur sekali penciptaan Allah..

Rugi bagi mereka2 yang telah sedia dilahirkan dalam islam, tetapi islam hanya setakat pada IC.. tidak pula disarung menjadi pakaian.. Islam hanya pada nama tapi hakikatnya segala yang islam suruh tidak diendah.. islam sepatutnya diambil sebagai 'a way of life'.. agama langit ini diturunkan dari zaman nabi adam adalah sangat2 lengkap, membatasi segala zaman dan masih lagi releven dan digunapakai sehinggakan hari kiamat..

sungguh tenang dan bahagia bila melihat orang2 yang beriman.. ketenanangannya terpancar melalui seraut wajah yang sentiasa tersenyum.. bagaikan tiada masalah langsung!! tutur katannya pula sungguh berhikmah.. kita akan tenang dan bahagia bila mendengar tutur katanya.. segala-galanya baik dan berunsur nasihat.. kadang seperti terasa aura/kuasa yang sunnguh memikat, membuat hati kita tertarik untuk mengenali mereka2 ini..


hati-hati yang sentiasa gundah gulana, jiwa yang sentiasa bergolak dan segala macam penyakit hati pasti tiada dalam jiwa setiap dari mereka.. kebergantungan dan pengharapan hanya disandarkan pada Allah.. dan masyaAllah hubungan sesama mereka sungguh rapat, mereka berpegang kukuh pada tali persaudaraan sesama islam.. " saya sayang kamu kerana Allah".. segalanya kerana Allah..


islam..bagiku nikmat terbesar selepas iman.. yang membezakan antara orang islam dan bukan islam adalah kerana solatnya.. solat itu tuntutan wajib bagi setiap mukmin.. meninggalkannya mendapat dosa besar, hatta melambat-lambatkannya sudah dikira lalai dalam solat.. amalan kita berkait rapat dengan hubungan kita dengan Allah.. solat adalah manifestasi iman.. iman seseorang diukur dari amalannya.. taqwanya.. dan sebaik-baik amalan adalah solat..


marilah kita sama-sama sentiasa meningkatkan amalan kita terutamanya memperbaiki solat kita.. Allah akan mempermudahkan urusan hambanNya yang bersungguh ingin mencari ilmu, dan memperbaiki diri.. InsyaAllah..

Thursday, April 5, 2012

motivasi : mengingati MATI

assalamualaikum..


tak perlukan kata-kata bersedia ataupun sudah
rela atau tidak ia pasti akan berlaku
tak kira masa, tak kira tempat, tak kira keadaan..
tiada dilambatkan walaupun seminit..hatta sesaat pun.
penamat bagi kelazatan dunia..
permulaan pada satu pengakhiran kehidupan abadi..

itulah dia MAUT..
atau dalam makna-makna lain yang membawa pengertian yang sama..


yang perlu difikirkan dan dirisaukan cuma amalan kita..
sekadar cukup, sudah cukup ataupun tak cukup langsung,
mahu jawab apakah kita dihadapanNya nanti??
ke nerakakah atau kesyurgakah kita??
adakah selama ini amalan kita diterima??
atau hanya sia-sia semata??


wajib untuk sentiasa mengingati MATI..
barulalah tersuntik semangat rindukan bersama tuhan
barulah terjentik rasa ingin kembali pada fitrah diri
barulah teraktif jam penggera masa supaya berubah ke arah kebaikan..


MATI rahsia ALLAH..
seperti kiamat kecil pada diri..
seperti kiamat besar yang kita juga tidak tahu masa dan ketikanya..
jadi bersegeralah kita kembali bertaubat,
sentiasa menambah dan memperbaiki amalan seharian kita
supaya kita akan bersedia dan bergembira menunggu saat kematian kita..

semoga kita sentiasa di bawah rahmat dan keredhaan Allah
semoga kita termasuk di kalangan ahli syurga..
InsyaAllah..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...