Saturday, June 30, 2012

persoalan:pemakaian melambangkan keperibadian diri kita??

Assalamualaikum..




Dalam dunia yang serba macam ni, manusia pon bermacam-macam jenis ni, jadi rasa-rasanya bermacam-macam jugaklah jenis cara pemakaian manusia yang macam-macam ni.. betul ke kalau kita sentiasa memakai baju kurung, kita dikira perempuan kampung, perempuan yang tidak mengikut perkembangan arus semasa??..perlu ke kita kene pakai pakaian yang terdedah sana, terdedah sini semata-mata untuk mengikut arus fesyen semasa??...

balik pada persoalan kita tadi..pakaian melambangkan keperibadian diri??.. kalau orang yang pakai jubah, dikira baik, orang yang pakai ketat-ketat dikira kurang baik??

rasanya persoalan ini ye memang betul bagi aku tapi kurang tepat.. mungkin penampilan diri merupakan perkataan yang tepat.. penampilan diri bukan hanya terhad pada pakaian tetapi lebih kepada cara kita menampilkan diri di khalayak ramai...termasuk cara pembawakan diri kita, tutur kata yang keluar dari mulut kita.dsb.. 



ada je manusia yang luarnya kita rasakan dia seorang yang baik, tapi dalamannya mungkin kurang baik.. mungkin dia hanya berpura-pura baik??..jadi keperibadian seseorang itu sebenarnya susah juga untuk dinilai.. perlukan masa dan ruang untuk mengenali sifat dan keperibadian seseorang...


p/s: aku sebenarnya suka pakai baju kurung kerana apa tau..pertamanya sebab senang dan mudah bagi aku.. keduanya, kalau melayu tak pakai baju kurung, nak harapkan cina/india yang pakai?? harapkan makcik2, nenek2??  india aku tabik la jugak, ada sesetengah tu masih pakai baju sari bagai, cina pulak dah jarang2 sangat nampaknya pakai cheongsam..CNY pown cuma pakai t-shirt je..kalau kita anak2 muda ni tak pakai, siapa lagi yang nak meneruskan adat dan tradisi bangsa melayu..bukan setakat pakaian je, sebenarnya banyak yang kita dah tinggalkan dan lupakan..sayang kan.....

kesimpulannya kita mestilah berbangga dengan pakaian tradisional kita..hahaha..bersemangat pulak aku!!..

Wednesday, June 27, 2012

busy adalah sibuk

assalamuailaikum..


Lama x update kan..sebabnye busy bersamaan dengan sibuk bersamaan dengan tak cukup masa nak menulis..hahha..alasan kan..nak seribu daya, tak nak memang berdalih-dalih la pulak... dahle kekecewaan melanda bila internet di rumah tak dapat nak diaccess...adat menumpang la katakan..terpaksalah menerima dengan redha.. pikirkan hidden request yang dua hari dah tak main, buatkan aku rasa...uargh, terpaksa berkorban.......game je,bukan antara hidup dan mati pown...hahaha...


tapi ketensionan agak meninggi di tempat kerja..dengan kerja yang tak reti2 nak habis, makin bertambah adalah...dengan audit, dengan branch seremban nak convert balik bawah branch melaka..itu semua kerja la tu..pening sikit lah!!..tapi tengah berpikiran positif la ni,cuba gak kurangkan tension dan buat kerja dengan gembira..tension2 kang lain pulak masalah timbul...bukannya dengan stress, semua kerja siap sendiri...


sebenarnya banyak benda nak cerita pasal kerja..tapi nanti-nanti la, dah nak abis masa rehat pown.. cukuplah nanti sambung lagi ye...kerja,kerja...xade kerja cari kerja..dah ada kerja complain banyak keje ..xde keje complain bosan pulak...manusia2..x paham betul!!..termasuklah aku jugak tu....tak tahu bersyukur!!...hahaha...

Wednesday, June 13, 2012

#366

biar malam ini dihambur segala rasa..jerit pekik di dalam hati..suara-suara yang sering bertingkah di kepala.. sampai bila dapat ditahan-tahan..sampai bila hendak diletak dilipat di sudut hati.. biarkan ia diluahkan, jangan dihalang..walau tiada siapa yang lebih mengerti selain yang Khalik...  biar ia menjadi kosong..biar ia menjadi bersih semula seperti kain putih..pelik kan.lahir kita dengan kain putih mati kita juga dengan kain putih.. asal kita dari tanah, kembali kita juga pada tanah..tiada peliknya..itulah kita manusia yang lemah hina..


simboliknya dalam suka ada duka, dalam duka ada bahagia..itulah namanya kehidupan... kita tak akan pernah puas dengan apa yang kita ada..MEMILIKI dan DIMILIKI...bila kita dah berjaya memiliki apa yang kita ingin-inginkan sangat..adakah kita akan puas???..adakah KEPUASAN yang kita cari dalam kehidupan ini... tidak MEMILIKI adakah kita akan kecewa, berduka dan putus asa?? hanya Allah maha memiliki.. segalanya MILIK dia...kita juga MILIK Dia.....kadang kita lupa, kita BANGGA dengan apa yang kita ada..
kita riak dengan harta MILIK ALLAH..kita taksub dengan PANGKAT, KECANTIKAN, KEKAYAAN...kita selalu lupa hidup kita ada pengakhirannya... HARTA AKHIRAT yang patut kita cari.....


Manusia sangat-sangat bertuah..Allah bagi akal fikiran supaya kita dapat berfikir..Allah bagi kita nafsu supaya kita dapat mengawal diri kita.. beza dengan binatang yang cuma dikurniakan nafsu..tidakkah kita bersyukur??...Allah memberi segala kebaikannya pada makhluk-makhluknya, lebih2 lagi manusia......... nikmat iman dan nikmat islam.... Rasa-rasa yang pelbagai ini juga salah satu nikmat Allah.. hanya padaNya kita patut menghamburkan segala rasa...Ya Allah berikan aku ketenangan akal fikiran, ketenangan hati dan perasaan..aku bersyukur padaMu ya Allah atas segala nikmat yang Engkau berikan..Tetapkan hatiku, tetapkan imanku, janganlah engkau kuranginya,sebaliknya tambahkanlah nikmat iman dalam diriku.. semoga matiku juga dalam keadaan beriman..amin ya rabbal alamin...

hati | rasa | kecewa

rasa kecewa sungguh..sangat-sangat..itulah dia kenyataannya..mungkin ini yang terbaik..mungkin ini yang Allah tetapkan jalan hidupku...hidup ini tidaklah sepanjang yang dijangka..pendek sangat sebenarnya..kata orang kalau kita nak bahagia, hargai apa yang ada di depan mata... itu kata orang, bagi aku kebahagiaan ada dalam diri masing-masing..hanya kita seorang yang tahu kuncinya terletak dimana....


bila-bila masa sahaja nyawa kita akan ditarik..semua ini bukan milik kita..kita hanya pinjam untuk sementara waktu....rasa ini juga hanya dipinjamkan seketika sahaja...sampai masa rasa ini akan hilang.. biar dalam mana pun lukanya, akan terubat dengan masa..pastinya akan ku simpan rasa ini jauh disudut hati yang paling dalam.. biar ia menjadi salah satu kenangan terindah dalam perjalanan pendek ini.. 


kekecewaan ini tidaklah terlalu besar jika dibandingkan dengan kekecewaan yang lebih hebat.. kecewa jika tidak mendapat cintaNya..jauh dariNya... kita sendiri berhak menentukannya. semoga hati ini terus kuat, terus tabah menghadapi hari-hari mendatang...insyaAllah..

Sunday, June 10, 2012

review : fixi novels

assalamualaikum, salam sejahtera buat semua..

pagi ni terasa nak bercerita pasal novel2 fixi yang dah pernah baca...erm, adalah beberapa buah, kesimpulannya novel2 ni sangat menarik untuk dibaca...persoalan yang dibawa kadang2 agak berat tapi disajikan dalam bentuk santai..lagi satu yang bez dan menarik syarat2 untuk penulis menghantar karya mereka ke fixi publication.. kena dapatkan sendiri la, rasanya setiap buku mesti ada kat muka surat depan sekali.. lagi satu kertas yang digunakan tu sama macam kertas novel2 inggeris...seronok pulak baca.. 



#1 Dendam - Aku rasakan novel ni yang paling bez antara semua novel fixi yang aku baca.. Mengenai seorang figura yang diberi nama Khalil Gibran.. Perjalanan kehidupan Khalil Gibran sejak dia mengenali erti dendam sehinggalah dia akhirnya insaf atas segala perbuatannya...kelainannya adalah watak antagonis yang menjadi watak utama...watak2 lain dan peristiwa2 yang berlaku macam dekat jer dengan kita semua..isu polis corrupt, ahli politik dan mcm2 lagi macam sangat "real" berlaku dalam negara kita sendiri...


#2 Bisik - Novel kedua aku rasakan bez.. seperti tajuk novel, itulah tema utamanya bisikan, lebih kurang macam novel Fiksyen 302 karya RAM... Penulis rungkai sedikit demi sedikit mengenai kisah silam watak utama yang ternyata mengalami sakit "jiwa" sejak dari kecik!!.. memang pesakit sebegini ada di kalangan kita.. tanpa kita sedar, atau mungkin juga kita antaranya??... tahukah anda "depression" juga salah satu penyakit jiwa??..



#3 Pecah - Aku rasakan juga ini antara novel terbaik kerana tiada lagi novel seperti ini yang aku pernah baca.. satu-satunya adalah Pecah setakat ini... mengenai perancangan rapi oleh sekumpulan orang yang merancang untuk merompak bank.. dan bagaimana cara2 untuk melepaskan diri.. latar masa juga menjadi satu plot menarik, bagaimana semua ini bermula, membawa pembaca balik semula ke dua generasi sebelumnya.. 


#4 Kasino - Ni novel terakhir aku baru saja habiskan... agak menarik jugak!!.. lebih pada catatan diari seorang Dato.. 14 hari masa diberi oleh MB untuk mendapatkan semula duit 3M.. Menariknya isu yang ditulis mengenai politik semasa peralihan kuasa pemerintah... pembaca dibawa sama mengenai cara hidup ahli politik dan orang2 atasan.. di medan kasino, Dato mencuba nasib untuk memenangi pertaruhan hidup dan masa depan politiknya...


#5 Dosa - Sebenarnya menarik juga isu yang dibawak, tapi disebabkan dalam bahasa indonesia, aku kurang meneliti warkah ni.. mengenai pasentran dan bagaimana budak sekolah agama akhirnya terjerumus ke lembah dosa, sebagai penari bogel di kelab malam terkemuka.. dan bagaimana isu kekeliruan jantina.. aku cuma baca sikit2 jer...jadi tak dapat nak rumuskan..



#6 Kougar - Ini rasanya novel yang paling tak best.. aku tak habis baca pown..separuh jer.. tak paham sebenarnya apa isu yang cuba dibawa..mengenai andartu!..itu jer yang aku tahu.. 


#7 Licik - Ini best jugak!.. memang sangat licik!!..dari skim kaya sehinggakan penipuan antarabangsa!!... aku teruja dengan novel ni..bijak menipu dan memanipulasikan orang.. watak utama seorang perempuan yang sejak kecik telah diasuh menjadi con artist.. dipertemukan dengan seorang yang licik jugak.. bergabung tenaga dan akhirnya berlaku pengkhianatan...siapa yang lebih licik??? 


Wednesday, June 6, 2012

Antara Vampiro dan immortality

salam sejahtera ke atas semua...



vampiro atau vampire atau pontianak adalah spesis yang sama, cuma berbeza panggilan... pontianak lebih dikenali dalam kalangan budaya melayu kita sebagai perempuan mengandung anak sulong yang meninggal dunia yang mati dibunuh, bangun kembali sebagai pontianak..biasanya dia akan menjelma menjadi perempuan yang cantik untuk mengurat mangsanya dan kemudian mengilai besar..tujuannya rasa-rasanya lebih pada untuk menakut-nakutkan jer kowt..entah...korang semua mesti lagi arif pasal pontianak ni kan kan...pontianak paling cantik pown dah difilemkan..pontianak dari zaman P Ramlee sehingga zaman suhaimi baba..x pernah habis rasanya cerita2 sebegini untuk dijadikan modal cereka atau filem.... dalam realiti sebenar korang pernah jumpa x?... aku tak pernah dan tak ingin pown nak jumpa...hiiiii seram jugak bila teringat hilaian dia tu macam dalam filem tu...

vampire hensem!!!


ok...vampire pulak dalam bahasa inggerisnya..digunapakai oleh orang barat..dari zaman Van Helsing sehinggalah cerita  popular siri twilight mengangkat tema vampire sebagai tonggak jalan cerita... Vampire barat digambarkan sebagai penghisap darah..tinggal di dalam keranda, tak boleh kene cahaya matahari, takutkan bawang putih..immortality (kekal hidup selama-lamanya)..mempunyai deria bau yang sangat peka dan deria penglihatan yang sangat tajam pada waktu malam....


2 novel yang aku pernah baca mengenai vampire adalah Awang Vampiro dan The Untold Story.. teruja jugak membaca 2 novel ni...terutama sekali Awang Vampiro sebab ada jugak diselitkan unsur sejarah dan unsur masa depan..tak silap novel RAM jugak ada diselitkan mengenai vampire.. dalam trilogi bagaikan puteri tapi tak pasti yang mana satu... 


tau x macammane asal usul kejadian vampire ni??.. tak pasti la pulak, tapi apa-apapun dia tetap makhluk yang Allah ciptakan.. semua isi alam ini milik Allah jua..tapi kan manusia biasa boleh bertukar jadi vampire!!.. tak tahulah betul ke tidak, tapi itu yang dimomok-momokkan pada kita samaada melalui bahan bacaan ataupun media massa..manusia akan berubah menjadi vampire bila manusia itu hampir2 mati dan diberi minum darah vampire lain...kemudian manusia itu akan mati dan kembali hidup menjadi vampire dan keinginan mereka untuk darah semakin membuak-buak pada masa beberapa jam yang pertama.. macam ada percaya gak, kalau tak, tak akan lah boleh jadi cerita kan??...tapi tak boleh la percaya 100%...tiada makhluk yang kekal abadi..hanya Allah yang maha kekal... 


haa...itulah keistimewaan menjadi vampire, kekal hidup selama lamanya.. kalau tak dibunuh oleh manusia pemburu vampire atau dibunuh oleh vampire lain... jadi mereka boleh hidup merentasi zaman... dan kekal awet muda, tak berubah-ubah mukanya..jadi biasanya mereka tak akan berada di satu-satu tempat tu dalam masa yang lama...tapi yang aku tahu makhluk yang tak mati2 ni cuma ada satu jer.. iblis lakhnatullah atau syaitan dan sekutu-sekutunya..mungkin vampire ni termasuk dalam suku sakat syaitan??.. mungkin kowt..


tadi terbaca satu post dekat myibrah.com.. post yang ni : http://myibrah.com/adakah-benar-jack-sparrow-itu-panglima-awang-hitam... teringat pulak cerita Awang Vampiro.. macam ada banyak persamaan dengan apa yang ditulis dengan novel tu...diikutkan memang betul sejarah sebenarnya susah nak dipercayai kerana sejarah boleh diubah..sejarah yang dicipta mengikut kaca mata kuasa terbesar dunia.. itu yang disuruhpakai, dipaksa terima, diikhtiraf sehinggakan sejarah yang sebenar terus terkubur... 



Tuesday, June 5, 2012

review : jejawi tua

assalamuailaikum, salam untuk semua...


"tak perlulah sesiapa pun mengaku di hadapan orang ramai. Simpan aib masing-masing selagi Allah Taala tidak membukanya. Dan jangan sampai Allah membuka aib kita di khalayak ramai. Daripada menyembah jejawi tua dan memohon bantuan Tok Tom, bukankah lebih baik imarahkan surau dan masjid. Bukankah jauh lebih baik kalau kita memohon pertolongan langsung kepada Allah Taala tanpa sebarang wasilah dan tanpa bertawassul secara bidaah"......



antara kata Tok Ngah Darus pada penduduk kampung Sungai Teja...Jejawi Tua, pokok yang menjadi mercu tanda kampung Sungai Teja..pokok itu sudah tumbuh lama lagi,sewaktu pembukaan kampung khabarnya, ia tidak ditebang malahan tetap kekal di situ.. Kini menjadi satu simbol ketakutan dan kegentaran penduduk kampung untuk melewati kawasan dimana jejewi tua berada.. dikataka juga terdapat puaka di situ...


Apabila perkara utama dalam kehidupan tidak lagi ditikberatkan bahkan disekutukan dengan mudah atas alasan bagi memudahkan urusan, yang menanti adalah masalah yang lebih rumit...


Mak Pah, Tok Melah, Mak Limah antara penduduk kampung yang terpengaruh dengan janji2 Tok Tom yang kemudiannya memakan diri mereka sendiri..bila Pak Long Lateh dan Pak Su Leh hilang , itu adalah permulaan bagi permasalahan yang besar dalam penduduk kampung Sungai Teja.. yang akhirnya diketahui Pak Long Lateh telah selamat menjadi makanan si ular sawa yang beraja di pondok buruk Angah Soyah, dan Pak Su Lateh yang terjatuh menemui ajalnya di dalam perigi..yang menjadi sasaran pertanyaan kehilangan mereka pastinya rakan judi mereka iaitu Man Bewak dan Mat Ajib.. Pak Long Lateh meninggalkan isterinya Miah dan anak mereka yang masih kecil.. Miah kemudiannya kehilangan anak mereka hasil dari perbuatannya sendiri yang lupa diri bila diberi emas..Man Bewak yang menaruh perasaan pada Miah menggunakan peluang yang ada untuk mencuba nasibnya dan umpannya mengena.. Miah masuk perangkapnya...Pak Su Leh pula meninggalkan seorang anak teruna Sudin.. Sudin dan Sahak bekerja dengan Pak Syuib, suami pada Mak Limah di kandang kambing dan ayam.. Sudin terlalu lama menaruh hati pada Rohani, satu-satunya anak dara Mak Pah....


Ada rahsia pada setiap diri mereka..ada aib yang disimpan rapi oleh mereka...seboleh-bolehnya biarlah aib itu akan dibawa ke kubur.. seperti kata Mak Pah dan arwah suaminya... Tok Melah pula terlalu taksubkan akan harta dunia sehinggakan Tok Imam Tua, suaminya menjadi mangsa amukannya.. kerana menginginkan harta pusaka milik Tok Ngah Darus, suami sendiri dibambunya sehinggakan terlantar sakit.. kemudian Tok Tom menjadi "penyelamatnya".... Kisah Angah Soyah pula, anak yang terbiar dan menjadi kutukan pada semua penduduk kampung.. Dia bukannya bodoh, malahan setiap perkara tersembunyi yang berlaku di kampung itu diketahuinya..cuma sengihannya itu dan bau khasnya itu yang menjadikan dia kelihatan bodoh dan tempat kutukan dan cercaan orang lain..



penamatnya sebuah kematian besar-besaran secara tragik penduduk kampung Sungai Teja.. Kesudahah aib bagi Miah dan Man Bewak.. Kematian sia-sia Mat Ajib dan Sudin.. dan kesudahan Jejawi Tua itu sendiri..



Sarat sebenarnya cerita ni dengan pelbagai watak dan perwatakan... tapi banyak jugak pengajaran yang boleh diambil iktibar...



P/S : Apa jadi dengan Ma Pah, Tok Melah dan Tok Imam Tua??... 

Monday, June 4, 2012

7 petala cinta

"assalamualaikum cinta"
"waalaikumsalam rindu"....


"di antara 7 petala langit dan 7 petala bumi, terdapat 7 petala cinta".....



tersangat menyentuh jiwa dan meruntun perasaan bagi aku...cukup lengkap tentang pengisian dan pengertian erti cinta yang sebenar.. sebaik-baik perancang hanyalah Allah s.w... Hanya Dia yang menhgadirkan cinta, dan hanya dia selayaknya pencinta agung..


erti pengorbanan seorang sahabat, sanggup mengenepikan perasaan pada sahabatnya yang lain..
keinsafan yang benar2 ikhlas akan mendorong seseorang untuk terus berada di jalan Allah..
jangan terlalu cepat menghukum tanpa menimbang terlebih dahulu..
rela melepaskan seseorang yang disayangi kerana yakin dengan ketetapan Allah...
pintu taubat sentiasa terbuka pada sesiapa yang inginkan pengampunanya...kemaafan Allah seluas lautan dan langit yang tak bertepi..


teruja dengan warkah2 sebegini, yang mengangkat martabat agama islam selayaknya di mata2 penonton.. 

Sunday, June 3, 2012

ijah dan uitm puncak alam..

assalamualaikum dan selamat petang..

nak tulis pasal ijah..tapi tak tahu nak start macammane..k, dah start pown ayat pertama..hehehe.. ijah ari ni ari pendaftaran program asasi dia kat uitm puncak alam. pagi2 lagi kitorang dah gerak nak hantar padahal lebih kurang sejam lebih jer perjalanan..tapi bagus la pagi2 dah settle semua.. taklah panas nanti kalau sampai tengahhari baru nak mendaptar kan..aku pown kira excited gak la sebab aku pown ex uitm.. UITM sentiasa di hatiku..chewah!!..tapi kalau uitm puncak alam ni aku tak pernah jejak... 


sampai2 rupanya ramai lagi yang dah sampai lebih awal..memang boleh expect la kan hari pendaftaran..lebih2 lagi yang datang dari jauh,,nun dari belah utara,selatan timur dan barat ku jejaki (macam lagu je kan)..ade yang dengar citer solat subuh pown kat sini.. alhamdulillah semua berjalan lancar..aku puji jugak la sistematik cara diorang2, pelajar2 uitm jugak yang handle pendaftaran ni, nampak tersusun, xdelah kelam kabut sangat.. diorang banyak belajar dari pengalaman2 lepas ni!!... jadi dapat jugaklah aku merasa naik bas uitm sekali lagi..hahaha..walaupun sekejap yang amat.. 


lupa pulak nak citer, tempat tu memang superb!!..bagi aku lah sebab kat atas bukit kan.. kata ijah, pagi2 boleh nampak kabus.. tengok dalam tu still lagi diorang tengah buat construction.. x lama lagi memang penuh la dengan fakulti2 lain.. x silap aku ada beberapa fakulti jer yang ada kat situ buat masa sekarang.. untunglah sape2 dapat jadi pelajar kat sini masa mula2 ni..semuanya masih cantik lagi... kolej kediaman dia pown macam hotel jer!!.. macam style apartment pown ada..satu rumah la kowt, ada 4 bilik..setiap bilik ada 2 orang... ada ruang tamu sikit, n bilik air..aku rasa dah cukup mewah sangat la tu kalau nak bandingkan aku dulu kat kolej mawar, satu bilik dengan 4 katil kan..limit sangat ruangnya.. kalau x belajar sungguh2 dengan kemudahan kondusif yang disediakan pihak uitm, memang membuang masa la!!...


ada satu benda yang menarik kat situ.. diorang panggil "tangga maut".. ada 248 anak tangga kesemuanya.. menghubungkan kolej kediaman dengan fakulti.. sape2 yang nak kuruskan badan memang berbaloi-baloi la gunakan kemudahan ni!!..hahaha...kalau x nak letih2, sayangkan kaki n perut, boleh jugak gunakan perkhidmatan bas.. 


sempat jugak berjumpa dengan kak anis kat situ masa makan2 kat cafe die.. cafe dia pown cantik!!.. besar!! macam best la kalau dapat makan kat situ hari2..hahaha..kak anis kawan masa kat matrik, jiran kitorang yang paling rapat dengan bilik aku.. adik dia pown dapat kolej yang sama dengan ijah..angah pown ada gak jumpe kawan die 2 orang tadi..k la, dah cukup banyak aku bercerita... 


p/s: jap malam nanti adalah budak ijah tu call..pot pet pot pet citer pasal kat sana, dengan kawan satu bilik dia, maria (kowt nama dia) yang mengundang kontroversi antara kitorang anak beranak.. hahaha...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...