antara dua jalan..
satu yang membawa bahagia,
satu yang membawa derita..
satu jalan terlalu mudah untuk dilalui
satu jalan lagi terlalu susah untuk dilalui..
ramai orang yang memilih jalan mudah dari jalan susah..
antara syurga dan neraka..
begitu jelas perbezaannya..
syurga,tempat indah yang dijanjikan Allah bagi hambanya yang taat
neraka,tempat yang penuh dasyat bagi insan yang selalu memungkiri perintahNya..
bergetar jiwa bila mendengar perkataan neraka
gerun bila mengetahui azab-azab yang dilalui oleh penghuni neraka
sedangkan jibril dan penghulu kita menangis bila mendengar khabaran neraka..
hinggakan Muhammad tidak pernah ketawa selepas tahu kebenaran neraka..
kini...umat akhir zaman..
mendengar syurga dan neraka bagaikan tiada apa-apa..
alangkah sesat dan alpanya mereka akan nikmat dunia...
lupa akan alam barzakh dan akhirat yang bakal dilalui..
andai mereka selalu mengingati mati dan azab yang bakal dilalui atas kelalaian mereka
nescaya mereka akan menangis tanpa henti..
nescaya mereka akan merintih meminta keampunan Allah..
marilah kita sama2 bertaubat sebelum panggilan Allah datang..
sebelum roh meninggalkan jasad
ingatlah hidup di dunia hanya sementara..
di akhirat yang kekal jua...
marilah kita sama2 memperbaiki akhlak dan peribadi diri
menjadi insan yang lebih baik..
No comments:
Post a Comment