Friday, January 15, 2010

you are beatiful


Citer korea ni sangat bez,lagu2 die pon bez!..yang paling bez lagu what should i do dengan lagu as ever...dan sangat suka dengan setiap watak utama-hwang taekyong yang blagak sombong, Kang Shin Woo yang sangat cool, jeremy yang sangat kelakar dan go mi nam yang sangat baik:p

citer ni sebenarnya lebih kurang sama dengan citer hana kimi, perempuan yang menyamar jadi lelaki disebabkan sesuatu..yang berbeza cuma latar belakangnya..kalau hana kimi belatarbelakangkan sekolah, citer ni pulak belatarbelakangkan kumpulan muzik terkenal di korea-A.N.JELL...

citer ni mengisahkan A.N.JELL yang ingin mencari sorang lagi ahli kumpulan dan Go Mi Nam yang terpilih untuk menyertai kumpulan ni, tapi saat2 akhir, Go Mi Nam cedera dan memerlukan rawatan ke luar negara dan tempatnya diambilalih oleh adik kembarnya-Go Mi Nyu, seorang nun-bakal sister di gereja..demi menolong abangnya dan ingin mencari emak kandungnya, Go Mi Nyu rela menggantikan tempat abangnya dan menyamar menjadi Go Mi Nam...

seterusnya cerita berkisar mengenai kehidupan mereka satu kumpulan dengan diselangi elemen percintaan antara mereka..yang paling awal tahu mengenai rahsia Go Mi Nam ialah Kang Shin Woo-tapi dia berdiam demi menyelamatkan maruah kumpulan dan dalam diam melindungi dan jatuh cinta pada Go Mi Nam..Tae Kyung pulak tak berapa suka dengan Go Mi Nam pada mulanya kerana sentiasa menyusahkan dirinya..dan bila Tae Kyung tahu Go Mi Nam adalah perempuan, dia juga cuba melindungi Go Mi Nam..dan ancaman terbesarnya Yoo Hee Yu, artis perempuan yang kemudiannya jatuh cinta pada Tae Kyung..tapi demi menyelamatkan rahsia Go Mi Nam, dia terpaksa menyamar menjadi kekasih Yoo Hee Yu, walaupun die sebenarnya x suka dengan Yoo Hee Yu...

banyak la yang terjadi di pertengahan cerita...dan Go Mi Nam x tau sejak bile dia ade menyimpan perasaan pada Tae Kyung..sama jugak dengan Tae Kyung, cuma die terlalu ego untuk menyatakan die jugak jatuh cinta dengan Go Mi Nam..akhirnya rahsia Go Mi Nam diketahui oleh Jeremy dan Jeremy pulak suka dengan Go Mi Nam..sangat complicated kisah percintaan diorang ni sume...

Tae Kyung pulak ada krisis dengan emak die, penyanyi hebat..Mo Hwa Ran disebabkan ayah Go Mi Nam...k la malas nak citer lagi..last2 mesti la hepi ending kan...tapi kesian sangat pada Shin Woo...tengok sendiri la citer ni..mmg bez!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...