Thursday, January 14, 2010

selamat hari lahir..

selamat hari lahir yang ke 23 buat diri aku..semoga dipanjangkan umur, dmurahkan rezeki selalu, sentiasa berada dalam kerahmatan dan keredhaan Allah selalu dan harapnya aku akan sentiasa gembira dan tabah dalam mengharungi hidup ini..

Alhamdulillah, syukur pada Allah atas nikmat yang diberikan, masih diberi kesempatan untuk terus bernafas di muka bumi Allah yang maha luas ini..masih diberi nikmat kesihatan, masih berpeluang senyum dan melihat dunia ini dengan nikmat pancaindera..syukur atas segala-galanya yang aku miliki..

Dan terima kasih pada insan2 yang sentiasa ada bersama aku terutamanya keluarga tersayang dan sahabat2 yang sentiasa x pernah lupa akan tarikh lahirku..juga buat kawan, teman dan sesiapa yang mengenali diri ini yang sudi mengucapkan selamat hari lahir buat aku..

Hari kelahiran sepatutnya disambut kerana bagi aku tak ada sesiapa di dunia ini yang lahir tanpa dipinta dan tidak dikehendaki..semuanya bersebab dan setiap orang di dunia ini adalah bertuah kerana dilahirkan sebagai manusia..

harapan aku supaya tahun ni akan lebih baik dari tahun sebelum ini..:P

"Ya Allah tetapkanlah hatiku, tetapkanlah imanku..jangan Engkau kurangi imanku, sebaliknya Engkau tambahkanlah nikmat iman dalam diriku..tabahkanlah hatiku dalam mengharungi dugaanMu..dan temukanlah aku dengan jodohku, imamku yang akan membimbing diriku"
Amin.......

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...