Tuesday, January 5, 2010

institusi keluarga



Institusi keluarga sangat penting..dari keluargalah terbentuk sikap anak2..kalau tengok masalah sosial remaja sekarang kebanyakannya berpunca daripada kegagalan institusi keluarga..Ibu bapa yang terlalu sibuk bekerja mencari duit siang malam sampaikan anak terbiar tanpa kasih sayang..kadang anak terasa disisihkan, rasa x diperlukan bila keadaan seminggu sekali je dapat tengok muka emak bapak, dapat berbual2 sekejap..ye la, anak dah tido, emak bapak baru balik keje, anak bangun emak abah dah g kerja..kadang balik awal pon, letih..tido..

alhamdulillah aku bersyukur sebab keluarga aku bukan macam tu..emak suri rumah sepenuh masa..dan abah sangat prihatin masalah anak2 dia..abah dan emak dah cuba yang terbaik untuk membentuk keluarga yang bahagia.. alhamdulillah, rezeki sentiasa ada..aku terasa cukup bertuah dilahirkan dalam keluarga ni...

bile tengok keadaan keluarga orang lain, yang penuh dengan masalah buat aku rasa kasihan dengan mereka2..pastinya aku akan salahkan emak bapak yang x pandai nak didik anak..ye aku tahu, mendidik dan membesarkan anak2 bukan satu benda yang mudah..perlukan kerjasama, komitmen yang tinggi antara pihak suami dan isteri..tapi kalau x bersedia untuk menggalas tanggungjawab membesarkan anak2, x payahla kawin dulu..

anak yang terabai selalunya dalam diam akan memprotes ikut cara dia sendiri..dan kat sini pentingnya pengaruh kawan2 dan orang sekeliling..cara protes yang paling selalu dengar masalah lari dari rumah, lari ikut boyfriend..bila fikir balik, mungkin salah emak bapak jugak yang x pantau kegiatan anak, ye la dah sibuk bekerja..anak2 di usia remaja pula jiwanya terlalu rapuh.. terlalu mudah untuk dipengaruhi..sehinggakan yang paling teruk dan kasihan kes kene rogol dan bunuh, kes hisap dadah, kes merempit, mencurik..macam2 la dunia sekarang..

masalah sosial remaja sekarang ni sangat membimbangkan..seawal sekolah rendah lagi perlu dipantau..pihak yang berkenaan perlu mengambil langkah segera kerana anak2 muda inilah harapan bangsa untuk mentadbir negara kelak..dan aku rasa kene mula dari institusi kekeluargaan..ibu bapa kene diberi pendedahan betapa pentingnya masa kualiti mereka bersama anak2 di rumah..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...