Tuesday, January 26, 2010

ujian personaliti diri..

jawapaan jujur dari aku..

Anda berada di dalam hutan
(1) nyatakan dengan siapa anda berjalan?
seorang diri..

sedang anda berjalan tiba-tiba terserempak seekor haiwan
(2) nyatakan apakah haiwan itu
anak polar bear yang sangat cute:p

(3) tindakan anda terhadap haiwan itu
(biarkan dan pandang je/lari dari haiwan itu/ dapatkan haiwan itu)
of course dapatkan polar bear tu...

anda teruskan perjalanan..tiba-tiba ternampak segugus kunci
(4) nyatakan bilangan kunci itu
(dari 1-10 anak kunci)
5

anda teruskan perjalanan, tiba2 anda ternampak sebuah rumah di tengah hutan.

pada fikiran anda..
(5) adakah rumah itu berpagar?
tak kot..dalam hutan..

(6) pintu rumah tu terbuka atau tertutup?
terbukak..

anda pun masuk ke rumah itu. pergi ke ruang tamu dan ternampak meja.
(7) apakah bentuk meja itu?
(Bulat/ Oval / Segiempat / Segitiga)
segiempat dengan 7 kerusi..

atas meja ada pasu...
(8) Berapa banyak air dalam pasu itu?
(Penuh / Setengah / Kosong)
kosong..

(9) Pasu itu diperbuat daripada apa?
[(Kaca / seramik / tanah liat) (logam / plastik / kayu)]
tanah liat..

Anda teruskan perjalanan ke belakang rumah. anda melihat sebuah air terjun dari jauh.
(10) Berapakah laju air itu?
(1-10 : 1-perlahan 10-paling laju
7

anda terus berjalan dan ternampak sebuah taman. tiba-tiba anda ternampak sebuah kotak peti.
(11) Apa ukuran kotak itu?
(kecil / sederhana / besar)
kecik...

(12) kotak itu diperbuat daripada?
(cupboard/ kertas / kayu / logam)
kayu..

tak jauh dari taman anda ternampak sebuah jambatan.
(13) jambatan diperbuat daripada apa?
(logam / kayu / rotan)
rotan..

Di seberang jambatan, ada seekor kuda.
(14) Apakah warna kuda itu?
(putih / kelabu / coklat / hitam)
coklat..

(15) Apa yang kuda lakukan?
(diam dan tenang / menggigit rumput / berlari)
diam dan tenang..

(16)
TIBA-TIBA...tanpa disangka ribut tornado datang.... tak jauh
daripada kuda. Anda mempunyai 3 pilihan:
(i) lari dan bersembunyi di dalam peti?
(ii) lari dan bersembunyi di bawah jambatan?
(iii) lari ke kuda, naik dan terus pergi?
lari ke kuda, naik dan terus pergi..






Berikut adalah tafsiran:
(1) dengan siapa anda berjalan merupakan orang yang paling dekat dan rapat di hati anda.

(2) haiwan yang anda jumpa simbolik kepada masalah yg anda hadapi. saiz haiwan yang besar menunjukkan anda menganggap sesuatu masalah itu besar

(3) tindakan anda kepada haiwan merupakan tindakan anda kepada masalah yang anda hadapi. kalau anda lari dari haiwan maksudnya anda memang suka lari dari masalah

(4) kunci
1 - kamu punya satu teman baik dalam hidup anda
2-5 - anda mempunyai beberapa teman baik dalam hidup anda
6-10 - anda punya banyak teman baik

(5) rumah
berpagar : close-minded
tidak berpagar : open minded

(6) pintu
terbuka : senang berkongsi dan bercerita masalah atau diri kepada orang lain
tertutup : tak suka bercerita dan rela memendam nye

(7) Meja
Bulat / oval - teman yang datang, anda akan menerima dan mempercayai mereka sepenuhnya
Persegi - anda sedikit lebih cerewet tentang kawan-kawan dan hanya boleh geng dengan orang yang anda fikir sama frekuensi sahaja
Segitiga - kamu benar-benar sangat sangat pilih-pilih teman-teman dan tidak ada banyak kawan dalam hidup anda

(8) Pasu
Kosong - cita-cita dan keinginan hidup anda tidak terpenuhi
Setengah penuh - apa yang anda inginkan dalam hidup anda adalah setengah dah

tercapai
Penuh - hidup anda benar-benar terpenuhi dan baik untuk kamu!

(9) kaca / tanah liat / seramik - kamu lemah dalam hidup anda dan cenderung menjadi rapuh
logam / plastik / kayu - and kuat dalam hidup anda

(10) air terjun
0 - tidak ada dorongan seksual sama sekali
1-4 - ghairah seks rendah
5 - ghairah seks sederhana
6-9 - ghairah seks tinggi
10 - ghairah seks sangat tinggi ...

(11) Saiz kotak:
kecil - ego rendah
menengah - ego sederhana
besar - ego tinggi

(12) material peti:
cupboard/ kertas / kayu (non-bersinar) - rendah hati
kepribadian
logam - bangga diri

(13) Adapun material jambatan:
jambatan logam - punya ikatan yang sangat kuat dengan teman-teman anda
jambatan kayu - hubungan sederhana dengan rakan-rakan anda
rotan - anda tidak berada dalam hubungan baik dengan teman-teman

(14) Warna kuda:
putih - pasangan anda adalah murni dan baik dalam hati anda.
kelabu / coklat - pasangan anda sederhana di hati.
hitam - pasangan anda sepertinya tidak begitu baik di hati dan tampaknya menjadi pertanda buruk.

(15) tindakan kuda:
diam dan tenang / menggigit rumput - pasanganmu adalah sangat sederhana dan rendah hati.
berlari-lari - pasangan anda adalah liar dan agak sukar dikawal

(16) Ini yang terakhir tapi yang paling penting bagian dari ujian ini.
Dari bagaimana saya menamatkan cerita ... pendekatan tornado ...
Apa yang akan kamu lakukan? Hanya ada 3 pilihan:
(i) lari dan bersembunyi di dalam peti?
(ii) lari dan bersembunyi di bawah jambatan?
(iii) lari ke kuda, naik dan pergi?

Apa yang akan anda pilih?
Sekarang, di atas ini ditandai dengan hal-hal ini:
Tornado - masalah dalam hidup anda
peti - anda
Jambatan - kawan-kawan anda
Kuda - pasangan

(i) Jadi, jika anda memilih kotak, anda bergantung kepada diri sendiri setiap kali anda menghadapi masalah.
(ii) atau jika anda memilih jambatan, anda akan pergi ke kawan-kawan setiap kali anda menghadapi masalah.
(iii) atau yang terakhir jika kamu memilih kuda, anda mencari pasangan anda setiap kali anda menghadapi masalah.

Thursday, January 21, 2010

kegelapan

kegelapan....
adakalanya memberi aku ketenangan
sendirian melayani alam ciptaan sendiri
kadang memberi aku ruang
untuk mengenali lebih dekat akan diriku

kegelapan..
adakalanya membuat aku kelemasan..
membuat aku seperti berhenti bernafas
membuat aku dahagakan sekilau cahaya

kegelapan..
adakalanya membuat aku ketakutan.
takut akan bayang2 sendiri
takut akan bayang2 orang lain...

aku harus terbiasa dengan kegelapan..
kerna kelak aku kan keseorangan..

Wednesday, January 20, 2010

antara dua

antara dua jalan..
satu yang membawa bahagia,
satu yang membawa derita..
satu jalan terlalu mudah untuk dilalui
satu jalan lagi terlalu susah untuk dilalui..
ramai orang yang memilih jalan mudah dari jalan susah..

antara syurga dan neraka..
begitu jelas perbezaannya..
syurga,tempat indah yang dijanjikan Allah bagi hambanya yang taat
neraka,tempat yang penuh dasyat bagi insan yang selalu memungkiri perintahNya..

bergetar jiwa bila mendengar perkataan neraka
gerun bila mengetahui azab-azab yang dilalui oleh penghuni neraka
sedangkan jibril dan penghulu kita menangis bila mendengar khabaran neraka..
hinggakan Muhammad tidak pernah ketawa selepas tahu kebenaran neraka..

kini...umat akhir zaman..
mendengar syurga dan neraka bagaikan tiada apa-apa..
alangkah sesat dan alpanya mereka akan nikmat dunia...
lupa akan alam barzakh dan akhirat yang bakal dilalui..
andai mereka selalu mengingati mati dan azab yang bakal dilalui atas kelalaian mereka
nescaya mereka akan menangis tanpa henti..
nescaya mereka akan merintih meminta keampunan Allah..


marilah kita sama2 bertaubat sebelum panggilan Allah datang..
sebelum roh meninggalkan jasad
ingatlah hidup di dunia hanya sementara..
di akhirat yang kekal jua...

marilah kita sama2 memperbaiki akhlak dan peribadi diri
menjadi insan yang lebih baik..

Friday, January 15, 2010

you are beatiful


Citer korea ni sangat bez,lagu2 die pon bez!..yang paling bez lagu what should i do dengan lagu as ever...dan sangat suka dengan setiap watak utama-hwang taekyong yang blagak sombong, Kang Shin Woo yang sangat cool, jeremy yang sangat kelakar dan go mi nam yang sangat baik:p

citer ni sebenarnya lebih kurang sama dengan citer hana kimi, perempuan yang menyamar jadi lelaki disebabkan sesuatu..yang berbeza cuma latar belakangnya..kalau hana kimi belatarbelakangkan sekolah, citer ni pulak belatarbelakangkan kumpulan muzik terkenal di korea-A.N.JELL...

citer ni mengisahkan A.N.JELL yang ingin mencari sorang lagi ahli kumpulan dan Go Mi Nam yang terpilih untuk menyertai kumpulan ni, tapi saat2 akhir, Go Mi Nam cedera dan memerlukan rawatan ke luar negara dan tempatnya diambilalih oleh adik kembarnya-Go Mi Nyu, seorang nun-bakal sister di gereja..demi menolong abangnya dan ingin mencari emak kandungnya, Go Mi Nyu rela menggantikan tempat abangnya dan menyamar menjadi Go Mi Nam...

seterusnya cerita berkisar mengenai kehidupan mereka satu kumpulan dengan diselangi elemen percintaan antara mereka..yang paling awal tahu mengenai rahsia Go Mi Nam ialah Kang Shin Woo-tapi dia berdiam demi menyelamatkan maruah kumpulan dan dalam diam melindungi dan jatuh cinta pada Go Mi Nam..Tae Kyung pulak tak berapa suka dengan Go Mi Nam pada mulanya kerana sentiasa menyusahkan dirinya..dan bila Tae Kyung tahu Go Mi Nam adalah perempuan, dia juga cuba melindungi Go Mi Nam..dan ancaman terbesarnya Yoo Hee Yu, artis perempuan yang kemudiannya jatuh cinta pada Tae Kyung..tapi demi menyelamatkan rahsia Go Mi Nam, dia terpaksa menyamar menjadi kekasih Yoo Hee Yu, walaupun die sebenarnya x suka dengan Yoo Hee Yu...

banyak la yang terjadi di pertengahan cerita...dan Go Mi Nam x tau sejak bile dia ade menyimpan perasaan pada Tae Kyung..sama jugak dengan Tae Kyung, cuma die terlalu ego untuk menyatakan die jugak jatuh cinta dengan Go Mi Nam..akhirnya rahsia Go Mi Nam diketahui oleh Jeremy dan Jeremy pulak suka dengan Go Mi Nam..sangat complicated kisah percintaan diorang ni sume...

Tae Kyung pulak ada krisis dengan emak die, penyanyi hebat..Mo Hwa Ran disebabkan ayah Go Mi Nam...k la malas nak citer lagi..last2 mesti la hepi ending kan...tapi kesian sangat pada Shin Woo...tengok sendiri la citer ni..mmg bez!

Thursday, January 14, 2010

selamat hari lahir..

selamat hari lahir yang ke 23 buat diri aku..semoga dipanjangkan umur, dmurahkan rezeki selalu, sentiasa berada dalam kerahmatan dan keredhaan Allah selalu dan harapnya aku akan sentiasa gembira dan tabah dalam mengharungi hidup ini..

Alhamdulillah, syukur pada Allah atas nikmat yang diberikan, masih diberi kesempatan untuk terus bernafas di muka bumi Allah yang maha luas ini..masih diberi nikmat kesihatan, masih berpeluang senyum dan melihat dunia ini dengan nikmat pancaindera..syukur atas segala-galanya yang aku miliki..

Dan terima kasih pada insan2 yang sentiasa ada bersama aku terutamanya keluarga tersayang dan sahabat2 yang sentiasa x pernah lupa akan tarikh lahirku..juga buat kawan, teman dan sesiapa yang mengenali diri ini yang sudi mengucapkan selamat hari lahir buat aku..

Hari kelahiran sepatutnya disambut kerana bagi aku tak ada sesiapa di dunia ini yang lahir tanpa dipinta dan tidak dikehendaki..semuanya bersebab dan setiap orang di dunia ini adalah bertuah kerana dilahirkan sebagai manusia..

harapan aku supaya tahun ni akan lebih baik dari tahun sebelum ini..:P

"Ya Allah tetapkanlah hatiku, tetapkanlah imanku..jangan Engkau kurangi imanku, sebaliknya Engkau tambahkanlah nikmat iman dalam diriku..tabahkanlah hatiku dalam mengharungi dugaanMu..dan temukanlah aku dengan jodohku, imamku yang akan membimbing diriku"
Amin.......

Wednesday, January 13, 2010

update kerja

masuk minggu kedua keja..bagi aku alhamdulillah, better sikit dari minggu pertama..walaupun kadang2 masih terkial2..tapi ACW dah makin kurang, walaupun x dapat settle dalam 2 minit, bawah 5 minit kira dah ok..ada improvement..

baru jer masuk minggu kedua, dan setengah bulan 1, aku dah rase kerja ni agak boring..dah hidup yang x de life..jawab call berdasarkan script yang sama..dok ulang2 ayat yang sama...masalah tetap sama,cuma ragam customer yang beza2...tapi setiap hari pon mesti rase tension..mesti satu hari tu akan dapat call yang kene marah..dah plak tu minggu ni masuk kul 10 pagi, tapi kene kuar umah awal gak..lepas subuh x leh tido balik,habis keje kul 7.30,solat dulu..pastu terpaksa mengharungi jam yang teruk..sampai rumah kul 9...masuk tido kul 11/12..rase mase kat rumah dah makin terhad...

persekitaran kat tempat keje ni pon macam x bagus..lelaki lembut bersepah2..lelaki yang bertukar pon ade jugak,perempuan pon ramai yang merokok,ramai yang bersidai kat bawah kat ruangan merokok tu..lagi satu surau kat setiap level kene kongsi dengan lelaki..mase yang ade cuma 15 minit... nasib baik la ade surau..tapi tengok ramai jer yang buat dek waktu solat..
muka yang sama jer yang selalu nampak...

dan bila bekerja ni muka setiap orang akan nampak tension giler dan penat dok melayan kerenah orang tua yang x paham bahasa..yang berlagak pandai..lagi bagus layan budak2.. nakal macam mana pun, bangkang camner pon, last2 die makan nasihat gak..layan orang tua banyak plak bunyi..dah le performance kene jaga..nak marah pon bukannya boleh suka hati..sume kene record..huhuhu...rase field customer service ni bukan pilihan aku..cuma aku suka dapat tolong orang..orang yang baik2 la..layan baik,dapat la layanan baik..ni kalau mula2 dah tinggi2 suara, nak tolong pon malas...call nak dapatkan bantuan, tapi marah2..orang berbudi kita berbahasa..

sekian..
sambung di entri lain..

Tuesday, January 5, 2010

institusi keluarga



Institusi keluarga sangat penting..dari keluargalah terbentuk sikap anak2..kalau tengok masalah sosial remaja sekarang kebanyakannya berpunca daripada kegagalan institusi keluarga..Ibu bapa yang terlalu sibuk bekerja mencari duit siang malam sampaikan anak terbiar tanpa kasih sayang..kadang anak terasa disisihkan, rasa x diperlukan bila keadaan seminggu sekali je dapat tengok muka emak bapak, dapat berbual2 sekejap..ye la, anak dah tido, emak bapak baru balik keje, anak bangun emak abah dah g kerja..kadang balik awal pon, letih..tido..

alhamdulillah aku bersyukur sebab keluarga aku bukan macam tu..emak suri rumah sepenuh masa..dan abah sangat prihatin masalah anak2 dia..abah dan emak dah cuba yang terbaik untuk membentuk keluarga yang bahagia.. alhamdulillah, rezeki sentiasa ada..aku terasa cukup bertuah dilahirkan dalam keluarga ni...

bile tengok keadaan keluarga orang lain, yang penuh dengan masalah buat aku rasa kasihan dengan mereka2..pastinya aku akan salahkan emak bapak yang x pandai nak didik anak..ye aku tahu, mendidik dan membesarkan anak2 bukan satu benda yang mudah..perlukan kerjasama, komitmen yang tinggi antara pihak suami dan isteri..tapi kalau x bersedia untuk menggalas tanggungjawab membesarkan anak2, x payahla kawin dulu..

anak yang terabai selalunya dalam diam akan memprotes ikut cara dia sendiri..dan kat sini pentingnya pengaruh kawan2 dan orang sekeliling..cara protes yang paling selalu dengar masalah lari dari rumah, lari ikut boyfriend..bila fikir balik, mungkin salah emak bapak jugak yang x pantau kegiatan anak, ye la dah sibuk bekerja..anak2 di usia remaja pula jiwanya terlalu rapuh.. terlalu mudah untuk dipengaruhi..sehinggakan yang paling teruk dan kasihan kes kene rogol dan bunuh, kes hisap dadah, kes merempit, mencurik..macam2 la dunia sekarang..

masalah sosial remaja sekarang ni sangat membimbangkan..seawal sekolah rendah lagi perlu dipantau..pihak yang berkenaan perlu mengambil langkah segera kerana anak2 muda inilah harapan bangsa untuk mentadbir negara kelak..dan aku rasa kene mula dari institusi kekeluargaan..ibu bapa kene diberi pendedahan betapa pentingnya masa kualiti mereka bersama anak2 di rumah..

jujur..

hidup ni x perlu terlalu jujur
kene pandai main belok-belok
tipu sana sikit, tipu sini sikit..
nak hidup la katakan..
itu kata orang kat aku....

mungkin ada betulnya..
mungkin ada salahnya..
aku mengaku aku terlalu jujur orangnya..
memang x pandai nak menipu..
tapi salah ker kerana aku terlalu jujur?

persoalan yang aku sendiri ada jawapannya..
x salah..tp untuk survive dalam hidup yang mencabar sekarang ni..
kene pandai ambil kesempatan..
tapi haruslah berpada..
bukan dengan cara menindas hak orang lain
bukan dengan cara yang diharamkan..
dengan cara yang halal..

menipu kecik2 lama2 boleh jadi besar..
bukan menipu tapi bohong sunat
hanya itu alasan yang diberi untuk mengelak
sehinggakan yang mana satu kebenarannya sukar dicari

jujur....jangan menipu..
buat baik dibalas baik..
buat jahat dibalas jahat..
jangan menipu, nanti kene potong lidah..
itu yang disemat dalam fikiran aku sejak kecik
dan dengan persekitan orang yang baik2..
sukar untuk aku tidak terlalu jujur..

Sunday, January 3, 2010

minggu pertama kerja..

First sekali..alhamdulillah..baru berkesempatan nak update blog..minggu ni sememangnya minggu yang sangat sibuk dan menekan jiwa..baru minggu pertama hit floor, jawab call customer..dan kene masuk shif pagi jam 7 jadi kene bangun seawal jam 5.30 pagi..mmg rasa macam robot sangat minggu ni..bangun, kerja, balik, tidor.. benda yang sama untuk 5 hari.. dengan masa makan yang dah x menentu,mase solat pon yang terkejar-kejar, dengan melayan customer yang macam2 ragam, dengan buat report yang x tau, main hentam jer, dengan kene marah sebab ACW (after call waiting) tinggi sangat, semuanya tu membuat aku rasa tension yang amat.. rase macam nak berenti jer..

tapi bile fikir balik, memang susah nak dapat kerje sekarang..iklan kerja kosong memang berlambak tapi kelayakan pulak yang tak sesuai..dan sumenya perlukan pengalaman..jadik biler dah pikir macam tu, nak tak nak kene jugak teruskan..at least sampai habis kontrak bulan 4 ni.. kalau terselamat dari dikorbankan dan rasa macam dah bez kerja kat situ mungkin akan teruskan...

kerja kat sini gaji bez..senang nak naik orang kata la..tapi yang x bez nyer masa untuk rehat.. sejam jer die bagi masa rehat..15 minit sebelom rehat dan 15 min selepas rehat.. dan environment yang sangat menekan..asyik kene marah ngan orang jer..

mungkin ni minggu pertama, x mahir lagi, baru dalam proses nak menyesuaikan diri..sebab tu rase macam ni kot..kene pikir positif..harapnya minggu kedua ni, dapat buat dengan lebih baik..
sebenarnya bile dapat tolong customer, biler customer kata dah dapat connected dan bile customer kata terima kasih/tq perasaan tu rasa bez sangat...susah nak cakap..sebab dah berjaya tolong orang..tapi biler kene customer yang x puas hati, marah2, membebel.. kadang2 dok terkuat gak suara..x puas hati bukannya salah kita, kita pulak yang kene.. kalau yang membebel tu, tak boleh nak stopkan, kene dengar je la sambil buat muka..

sekian saja laporan kerja untuk minggu ini..
sari berita seterusnya.........

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...