Saturday, January 21, 2012

motivasi: persoalan solat dan menutup aurat..

assalamualaikum..

lama jugak sebenarnya dah memikirkan mengenai persoalan ini.. ada yang bertudung tapi tak bersolat, ada yang pakai seksi2 tapi still jaga solat.. macammane tu??.. ok, kita g bab solat dulu..

Memang solat itu WAJIB bagi semua umat islam.. mendirikan solat termasuk dalam rukun islam..kalau dah dikatakan rukun, maknanya kene, wajib dan perlu buat..ia perintah Allah dan disampaikan terus kepada Nabi Muhammad dalam peristiwa isra' mikraj..tak perlulah diceritakan perihal solat ni panjang lebar.. yang penting kita sebagai umat islam wajib melaksanakan ibadah wajib ini kerana solat lah yang akan ditanya pertama-pertamanya saat dihitung amalan kita nanti..

Mengenai menutup aurat pula..maknanya bukan hanya sekadar bertudung.. bak kata ustaz azhar idrus mengenai tudung dan menutup aurat..kalau tak menutup aurat memang la BERDOSA.. aurat wanita pula mengikut pengertiannya seluruh anggota badan kecuali dua tapak tangan dan muka.. kalau pakai tudung tapi pakai baju pendek, ketat.. still dikira tak menutup aurat..pakai baju yang menampakkan bentuk badan juga dikira tak menutup aurat.. ramai yang menutup aurat tapi tak sempurna dari segi pengertiannnya.. (termasuklah aku).. jadi sebenarnya aku rasa aku memang tak layak untuk berbicara mengenai menutup aurat ini.. 




tapi sekadar berkongsi rasa, mentarbiah diri dan mengingatkan diri dan orang lain.. cuba untuk menyampaikan kebaikan walaupun sepatah ayat.. insyaAllah.. 


nampak macam islam ini agama yang leceh pulak bagi orang2 yang tak tahu, tak paham dan tak cuba memahami dan mendalami islam itu sendiri..agama islam agama yang suci, is a way of our life.. setiap yang Allah perintahkan pasti ada hikmahnya yang kita tak tahu.. macam perihal menutup aurat ini, kesannya dapat mengelakkan gejala2 yang tak sepatutnya.. kerana perihal mata dan pandangan bersangkut kait pulak dengan nafsu..nafsu ini sukar dikawal jika tak kene pada caranya.. jadi bersangka baiklah sentiasa pada Allah.. dan yakinlah dengan kekuatan agama islam.. jadikan islam sebagai pegangan hidup kita..:)


mengenai persoalan di atas, bagi pandangan aku sama2 pentingnya..itu hubungan antara si polan bin si polan dengan Allah, kita sendiri tak tahu samaada ibadat kita diterima atau tidak..harapnya segala amalan kita diterima oleh Allah.. insyaAllah.. tugas kita sesama manusia sentiasa mengingatkan antara satu sama lain.. selalu aku tengok ramai orang yang baik2 tapi tak solat.. aku mendoakan supaya mereka terbuka hati untuk bersolat.. insyaAllah..sebab tu juga kita kene bersangka baik dengan semua orang.. kita tak boleh nak judge orang mengikut mukanya atau cara pemakaiannya.. yang pentingnya kita kenal dengan orang tu dulu, baru boleh fikirkan dia orang yang macammane..itupun kadang2 dah kenal lama pun, masih tak dapat nak tahu hatibudi dia orang macammane.. sebab hati dan perasaan manusia ini sentiasa berubah dan kompleks... 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...