Sunday, March 11, 2012

ceramah khas ustaz don di masjid al takwa..

assalamualaikum dan selamat pagi...

alhamdulillah, tadi maghrib dengan isyak sempat berjemaah di masjid al-takwa.. yang paling special sebab ade ceramah khas dari ustaz don danial.. penuh satu masjid sampai x muat tempat perempuan.. excited punye pasal kan nak jumpe dengan ustaz don.. selalu dok asyik tengok dalam tibi jer, 30 minit bersama ustaz don, malam ni..la ni ade kesempatan bejumpe face to face, dari jarak dekat.. sape x nak mai.. makcik2 pown rmai yang aku dok tengok minat dengan ustaz kedah ni... sampai angkut anak2 sume.. jadinya kanak2 pown turut sama memeriahkan majlis ilmu ni...:)

tajuk ceramah ustaz malam ni berkisar mengenai orang muda dalam islam... baguih jugak no tajuk ni!!.. ye lah aku tengok sekarang ni anak2 muda kita termasuklah aku semakin tertarik dengan islam.. bukan nak banding la ni dengan zaman dulu..mungkin sebab cara penarikan tu yang tak menarik minat golongan muda untuk turut sama kalau bab2 agama ni.. tapi dengan kehadiran 2 ustaz ni aku rasa menarik minat bukan sahaja golongan muda, semua golongan pown la dok ikut sama.. ustaz don dengan ustaz azhar idrus.. cara penyampaian diorang yang agak santai, lawak dan bersajaha... ramai lagi ustaz2 lain tapi yang famous 2 ni la...


tapi baguih, nak puji tv hijrah.. ye la orang2 malaysia ni sebenarnya kebanyakkannya ramai yang dahagakan program2 yang bercorakkan islam..jadi dengan wujudnya tv hijrah seiring dengan tv9, banyaklah program2 yang boleh memberi ilmu dan manfaat pada kita, orang islam.. bukan la nak kata tv lain tak baguih.. tidak sama sekali..cume pihak kerajaan dan swasta, media lebih banyak terpengaruh dengan budaya barat.. banyak dok cedok dari sana, banyak sangat dah program2 realiti yang diambil, digunapakai dan disesuaikan mengikut cara malaysia.. terlalu mengagungkan budaya barat sangat...


tapi program macam imam muda, solehah, ustazah pilihan ni sangat bagus.. bagi peluang pada golongan muda untuk memikul satu tanggungjawab.. dan peri pentingnya ilmu dalam islam bahkan ilmu dalam kehidupan seharian.... orang muda memang patut diberi peluang oleh orang2 veteran.. jadinya peluang yang diberi haruslah digunakan sebaik mungkin.. janganlah menghampakan atau mengecewakan orang yang memberi harapan pada kita.. bak kata ustaz don orang2 veteran ni jadi penasihat, penerbit.. yang golongan muda kedepan jadi segala ketua... ustaz banyak kaitkan dengan kisah zaman rasulullah dan para sahabat dengan masyarakat kini.. sedih bila lelaki2 tak pandai membaca al-quran, solat dengan sempurna.. bagaimanana mahu menjadi pemimpin keluarga?... 


panjang sangat pulak jadinya entri ni..hehehe.. sape je la yang rajin nak membacanya kalau bukan aku jugak nanti..hehehe.. maap la ini perkongsian tentang apa yang aku rasakan.. ikhlas jauh dari lubuk hati yang paling dalam...terasa memang diri tak layak nak bercakap mengenai ilmu agama lebih2 sebab diri kurang arif.. ok la setakat ini sahajalah ye..:)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...