Thursday, March 22, 2012

tabiat pelik

assalamualaikum..

ok..di tengahari yang aman damai ini terasa nak membincangkan topik 'tabiat pelik' . setiap orang mesti atau wajib akan ada la kan tabiat pelik memasing?.. ah..xde?.. tipulah..saje je nak merahsiakan la tu..

macam2 jugaklah aku dah jumpe tabiat pelik..ade yang memang tersangatlah pelik bagi aku.. ada yang macam tak percaya jer.. lebih2 lagi kan kalau kita tinggal serumah atau sebilik.. memang nak tak nak akan terkesan jugaklah tabiat pelik orang2 lain kan... contohnya : suka tidur masukkan kaki dalam sarung bantal, simpan korek telinga dalam poket.. bungkus semua barang2 dalam plastik sebab takut berhabuk, terlalu berhati-hati menggosok baju dsb..ini antara contoh yang aku tahu la..

mungkin kita sendiri tak sedar akan tabiat pelik kita.. bila orang tegur, baru kita 'eh aku macam tu ek?' macam mengigau/ meracau atau bersendor.. di luar kawalan kita.. macam aku pulak rasa-rasanya tabiat pelik aku yang paling menyerlah, suka bercakap sorang2 je la kowt.. sebab aku sebenarnya seorang yang kuat berimaginasi jugak, plus kuat membuat andaian2.. otak aku selalunya mesti berfikir macam2.. tu yang sampaikan ada masalah susah nak tidur dan kalau dah tidur, sepanjang-panjang malam bermimpi yang bukan2.. pagi esoknya mulalah menguap sana sini situ - penat kowt roh aku berjalan sepanjang malam..


entah..ada kaitan ker?..tapi yang aku tahu kekadang benda tu cuma monolog dalaman, tetiba tanpa sedar dia terluah kat mulut..dan kekadang salah satu aktiviti bulanan aku jugak.. bercakap di depan cermin, bagi memotivasikan diri sendiri..bagi up sikit semangat/keyakinan untuk terus berjuang dalam hidup ni.. fuiyoo semangat kan?..hahaha...


ok...setakat ni lah aku jumpa 2 orang yang amat pelik bagi aku.. namanya perlulah dirahsiakan kan.. sebab takut membuka aib orang lain pulak... tak tahu lah tabiat pelik atau satu penyakit?.. penyakit was2 atau penyakit terlalu berhati-hati.. ada kan orang2  macam ni.. yelah manusia, rambut pown dah lain2 warnanya, inikan pula perangai yang seribu ragamnya..belum masuk hati yang berwarna-warna lagi tu!..

k..yang baca2 ni mesti ada gak kan tabiat pelik?.. mesti ada punyelah!.. xyah lah rasa pelik.. patut rasa bangga la kowt..lain dari yang lain.. tak semua ada perangai macam tu kan?..hehehe..




No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...