Saturday, March 24, 2012

madu khaula...

assalamualaikum pembuka bicara
hari ini kita berbicara mengenai madu pula..
madu khauuuulaaaaa(sebutannya macam dalam tv tu..;p)



sebenarnya memang dah lama nak mencuba minum madu..
dulu2 abah beli, lansung tak pandang pown..
tetiba tergerak nak mencuba madu pulak, 
yelah..kita dok mencuba pelbagai jenis ubat2 untuk kesihatan dalaman ni..
paling banyak ubat2 untuk sembelit la..
tetiba terfikir islam sendiri dah bagi penyelesaiannya..
dah tertulis pown di dalam al-quran..
dah terbukti pown kebaikan dan khasiat madu asli ni..
lagipun minum madu amalan sunnah rasulullah..
jadi kembali pada islam..


baru cuba disiplin setiap pagi benda kedua selepas minum air masak adalah minum madu..
baru seminggu cuba, tak rasa lagi rasanya kelainannya..
apa-apapun minum madu itu cuma ikthiar..
jangan taksub pulak madu dapat sembuhkan segala penyakit..
nanti jatuh syirik pulak.. 
segala penyakit dan penawar datangnya dari Allah..
madu cuma perantara, tanpa izin Allah tak akan jadi apa-apa..


yelah..niat aku minum madu ni untuk dapat kesihatan yang baik..
kesihatan dalaman, sebab sejak akhir2 ni banyak sangat penyakit yang datang..
bila tengok emak yang terpaksa telan berbiji2 pil doktor bagi,
terus keinsafan dalam diri datang..hahaha..
aku tak nak bila dah tua nanti insyaAllah kene lalui benda yang sama..
dahla aku ni jenis penakut telan pil..
jadi dari sekarang kenelah menjaga kesihatan..
walaupun rasa dah terlambat, tapi tak akan ada yang terlambat selagi kita tidak mencuba..
di samping itu.. kenelah juga buat exercise lain jugak..



madu khaula ni memang terkenal sebagai madu asli gred A..
aku pun tak pasti madu ni ada berapa jenis..
tapi mengikut kata kakak penjual madu ni..
madu ada dua jenis - madu dari bunga (cerah sikit).. dengan madu hutan..
madu hutan yang paling terkenal madu tualang..
pokok tualang tu pulak tinggi gila.. orang kata macam pokok dongak langit..
orang yang nak ambik madu ni pown bukan calang-calang orang..
bukan semua boleh ambik macam tu jer, ada cara dia..orang yang berilmu tinggi jer..


sekarang pown para saintis masih mengkaji madu..terdapat pelbagai bahan2 yang tak diketahui namanya terdapat dalam madu..dan sesetengahnya pula memang bersifat asli.. tak dapat ditiru melalui bahan2 sintetik.. begitu kehebatan dan kebaikan khasiat madu.. cara makannya pown ada cara, bukan boleh main bantai jer, sebab kalau tak kene caranya, khasiatnya akan hilang.. minum kene awal pagi, waktu perut kosong, minum guna sudu plastik, jangan guna atau dekat dengan benda2 logam.. baca bismillah dan selawat.. simpan jangan dalam peti ais..jangan terdedah pada sinaran matahari.. 


khasiat madu memang banyak, malas nak taip kat sini.. google sendiri la yek.. 

Dari Ibnu Majah, Al-Hakim daripada Ibnu Masul (R.A): Sesungguhnya Rasulullah S.A.W telah bersabda, " Madu adalah penyembuh bagi penyakit dan Al-Quran adalah penyembuh bagi penyakit di dalam hati. Maka berubatlah kamu dengan madu dan Al-Quran".



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...