Saturday, January 21, 2012

motivasi: persoalan solat dan menutup aurat..

assalamualaikum..

lama jugak sebenarnya dah memikirkan mengenai persoalan ini.. ada yang bertudung tapi tak bersolat, ada yang pakai seksi2 tapi still jaga solat.. macammane tu??.. ok, kita g bab solat dulu..

Memang solat itu WAJIB bagi semua umat islam.. mendirikan solat termasuk dalam rukun islam..kalau dah dikatakan rukun, maknanya kene, wajib dan perlu buat..ia perintah Allah dan disampaikan terus kepada Nabi Muhammad dalam peristiwa isra' mikraj..tak perlulah diceritakan perihal solat ni panjang lebar.. yang penting kita sebagai umat islam wajib melaksanakan ibadah wajib ini kerana solat lah yang akan ditanya pertama-pertamanya saat dihitung amalan kita nanti..

Mengenai menutup aurat pula..maknanya bukan hanya sekadar bertudung.. bak kata ustaz azhar idrus mengenai tudung dan menutup aurat..kalau tak menutup aurat memang la BERDOSA.. aurat wanita pula mengikut pengertiannya seluruh anggota badan kecuali dua tapak tangan dan muka.. kalau pakai tudung tapi pakai baju pendek, ketat.. still dikira tak menutup aurat..pakai baju yang menampakkan bentuk badan juga dikira tak menutup aurat.. ramai yang menutup aurat tapi tak sempurna dari segi pengertiannnya.. (termasuklah aku).. jadi sebenarnya aku rasa aku memang tak layak untuk berbicara mengenai menutup aurat ini.. 




tapi sekadar berkongsi rasa, mentarbiah diri dan mengingatkan diri dan orang lain.. cuba untuk menyampaikan kebaikan walaupun sepatah ayat.. insyaAllah.. 


nampak macam islam ini agama yang leceh pulak bagi orang2 yang tak tahu, tak paham dan tak cuba memahami dan mendalami islam itu sendiri..agama islam agama yang suci, is a way of our life.. setiap yang Allah perintahkan pasti ada hikmahnya yang kita tak tahu.. macam perihal menutup aurat ini, kesannya dapat mengelakkan gejala2 yang tak sepatutnya.. kerana perihal mata dan pandangan bersangkut kait pulak dengan nafsu..nafsu ini sukar dikawal jika tak kene pada caranya.. jadi bersangka baiklah sentiasa pada Allah.. dan yakinlah dengan kekuatan agama islam.. jadikan islam sebagai pegangan hidup kita..:)


mengenai persoalan di atas, bagi pandangan aku sama2 pentingnya..itu hubungan antara si polan bin si polan dengan Allah, kita sendiri tak tahu samaada ibadat kita diterima atau tidak..harapnya segala amalan kita diterima oleh Allah.. insyaAllah.. tugas kita sesama manusia sentiasa mengingatkan antara satu sama lain.. selalu aku tengok ramai orang yang baik2 tapi tak solat.. aku mendoakan supaya mereka terbuka hati untuk bersolat.. insyaAllah..sebab tu juga kita kene bersangka baik dengan semua orang.. kita tak boleh nak judge orang mengikut mukanya atau cara pemakaiannya.. yang pentingnya kita kenal dengan orang tu dulu, baru boleh fikirkan dia orang yang macammane..itupun kadang2 dah kenal lama pun, masih tak dapat nak tahu hatibudi dia orang macammane.. sebab hati dan perasaan manusia ini sentiasa berubah dan kompleks... 

Friday, January 20, 2012

laporan kerja - 3

assalamuailakum...

alhamdulillah..hampir sebulan keje kat sana..duit gaji pertama pun dah dapat..alhamdulillah, sebab nak raya cina kan..dapatlah awal..bulan depan erm jenuh nak menunggu.. ok la setakat ni, dah cuba adapt dengan suasana kerja, dengan tugas harian..walaupun kadang2 macam pening2 sikit, blur2 lagi dengan application yang x biasa buat..semua serahkan dekat miss ang.. rutin harian yang memang pack kowt.. aku tengok unit aku jer yang paling sibuk, habis satu kerja, datang kerja lain...xde rasenya masa2 sengang sikit2..busy jer.. tengok miss ang, lagi tension..bile tanya jer, banyak kerja woo.. :)


tapi ok la macam tu dari xde kerja sangat..xde kerja bosan pulak kan...x tau nak buat ape..aku rasa masih boleh diterima lagi..kerja pown xde lah tension sangat..perasaan dia macam, ok..ade keje.. x terkejar-kejar sangat pown, relax jer..x siap ari ni boleh sambung besok..cuma urgent2 case jer la kene attend cepat..


sekarang ni dah confident dengan cms,mmth, 188oms, AS400, Domain, Bursa dengan Silverlake.. yang lain2 x familiar lagi..banyak lagi kene timba ilmu dan pengalaman ni..call pown x attend sangat, sebab semua nak cakap dengan miss ang, so pass jer la line kat miss ang..memula lagi, orang x kenal.. tapi ramai jer yang x tahu siti dah resign, ade yang call, cari siti lagi..aku la jadi tukang penyampainya..

Minggu depan cuti CNY..yeah!!.dapat cuti isnin selasa..ari rabu sepatutnya aku sorang jer yang handle unit tu, sebab ewilly ngan miss ang nak cuti..tapi mr eddy x approve cuti ewilly, dia x percaya lagi aku dapat handle team tu..aku sendiri pown rasa x yakin...yang pelik2 semacam kalau orang call tanya, camne aku nak jawab..so, ewilly ambik cuti ari ni..sorry ewilly!!..huhuhu.. tapi untuk rabu-jumaat next week x tahu nak jangka, orang ramai cuti juga ker?? atau ramai yang akan call??..kalau ramai yang call, maknanya semua aku kene attend dulu..kalau x boleh attend, baru boleh pass kat ewilly.. sebab aku kongsi line ngan miss ang..sebelum2 ni aku ngelat gak x nak jawab call..suruh miss ang jer yang handle.. sebelum2 ni pown memang phone tu susah nak diam..ade jer call masuk, dah macam helpdesk pulak gayanya.. padahal kitorang team untuk create ID jer...huhu..






Sunday, January 15, 2012

motivasi : karma..

karma - hukum alam yang termaktub, percaya atau tidak itulah yang terjadi, tak dapat dinafikan.. kebaikan dibalas kebaikan dan kejahatan akan dibalas kejahatan.. kebaikan pasti mengatasi kebatilan... hukum Allah pastinya selari dengan hukum kehidupan..


jadi selaku insan yang hidup bermasyarakat di atas muka bumi Allah yang luas ni, banyak benda yang perlu diambilkira..jangan sesekali melanggar hukum Allah..setiap perbuatan kita akan diadili dan dihukum dengan seadil-adilnya dan sewajar-wajarnya..

Aku percaya hubungan dengan Allah itu yang perlu dijaga terlebih dahulu sebelum memikirkan hubungan sesama manusia..insyaAllah jika hubungan kita dengan Allah kita jaga dengan baik, pasti Allah sendiri akan menjaga hubungan kita sesama manusia..Allah akan mudahkan setiap pekerjaan kita, insyaAllah.. syaratnya segala ketetapan yang Allah tetapkan pada kita selaku hambaNya mestilah kita jalankan dengan penuh ikhlas.. 


Pasti sikap2 mazmumah dapat dihindarkan, kerana sifat2 ini sebenarnya yang membunuh kewarasan akal fikiran kita, membawa kepada perilaku2 yang mengundang kepada kemusnahan diri dan orang lain.. Hati yang bersih, jiwa yang tenang pastinya memberi kita kebahagian hidup..dan dunia pastinya menjadi tempat yang aman damai.. Namun fitrah juga manusia dikurniakan dengan segala macam rencah rasa.. perasaan baik mahmudah, mahupun mazmumah... agar dunia ini menjadi medan ujian untuk kehidupan di akhirat..


Macammana layanan kita pada orang lain, itu menggambarkan peribadi kita.. bagaimana orang membalas layanan kita juga dapat menggambarkan siapa diri kita dimata2 mereka2... jika inginkan layanan yang baik, maka kita kena beri layanan baik pada orang lain.. jika mengharapkan diri untuk disayangi, kita sendiri yang perlu belajar untuk menyayangi orang lain terlebih dulu.. 


Kita sebenarnya banyak belajar dari persekitaran kita, kita banyak jadikan orang lain sebagai "role model" kita.. begitu juga dengan perbuatan2 kita,sedar tak sedar kita banyak terpengaruh dengan perbuatan/perangai orang yang dekat/rapat dengan kita.. jadi sebagai emak bapak memang tanggungjawab sangat besar untuk didik anak2 dengan menunjukkan contoh2 yang baik.. baik buruk anak2 kita sebenarnya lebih banyak menjurus kepada ibubapa sebagai "role model".. 

Saturday, January 14, 2012

Selamat hari kejadian =p

alhamdulillah.. syukur pada Allah kerana masih diberi kesempatan oleh Allah bernyawa dan bernafas selama 25 tahun dan dikurniakan kesihatan yang baik.. terima kasih sangat2 pada family terutamanya abah kerana semua sudi menyambut hari lahir aku.. jubli perak!!.. hehehe.. terima kasih emak kerana melahirkan aku ke dunia ini..terima kasih emak abah kerana mendidik aku selama ni.. terima kasih jugak kat adik2 aku sebab jadi adik2 aku..hehehe... 




terima kasih juga buat sahabat2 di facebook yang banyak mengewish (perkataan baru =p)..dan mendoakan yang baik2 untuk aku..thanks a lot!!.. sangat bermakna dan aku sangat menghargai.. aku pun turut sama mendoakan kalian sentiasa berjaya dunia akhirat..;p

usia 25 tahun sudah, terasa dah dewasa..dewasa ker??.. rasa jer, tapi hati masih remaja lagi.. dewasa bile dah kawin..hehehe.. soalan cepumas kat aku.. bile nak kawin??? hahaha...erm..erm..erm.. belum sampai jodoh lagi..insyaAllah suatu masa nanti..hanya Allah yang lebih mengetahui..

Aku mengharapkan tahun ni bertambah baik dari tahun sebelumnya, dari segi kerjaya dan juga kehidupan, juga amalan2 untuk saham akhirat.. mengharapkan aku menjadi insan yang lebih baik dari sebelumnya, aku akan berusaha!!.. semoga aku dipanjangkan usia dan dimurahkan rezeki sentiasa.. sentiasa di bawah rahmat dan kasih sayang Allah..insyaAllah..aminnnn....

Sunday, January 8, 2012

cerita seorang lagi sahabat..

Terasa hari ni nak bercerita mengenai orang2 yang aku kenal, yang aku respect pulak.. ok, next person ialah WIRDA SHAFIRA..



Dia ni pown sebenarnya aku kenal dari sekolah menengah, sekolah rendah pown same jugak, tapi tak pernah  tahu kehadirannya di sk2 dulu2..itupun lepas dia cerita yang dia masuk sekolah tu dari darjah 4, baru aku tahu.. kita sama kelas form2 dan form 3 jer, lepas tu dia sambung belajar kat mrsm muar.. masa form 2 x kawan sangat dengan dia, kenal sebagai kawan sekelas je la.. ye la, dia pown kawan bertiga jer, zalikha dengan fawwaz geng rapat dia.. masa form 3, hamizah x sama kelas dengan aku, so aku kenelah mencari kawan baru..kebetulan kawan satu meja fawwaz, lidya pown bertukar kelas..so aku pown duduk la sebelah fawwaz, belakang wirda dengan zalikha.. dari situlah berkawan dengan dia, bersembang2..tapi aku still pendiam jugak masa tu..banyak buat kerja sekolah dengan studi, ye la nak pmr tahun tu kan.. kene usaha sungguh2, tebus kekecewaan upsr..dari form1 lagi aku dah bertekad macam tu sebab nak buktikan dekat emak aku yang aku pun pandai jugak!!..hahaha (masa tu zaman memberontak dengan emak..hahaha).. lagipown diorang bertiga ni suka bergosip, lepas tu ade bahasa tersendiri yang diorang gunakan merujuk ke sesorang.. aku pown malas la nak ambik pusing...


Yang jadi rapatnya dengan wirda ni time uitm, kitorang berjumpe semula..memang lepas sekolah kitorang still contact lagi..tau die masuk uitm sama,fakulti sama, so kitorang pown decide nak daptar sama2 la.. so, mase nak ambik no bilik tu, memang wirda dah siap kira2 nak satu bilik..so, jadilah kitorang roomate, dan kemudian bila duduk menyewa di luar, tambah jadi housemate..masa ni la jadi rapat, jadi kenal dengan tabiat masing2..dah duduk sebilik 3 tahun kan..memang kenal sangat la luar dalam perangai dia cammane...banyaklah berbincang./berbual/mengutuk dari hati ke hati... hahaha.... banyak yang dia tahu pasal aku, banyak yang aku tahu pasal dia...

yang beznya dengan wirda, kitorang ada banyak benda yang sama yang boleh dikongsi, minat yang sama, cara berpikir pown agak sama.. kira kitorang sehati sejiwa jugak la..=p  setiap semester dulu mesti akan pergi ke satu2 tempat..sebab kitorang suka berjalan2, pergi sana-sini..cume duit jadi kekangan.. lepas tu kitorang ni hantu novel.. lebih2 lagi novel trailer, Ramlee Awang Mursyid novelis yang kitorang minat..dah kenal dengan dia baru tahu sape2 yang dimaksudkan time sekolah dulu.. lepas tu kitorang sama jugak satu tempat kerja kat vads.. 


ok, bercerita mengenai peribadi wirda pulak..hehehe.. dia yang aku kenal panas baran sikit orang dia.. time2 kat u dulu dengan aku2 pown selalu jer menjadi mangsa kemarahan dia.. hahaha.. tapi lama2 dia dapat jugak mengawal baran dia tu..Dia ni ade semething special dalam diri dia yang orang2 lelaki dapat nampak, aku rasa la... sebab ramai sebenarnya yang minat kat dia ni, sampaikan yang dah ada ikatan yang sah pown terkejar2 dia..tapi dia kira ada rupa jugak la..yang paling orang lelaki suka mungkin cara pembawaan dia la aku rasa...dia memang sangat pandai membawa diri, itu aku respect sangat!!.. pandai menyesuaikan diri, petah berhujah!!.. pandai putar belit dan pandai buat orang kalah kalau bercakap dengan dia.. dia x lah peramah sangat jugak aku tengok, tapi senang berkawan dengan mana2 orang, terutamanya lelaki..


yang aku respect jugak dengan dia sesangat sebenarnya dia seorang yang tabah dan cekal!!.. tabah sesangat!!.. dari kecik dari penceritaan dia sampai sekarang dari katamata aku berkenaan keluarga dia lah terutamanya, dia sangat tabah.. sampai satu tahap tu dia menangis time solat, aku dengar jadi sedih, menangis sama2 dengan dia sekali..kisah hidup dia menarik kalau nak dijadikan novel..aku selalu cakap kat dia cenggitu.. dia pown mengiakan jer.. sekarang ni masing2 dah sibuk, jarang berjumpa.. cuma acara wajib tahunan kitorang memang dinanti-nantikan... Pesta buku antarabangsa =p

cerita seorang sahabat ..=)

terasa nak bercerita mengenai sahabat yang aku kenal dari sekolah tadika lagi.. sehingga kini masih bersama2 lagi, kekal menjadi sahabat dan antara insan teristimewa dalam hidup aku..HAMIZAH ZAHRi.. 



Bercerita mengenai peribadi dia senang cerita dia sangat2 menyenangkan, sangat membuatkan orang senang dengan dia..haa...macamtu la dia..antara orang yang aku respect sangat pasal peribadi dia.. Dia suka nak membantu orang lain, walaupun x boleh, dia cuba jugak iktiarkan, dia pandai ambil hati orang lain, pandai gembirakan hati orang lain... orang jadi senang berkawan dengan dia.. dia senang masuk dengan semua peringkat umur, dari kanak2 sampailah ke tua... Dia yang aku kenal memang rajin berusaha, rajin buat kerja dan bersemangat sekali dalam hidup!!...


Ingat banyak kenangan manis dengan dia saat waktu sekolah dulu, dari sekolah rendah sehinggalah sekolah menengah...bile dah besar dewasa ni nampak dia menjadi insan yang lebih kuat dan sabar menghadapi dugaan dari zaman sekolah dulu..masa sekolah dulu pun ramai yang senang dengan peribadi dia.. sampai aku pernah berfikir la, untungnya sape yang jadi suami mieza, bertuah sape yang dapat memiliki hati dia!!..senang cerita memang menantu pilihan la..

aku sebenarnya cuba nak menjadi seperti dia.. merendah diri, semua orang senang dengan kita.. tapi rasa-rasanya mesti tak boleh...hehehe... sebab ape tau..aku ni memang murah dengan senyuman tapi mesti ramai orang kata aku ni sombong sebab aku tak reti nak tegur orang dulu, nak beramah-ramah/bersembang2 dengan orang yang baru kenal..yang dah lama kenal pown kalau x rapat memang xboleh sembang kencang.. kira sebenarnya aku ni susah nak terima orang baru, susah nak percaya orang!..teruk kan??..hahaha...

hahaha..dah lari tajuk sikit. ok.. dipendekkan cerita, mieza satu dalam sejuta kot orang2 yang cenggini.. ape orang kata tu, peribadi contoh la!! =p    bukan nak bodek dia sebab dia kawan baik aku tapi selama yang aku kenal camgitu la perangai dia, dari kacamata aku itulah yang aku nampak.. moga2 mieza dapat apa yang diimpikan dan segala impiannya menjadi kenyataan..amin=p


Saturday, January 7, 2012

Hari Ini =p

assalamualaikum..=)

Ari ni ade 2 peristiwa penting..

1. Adik aku nak bawak die punye makwa berjumpe atau berkenal-kenalan dengan family aku.. hehehe.. kawan dah beberapa tahun baru sekarang nak bawak jumpe, apelah angah!!..hahaha... mesti si ema tu nervous sangat2.. aku pown excited gak nak jumpe, asyik dok tengok gambo jer.. emak abah aku mesti lagi excited kan...hahaha.... makanan dah siap sume, tinggal tunggu angah dengan ema nak datang je ni..


2. Hari ni my BFF punye besday.. cik Hamizah Zahri.. Selamat ulangtahun yang ke 25 awak!!!.. =p
semoga panjang umur dan dmurahkan rezeki selalu..moga cepat2 kawin dan moga persahabatan kita kekal 
selamanya.. Mieza antara kawan yang paling terbaik yang aku pernah ada dan jumpe..alhamdulillah, terima kasih Allah kerana mempertemukan aku dengan kawan sebaik mieza dan jugak kawan2 lain yang kadang2 diorang ni banyak memberi semangat untuk aku terus hidup dan bersemangat!!.. terima kasih juga buat mieza kerana sudi berkawan dengan aku.. harapkan dan sentiasa mendoakan kawan2 aku semuanya berjaya di dalam kehidupan dunia dan akhirat..

laporan kerja - 2

Assalamualaikum, salam untuk semua, salam satu dunia =p

Diam x diam dah dekat 3 minggu kerja kat situ..rase sekejap sebab ape tau, sebab 2 minggu berturut-turut keje hanya selama 4 hari..ari isnin bercuti..jadi tak terasa sangat macam dah lama..mungkin.. tapi 2 minggu lepas ni kene keje 5 hari seminggu..huhuhu..ok la dari orang yg keje 6 hari seminggu tu kan.. syukur alhamdulillah, keje 5 hari jer..yeah...

lepas tu pulak cuti isnin selasa untuk Chinese New Year pulak..bez2!..dah menghitung hari nak berrcuti dah pown..hehehe..tapi nanti ari rabu lepas cuti tu aku kene keje sesorang dalam team aku..2 orang lagi chinese, bos pown chinese..entahle leh handle ke idak.. sekarang ni pown dah 3 minggu kerja, alhamdulillah dah mula paham sikit2 ape task setiap hari..cume x belajar sume system lagi...baru sikit2, ewilly suruh mahirkan dulu beberapa application..

so, setiap selasa dengan khamis aku kene print report.. tugas lain macam blur2 jugak lagi sebenanya, masih nak pahamkan dia punye step tu..tapi insyaAllah dalam beberapa minggu lagi atau bulan bolehla menyesuaikan diri.. tapi kan sekejap sangat sebulan..x lama lagi dapat gaji!!..yeah, itulah yang dinanti-nantikan.. tapi ape-apepun kite keje ni keje betulkan niat kita, seikhlas mungkin ye..jangan semata-mata nak dapatkan duit gaji jer..memang la duit tu penting tapi keredhaan Allah tu lagi penting.. kalau tiada keredhaan Allah, rezeki pown susah nak masuk..kene ingat tu!!(pesan pada diri sendiri jugak)


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...