Saturday, March 31, 2012

motivasi : sabarlah

assalamualaikum...

                                     
bukan namanya kehidupan jika kita tidak diuji.. aku percaya setiap manusia akan diuji, cuma persoalannya ujian itu ringan atau berat.yang pasti setiap ujian pasti akan dapat ditempuhi kerana Allah akan menguji hambaNya sesuai dengan keupayaan manusia itu sendiri.. 

ujian datang dari berbagai rupa, kemiskinan, kekayaan, nafsu, kasih sayang, zuriat, pekerjaan, sakit dan macam-macam lagi.. kadang kita manusia selalu atau suka membanding-bandingkan dirinya dengan orang lain yang lebih darinya. lalu akan mengeluh akan nasibnya sendiri. kenapa diri tak kaya, diri tak cantik, diri tak pandai.. kita selalu inginkan sesuatu yang kita tak ada tapi kita jarang pikirkan apa yang kita ada. kita cemburu dengan kelebihan orang lain..kenapa kita tak kaya macam dia.. tapi kita tak tahu apa yang dia lalui untuk jadi kaya, dan adakah segala-galanya baik bila jadi kaya macam dia?


ada orang diuji dengan penyakit yang teruk.. keluarga yang pincang.. kurang upaya..bila kita bandingkan mereka yang kurang bernasib baik ni dengan diri kita, pasti kita akan rasa sangat bersyukur.. kita yang melihat pun tidak mampu menahan apatah lagi mereka yang memikul..tapi ketahuilah mereka insan bertuah!
mereka insan pilihan yang Allah uji.. Allah menguji hambanNya untuk menguji ketaatan mereka.. mereka manusia2 yang hebat!.. kerana Allah yakin mereka akan mampu mengharunginya dengan tabah dan sabar..



mendung hitam akan berarak pergi..hujan akan berhenti berteduh.. dan akan ada pelangi cantik yang terhias indah selepasnya.. hujung terowong juga pastinya akan ada cahaya.. begitu juga ibaratnya kehidupan..Allah tidak akan menganiaya hamba-hambaNya..Allah sayang hamba-hambanya.. Allah rindukan hamba-hambaNya merintih mengharap berdoa padaNya.. Allah akan sentiasa ada bersama-sama kita..insyaAllah.. kene yakin dengan janji Allah.. kalau tidak di dunia yang sementara ini, ganjarannya amat besar di akhirat yang kekal abadi..


rasul, para nabi dan para sahabat juga Allah uji..lihat saja nabi Allah Ayub diuji dengan penyakit, nabi musa duiji denga firaun, sedangkan nabi kesayangan Allah juga tidak kering dengan ujian.. Rasullullah s.a.w diuji dengan pelbagai ujian sebelum tertegaknya bumi islam.. inikan kita manusia biasa.. fikir dari sudut positif yang setiap ujian pasti akan ada pengakhirannya.. yakinkan janji Allah dan jangan jauh dari Allah.. aku percaya manusia yang jauh dari Allah memang akan sentiasa menyalahkan takdir yang Allah tetapkan buat mereka.. sepatutnya ujian itu akan mendekatkan diri kita padaNya.. 



sabarlah ye manusia2 yang sedang duiji.. aku tinggalkan dengan lagu indah dari mestica =p


Saturday, March 24, 2012

madu khaula...

assalamualaikum pembuka bicara
hari ini kita berbicara mengenai madu pula..
madu khauuuulaaaaa(sebutannya macam dalam tv tu..;p)



sebenarnya memang dah lama nak mencuba minum madu..
dulu2 abah beli, lansung tak pandang pown..
tetiba tergerak nak mencuba madu pulak, 
yelah..kita dok mencuba pelbagai jenis ubat2 untuk kesihatan dalaman ni..
paling banyak ubat2 untuk sembelit la..
tetiba terfikir islam sendiri dah bagi penyelesaiannya..
dah tertulis pown di dalam al-quran..
dah terbukti pown kebaikan dan khasiat madu asli ni..
lagipun minum madu amalan sunnah rasulullah..
jadi kembali pada islam..


baru cuba disiplin setiap pagi benda kedua selepas minum air masak adalah minum madu..
baru seminggu cuba, tak rasa lagi rasanya kelainannya..
apa-apapun minum madu itu cuma ikthiar..
jangan taksub pulak madu dapat sembuhkan segala penyakit..
nanti jatuh syirik pulak.. 
segala penyakit dan penawar datangnya dari Allah..
madu cuma perantara, tanpa izin Allah tak akan jadi apa-apa..


yelah..niat aku minum madu ni untuk dapat kesihatan yang baik..
kesihatan dalaman, sebab sejak akhir2 ni banyak sangat penyakit yang datang..
bila tengok emak yang terpaksa telan berbiji2 pil doktor bagi,
terus keinsafan dalam diri datang..hahaha..
aku tak nak bila dah tua nanti insyaAllah kene lalui benda yang sama..
dahla aku ni jenis penakut telan pil..
jadi dari sekarang kenelah menjaga kesihatan..
walaupun rasa dah terlambat, tapi tak akan ada yang terlambat selagi kita tidak mencuba..
di samping itu.. kenelah juga buat exercise lain jugak..



madu khaula ni memang terkenal sebagai madu asli gred A..
aku pun tak pasti madu ni ada berapa jenis..
tapi mengikut kata kakak penjual madu ni..
madu ada dua jenis - madu dari bunga (cerah sikit).. dengan madu hutan..
madu hutan yang paling terkenal madu tualang..
pokok tualang tu pulak tinggi gila.. orang kata macam pokok dongak langit..
orang yang nak ambik madu ni pown bukan calang-calang orang..
bukan semua boleh ambik macam tu jer, ada cara dia..orang yang berilmu tinggi jer..


sekarang pown para saintis masih mengkaji madu..terdapat pelbagai bahan2 yang tak diketahui namanya terdapat dalam madu..dan sesetengahnya pula memang bersifat asli.. tak dapat ditiru melalui bahan2 sintetik.. begitu kehebatan dan kebaikan khasiat madu.. cara makannya pown ada cara, bukan boleh main bantai jer, sebab kalau tak kene caranya, khasiatnya akan hilang.. minum kene awal pagi, waktu perut kosong, minum guna sudu plastik, jangan guna atau dekat dengan benda2 logam.. baca bismillah dan selawat.. simpan jangan dalam peti ais..jangan terdedah pada sinaran matahari.. 


khasiat madu memang banyak, malas nak taip kat sini.. google sendiri la yek.. 

Dari Ibnu Majah, Al-Hakim daripada Ibnu Masul (R.A): Sesungguhnya Rasulullah S.A.W telah bersabda, " Madu adalah penyembuh bagi penyakit dan Al-Quran adalah penyembuh bagi penyakit di dalam hati. Maka berubatlah kamu dengan madu dan Al-Quran".



Thursday, March 22, 2012

tabiat pelik

assalamualaikum..

ok..di tengahari yang aman damai ini terasa nak membincangkan topik 'tabiat pelik' . setiap orang mesti atau wajib akan ada la kan tabiat pelik memasing?.. ah..xde?.. tipulah..saje je nak merahsiakan la tu..

macam2 jugaklah aku dah jumpe tabiat pelik..ade yang memang tersangatlah pelik bagi aku.. ada yang macam tak percaya jer.. lebih2 lagi kan kalau kita tinggal serumah atau sebilik.. memang nak tak nak akan terkesan jugaklah tabiat pelik orang2 lain kan... contohnya : suka tidur masukkan kaki dalam sarung bantal, simpan korek telinga dalam poket.. bungkus semua barang2 dalam plastik sebab takut berhabuk, terlalu berhati-hati menggosok baju dsb..ini antara contoh yang aku tahu la..

mungkin kita sendiri tak sedar akan tabiat pelik kita.. bila orang tegur, baru kita 'eh aku macam tu ek?' macam mengigau/ meracau atau bersendor.. di luar kawalan kita.. macam aku pulak rasa-rasanya tabiat pelik aku yang paling menyerlah, suka bercakap sorang2 je la kowt.. sebab aku sebenarnya seorang yang kuat berimaginasi jugak, plus kuat membuat andaian2.. otak aku selalunya mesti berfikir macam2.. tu yang sampaikan ada masalah susah nak tidur dan kalau dah tidur, sepanjang-panjang malam bermimpi yang bukan2.. pagi esoknya mulalah menguap sana sini situ - penat kowt roh aku berjalan sepanjang malam..


entah..ada kaitan ker?..tapi yang aku tahu kekadang benda tu cuma monolog dalaman, tetiba tanpa sedar dia terluah kat mulut..dan kekadang salah satu aktiviti bulanan aku jugak.. bercakap di depan cermin, bagi memotivasikan diri sendiri..bagi up sikit semangat/keyakinan untuk terus berjuang dalam hidup ni.. fuiyoo semangat kan?..hahaha...


ok...setakat ni lah aku jumpa 2 orang yang amat pelik bagi aku.. namanya perlulah dirahsiakan kan.. sebab takut membuka aib orang lain pulak... tak tahu lah tabiat pelik atau satu penyakit?.. penyakit was2 atau penyakit terlalu berhati-hati.. ada kan orang2  macam ni.. yelah manusia, rambut pown dah lain2 warnanya, inikan pula perangai yang seribu ragamnya..belum masuk hati yang berwarna-warna lagi tu!..

k..yang baca2 ni mesti ada gak kan tabiat pelik?.. mesti ada punyelah!.. xyah lah rasa pelik.. patut rasa bangga la kowt..lain dari yang lain.. tak semua ada perangai macam tu kan?..hehehe..




SPM 2011 - Part 2

Salam khamis tengahari.. =p

Ini rentetan sejarah entri semalam.. dah tahu pown result ijah..
alhamdulillah..dapat straight A.. fuiyoo r ijah!!!
tahniah tahniah tahniah!!..
call aku bagitau result die, lepas tu terus mintak nak hadiah..huhuhu..


bangga la jugak sebagai kakak kan...
ape-apepun aku sayang dan bangga akan semua adik2 aku..
harta paling bernilai tu - family yang aku ada..

Wednesday, March 21, 2012

SPM 2011

Salam tengahari hari rabu.. =)

Hari ni result spm keluar.. x sabar2 pulak nak tahu result adik aku yang ambik spm tahun ni..
ijah2..ketawa je lebih..entah boleh skor straight A ke idak..
Adik aku sorang ni sama jer perangai dengan adik no 2 aku.. rajin belajar dan bersemangat tinggi!
harap2 nyer dapat la staright A ye ijah..
belom tahu lagi siap dah mintak aku nak bagi hadiah ape kalau die dapat sume A..hahaha..


tapi die dah salah beli tiket
besok baru ambik result spm kat mrsm balik pulau
terlambat sehari la...
mesti xde feeling dah kan..orang sume ambik ari ni..


Aku tak ingat sangat time ambik result SPM,
sebab keputusan tak berapa nak bagus kowt
paling ingat time ambik result PMR la...
sebab memang nak buktikan pada emak aku pun boleh dapat keputusan cemerlang..
bila dah masuk SPM, mula lupa diri..hahaha..
padanlah muka aku kan..dapat matriks, dapat U dengan pilihan course yang tak kene dengan minat aku..
punyelah resist x nak keje bahagian IT, last2 dapat kerja tetap insyaAllah bahagian IT jugak..
itulah dia ketentuan Allah.. hehehe...


itu yang aki dok nasihatkan ijah,
kalau boleh, jangan pilih jalan hitam..haha..
tak..pilih jalan yang betul..pilih course yang memang minat,
baru boleh pergi jauh, baru boleh berjaya dalam kerjaya dan hidup..
pikirkan course yang dah tentu2 keluar ade job..
matriks memang aku tak galakkan..sebab aku rasa tu la antara keputusan salah dalam hidup yang aku penah buat.. sekarang ni memang banyak pilihan.. lebih2 lagi untuk pelajar2 yang cemerlang..
dulu, aku langsung tak tahu peluang apa yang ada untuk sambung belajar..


melalut panjang dah nampaknya..
k..gud luck la ijah.. harap2 dapat la straight A
kaklong baji hadiah makan pizza cukuplah..hahaha..

Sunday, March 11, 2012

ceramah khas ustaz don di masjid al takwa..

assalamualaikum dan selamat pagi...

alhamdulillah, tadi maghrib dengan isyak sempat berjemaah di masjid al-takwa.. yang paling special sebab ade ceramah khas dari ustaz don danial.. penuh satu masjid sampai x muat tempat perempuan.. excited punye pasal kan nak jumpe dengan ustaz don.. selalu dok asyik tengok dalam tibi jer, 30 minit bersama ustaz don, malam ni..la ni ade kesempatan bejumpe face to face, dari jarak dekat.. sape x nak mai.. makcik2 pown rmai yang aku dok tengok minat dengan ustaz kedah ni... sampai angkut anak2 sume.. jadinya kanak2 pown turut sama memeriahkan majlis ilmu ni...:)

tajuk ceramah ustaz malam ni berkisar mengenai orang muda dalam islam... baguih jugak no tajuk ni!!.. ye lah aku tengok sekarang ni anak2 muda kita termasuklah aku semakin tertarik dengan islam.. bukan nak banding la ni dengan zaman dulu..mungkin sebab cara penarikan tu yang tak menarik minat golongan muda untuk turut sama kalau bab2 agama ni.. tapi dengan kehadiran 2 ustaz ni aku rasa menarik minat bukan sahaja golongan muda, semua golongan pown la dok ikut sama.. ustaz don dengan ustaz azhar idrus.. cara penyampaian diorang yang agak santai, lawak dan bersajaha... ramai lagi ustaz2 lain tapi yang famous 2 ni la...


tapi baguih, nak puji tv hijrah.. ye la orang2 malaysia ni sebenarnya kebanyakkannya ramai yang dahagakan program2 yang bercorakkan islam..jadi dengan wujudnya tv hijrah seiring dengan tv9, banyaklah program2 yang boleh memberi ilmu dan manfaat pada kita, orang islam.. bukan la nak kata tv lain tak baguih.. tidak sama sekali..cume pihak kerajaan dan swasta, media lebih banyak terpengaruh dengan budaya barat.. banyak dok cedok dari sana, banyak sangat dah program2 realiti yang diambil, digunapakai dan disesuaikan mengikut cara malaysia.. terlalu mengagungkan budaya barat sangat...


tapi program macam imam muda, solehah, ustazah pilihan ni sangat bagus.. bagi peluang pada golongan muda untuk memikul satu tanggungjawab.. dan peri pentingnya ilmu dalam islam bahkan ilmu dalam kehidupan seharian.... orang muda memang patut diberi peluang oleh orang2 veteran.. jadinya peluang yang diberi haruslah digunakan sebaik mungkin.. janganlah menghampakan atau mengecewakan orang yang memberi harapan pada kita.. bak kata ustaz don orang2 veteran ni jadi penasihat, penerbit.. yang golongan muda kedepan jadi segala ketua... ustaz banyak kaitkan dengan kisah zaman rasulullah dan para sahabat dengan masyarakat kini.. sedih bila lelaki2 tak pandai membaca al-quran, solat dengan sempurna.. bagaimanana mahu menjadi pemimpin keluarga?... 


panjang sangat pulak jadinya entri ni..hehehe.. sape je la yang rajin nak membacanya kalau bukan aku jugak nanti..hehehe.. maap la ini perkongsian tentang apa yang aku rasakan.. ikhlas jauh dari lubuk hati yang paling dalam...terasa memang diri tak layak nak bercakap mengenai ilmu agama lebih2 sebab diri kurang arif.. ok la setakat ini sahajalah ye..:)

Saturday, March 10, 2012

laporan kerja - 4

assalamualaikum..

bertemu kita lagi dalam siaran laporan kerja..hehehe.. xtahu lah berapa banyak sirinya.. excited asyik nak bercerita pasal kerja je kan.. workalkali (x reti r nak tulis perkataan sebenar) betul!!.. 

erm...dah dua bulan lebih kerja..alhamdulillah dah semakin terbiasa dengan kerja ni.. kerja ni pown dah pandai menyesuaikan dirinya dengan diri aku.. hahaha... terasa seperti mendapat kakak angkat jer, ewilly.. she's very concern!!.. terlebih mengambil berat!!.. 2 tiga empat menjak ni aku tak berapa nak sihat.. dia nampak aku macam x selesa jer, jadinya berbakul2 advice dia bagi..tip kesihatan, diet, dan macam2 lagi...
Thanks ewilly!! :) terasa sangat dihargai..

minggu lepas, adelah orientation training.. memang x suka training2 bagai ni.. lebih2 lagi orientasi.. terasa macam zaman2 sekolah dulu, ade ice braking la, apekebenda lah yang leceh2 lagi.. x boleh ker ice tu pecah sendiri, nak kita jugak kene pecahkan..hehehe... dah le 8 jam kat dalam bilik tu!!.. tapi xdelah x bez sangat seperti apa yang aku gambarkan.. die adelah sesi memecahkan ais tu, cume kurang la aktiviti2 bagai.. tapi bosan la pulak, asyik dok dengar orang je bercakap..bercakap pulak pasal company..fakta!!.. bosan kowt!!.. dah leh chinese2 ni cakap laju2.. saje je la melakonkan diri untuk dengar dengan teliti.. padahal mata mengantuk yang amat.. selamat jugak jumpa budak nama farina..xde lah budak, pangkat kakak jugak le.. die macam kira secretery CEO tu!!.. dato ...... dok berbual dengan die je la!..macam dah lama kenal pulak!.. lagi satu makanan die provide.. pergh!!.. memang sangat sedap!!..

minggu depan..aku cuti 2 hari AL...baru nak terasa bercuti!!..yehaaaa... sebenarnya ade sebab ambik cuti ni, tapi x dapat nak melawan takdir Allah, perancangan yang dirancangkan tu tak jadi... jadinya aku pown bercuti saje je la..duduk berehat tidor kat umah..hehe.. ape-apepun tahniah esok majlis tunang kawan baik aku jugak.. ana.. semoga segala yang dirancang berjalan lancar ye ana.. insyaAllah..


k, nak bersiap2 nak berjumpe dengan ustaz don..:)

Friday, March 9, 2012

rasa-rasa

rasa yang bercampur baur..rasa gembira tapi pada masa sama hati dijentik rasa risau.. 
rasa bahagia bila masih ada insan yang masih sudi mengambil berat..
rasa dihargai bila ada insan yang begitu perihatin membantu sedaya upaya..

rasa-rasanya apa yang dirasakan kala ini sama keadaannya seperti rasa dulu2..??
rasa yang dulu sampai kini terasa tak pernah hilang rasanya..
kesimpulannya bukan mudah menukar rasa...





sambungan entri lepas

assalamualaikum..

ye..ini rentetan dari entri yang lepas..ye la sume perempuan nakkan lelaki yang beriman, baik, handsome kan.. sape la yang nak bersuamikan lelaki yang kaki baran, kaki pukul dan yang sekelompok dengannya.. samalah jugak keadaannya lelaki mestilah nak cari calon-calon isteri yang baik2 kan...

selalu dengar lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.. mungkin betul la kowt kan.. kalau sebaliknya, mestilah ade sebab musababnya.. Allah mungkin nak menguji kita jika pasangan kita x berapa nak baik.. mungkin dengan kebaikan suami/isteri yang akan mengubah sikap suami/isteri yang kurang baik menjadi lebih baik...insyaAllah

sebenarnya isi pokok yang nak disampaikan kalau kita nak lelaki dengan ciri2 yang kite idam-idamkan, kita sendiri kene jadi calon pilihan terlebih dulu kan...samalah jugak dengan pepatah "mengukur baju di badan sendiri" ye dak?.. sama la jugak dengan kawan aku pernah cakap "kite sendiri kene menyayangi orang lain dulu, barulah orang lain akan sayang kita"... sesangatlah betul!!.. macam pepatah inggeris juga " what you get is what you give" (lebih kurang la..entah betol tidak)... jadinya kesimpulannya HIDUP PADA MEMBERI..


pandai jer kite tulis kan, memang senang nak menulis.. tapi nak melakukannya bersesuaian dengan apa yang kita tulis tu lah selalunya yang menjadi masalah...hehehe...xper2 menulis ni sebenarnya bagi motivasi atau inspirasi kat diri terlebih dulu.. 

penutupnya, marilah kite bersama2 bermuhasabah diri.. sama2 lah kita memperbaiki apa yang patut, memperbaiki diri kita ke arah kehidupan yang lebih baik.. insyaAllah :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...