Sunday, March 7, 2010

rasuk..



akhirnya habis jugak bace novel ni...agak kecewa sebenarnya dengan pembelian buku ini..ingatkan novel thriller la sangat..bace2 dari awal macam best, pasal ade kaitan dengan deria keenam..biler masuk part hisyam dengan julia still best lagi sebab watak hisyam yang agak kelakar..tapi masuk cerita haikal dengan nurlisa ade rase boring sikit..dan selepas separuh dari buku habis dibace, terus hilang mood nak bace dan beralih pada buku kedua..

dan bile tiba hari2 boring macam hari ni, terluangla jugak masa untuk menghabiskan buku ni..
start dari bangun pagi tadi, terus bace..dan tetiba jadik menarik balik, baru ada unsur2 saspens dan thriller tu..biler haikal sering diganggu dengan roh nurlisa..sampai tertidor2 bace dan berderet mimpikan hantu..

kesimpulannya cerita ini mostly berkisar mengenai konflik percintaan antara julia, haikal, hisyam dan nurlisa..sangat seram dengan perwatakan nurlisa, sangat tertarik dengan watak hisyam dan sangat meluat dengan watak haikal...

nurlisa digambarkan sebagai seorang perempuan yang berani dan agak psyko..segala kemahuannya mesti dituruti..dia akan berusaha mendapatkan apa yang diinginkan dalam hidupnya walaupun secara paksaan..dan haikal antara kemahuan yang diingini sehinggakan rohnya terus-terusan mendambakan haikal..

perwatakan haikal pula, seorang yang tegas dengan kemahuannya, romantik tapi senang leka dengan keindahan duniawi..die berjaya mendahului hisyam dalam memenangi hati julia namun cinta yang wujud antara mereka makin jauh disebabkan faktor jarak..dia makin hanyut dan leka dengan pesona nurlisa yang akhirnya membawa kepada pengakhiran yang tragis..

hisyam, seorang yang sangat kelakar, penuh dengan humor dan agak pengecut dalam meluahkan perasaanya pada gadis yang dicintainya yang akhirnya die sendiri yang kempunan biler gadis impian dirampas oleh kawan baikknya sendiri...tapi die sentiasa ade di waktu julia suka dan duka..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...