Wednesday, June 6, 2018
Motivasi : Ujian dan kehidupan
Bukanlah dikatakan kita tak mampu berbuat apa2 dan menyerah pada takdir semata. Kita boleh merancang kehidupan kita mengikut kehendak dan pemikiran kita, tetapi apa yang bakal terjadi pada kehidupan kita tak semestinya mengikut perancangan kita. Allah jua sebaik2 perancang.. Dan setiap perancangan Allah pasti terselit hikmah yang kita sendiri tidak tahu..
Berbaik sangkalah dengan Allah selalu. Ujian tidak akan salah memilih siapa penerimanya. Kerana hanya yang terpilih dan kuat yang layak untuk diuji. Bersabar dan redha, pasti kekuatan dan ketenangan akan menyusul..
#peringatanuntukdirisendiri
#kehidupansatubentukujian
#takdapattidur
#terlebihcoffeemungkin
#salamramadhan21
Saturday, April 28, 2018
Menghargai
Terasa seperti cerita tergantung yang tak habis diluahkan. Jadinya kita sambung semula pagi ini.. Sebab kita milik Allah, dan tiada apa2 di dunia ini yang bersifat kekal abadi, maka kita kena sentiasa HARGAI apa yang kita ada sekarang..
Masa yang tersisa kita kena hargai sesungguhnya. Kerna kita sendiri tidak tahu bila ajal akan menjelma. Ada orang sakit yang sudah putus harapan untuk hidup, tetapi keajaiban terjadi dan Allah beri peluang kedua pada dia. Bersyukur sesangat dan berjanji tidak akan sia - siakan masa yang dia ada. Ada orang sihat walafiat paginya, petangnya tetiba sakit dan terus meninggal dunia.. Sesunguhnya kalau dia tahu dia akan meninggal petangnya, pasti dari pagi dia tak berhenti solat dan memohon ampun pada Allah.. Ada orang dia tercari2 arah tuju hidup dia lagi.. Dia banyak membuang masa. Masa tak akan berpatah kembali, masa akan terus berjalan tanpa menunggu kita walau sedetik. Alangkah ruginya hidup kita andai masa yang ada kita sia-siakan.
Hargai insan2 sekeliling kita. Yang cukup bermakna dalam hidup kita. Emak ayah kita yang kalau kita perhati wajah2 mereka yang banyak berubah dari kecik sampai sekarang. Ya Allah, emak ayah adalah insan yang banyak berkorban dalam hidup kita. Hargai sesungguhnya jasa mereka, bahagiakanlah mereka sehingga akhir hayat mereka. Pada suami/isteri/anak2, mereka adalah amanah kita, tanggungjawab kita. Hargai setiap detik dan masa bersama orang tersayang. Takkan dapat dinilai dengan wang ringgit..
Ketawa, senyuman, tangisan, kebahagian, memori, kesihatan, dan nikmat2 lain yang kadang kita tak sedar wujudnya, semuanya harus kita hargai dan syukuri sentiasa. Pengalaman pasti mematangkan hidup seseorang. Cherish individual of moments. Pastinya ia akan jadi memori yang terindah..
#motivasidiribuatdiriyangselalulupa
#takdapattidur
#merepekpagibutadisini
Thursday, April 26, 2018
Semuanya bukan milik kita...
Semuanya bukan milik kita. Hakikatnya apa yang kita rasakan milik kita, sebenarnya hanya pinjaman sahaja. Emak/Ayah, Suami/isteri/anak2 dan orang2 yg kita sayang semuanya pinjaman Allah pada kita. Sampai masa dan ketikanya, mereka satu persatu akan tinggalkan kita. Atau kita yang akan pergi tinggalkan mereka.
Kalau sekarang kita mampu bangga dengan apa yang ada. Kerja yg bagus, kesihatan yg baik, harta yg melimpah, dan lain2.. Kita rasakan hidup kita sudah cukup sempurna. Ingatlah itu semua bukan milik kita untuk selamanya. Seiring usia, bila kesihatan kita dah semakin kurang baik, kerja yg bagus akan pergi, harta yg banyak semakin berkurang, kawan2 yg ramai semakin kurang, yang tinggal hanya kawan dan saudara rapat. Saat itu baru kita tahu siapa yang ikhlas menyayangi kita..
Jadi apa yang tinggal pada kita kalau semuanya pinjaman? Dunia ini juga pinjaman, transit sementara menunggu alam kematian dan alam akhirat. Ya Allah, jika direnung kembali satu persatu, memang kami tiada apa2.. HambaMu yang terlalu kerdil disisiMu.. Allah jua yang maha Besar. Dengan sifatMu yg maha pengasih lagi maha penyayang, hidup ini akan lebih beerti jika sentiasa dalam rahmat dan kasih sayangMu..
Jadi berbalik pada persoalan tadi. Memang kita tiada apa2.. Kita sendiri milik Allah.. Jadi kita perlu sentiasa bermuhasabah diri sendiri. Perlu sentiasa berfikir kembali tujuan kita hidup di dunia ini..jadinya di akhir hayat kita, sebelum kita bertemu dengan pencipta kita, kita mampu membawa sedikit bekalan akhirat. Mampu mengucap dan meninggal dalam keadaan baik. Tiada apa yang kita harapkan kecuali dibangkitkan dalan keadaan baik, dan dikumpulkan bersama dalam syurgaMu..
Aminnn....
#motivasidiribuatdiriyangselalulupa
#ampunilahdosakamiYaAllah
#masukkanlahkamidalamsyurgaMu
Thursday, November 30, 2017
Ujian
Aku bersyukur masih punya emak dan abah. Sejujurnya aku tak mampu membalas jasa2 mereka berdua sejak aku kecik sampai sekarang. Walaupun aku hanya hendak membahagiakan mereka berdua tapi aku lah yang sering membuatkan mereka risau. Maapkan kaklong abah, emak.. Begitulah nilai kasih sayang emak abah pada anak2.. Insyaallah kalau ada rezeki lain, mungkkn aku juga akan turut sama rasa apa yang mereka rasa.
Aku bersyukur masih ada adik beradik dan kawan2 yang banyak memberi sokongan dan mendoakan yang baik2 untuk aku. Terima kasih kalian semua. Aku tahu dan kenal siapa mereka. Aku juga berharap aku akan ada untuk mereka jika mereka memerlukan aku di waktu susah mereka.
Aku amat bersyukur pada separuh jiwa aku. Ada disisi saat aku memerlukan. Terima kasih abang!!. Kita berdua rasa kehilangan. Insyaallah Allah akan gantikan dengan yang lebih baik. Janji kasih sayang antara kita terus subur mewangi. Kita harungi semua dengan kuat sama2 ya abang..
Aku redha ya Allah. Engkau lebih mengetahui apa yang terbaik untuk aku.
Engkau kuatkan hati aku dan berikan kesabaran buat aku. Aku yakin semua yang berlaku ada hikmahNya. Insyaallah..
Thursday, November 2, 2017
Konsep kasih dan sayang
Tapi kalau berkenaan kasih sayang bagi aku tiada kompromi.. Kita kena tamak dalam berkasih sayang. Biar kita sayang ramai orang, nanti lagi ramai orang yang akan sayang kita balik. #sebarkankasihsayang..
Walau kadang kita tak kenal orang tu, tapi kita sayang pada dia. Meluas sebenarnya perkataan kasih sayang itu sendiri. Memperingatkan orang, menegur salah orang, memberi salam, senyum.. Semuanya tanda kasih dan sayang kita..
Biasanya kalau kita sayang sesuatu benda/seseorang kita akan jaga dia baik2.. Contohnya macam kereta, kita hantar servis, cuci dan segalanya la supaya di kemudian hari dia takkan meragam kan? Betul tak? Kita sayang dia, dia sayang kita balik.. Kalau kita biarkan dia, gunakan dia tanpa kasih sayang, cepatlah dia merajuk dengan kita, dan macam2 la rosaknya, dan banyaklah duit yang keluar.. 😑
Macam tu jugak hubungan sesama manusia. Kalau kita sayangkan seseorang kita pasti jaga baik2 hubungan itu.. Supaya kekal bahagia di kedua2 belah pihak..
Sama juga hubungan dengan Allah.. Kalau kita jaga Allah, Allah akan jaga kita.. Insyaallah.. Malah Allah akan bagi kita lebih dari apa yang kita bagi pada Allah.. 'maka nikmat manakah yang kamu dustakan?'.. Cuma kita selalu leka dan lupa akan sekian banyak nikmat yg Allah bagi.. Terlupa untuk bersyukur dan berterima kasih.. 😥😥😥
#sekian
#selamatmalam
#takbolehtidor
#emositerganggu
#membebel
Wednesday, November 1, 2017
01 November 2017
Bukan aku yang meminta, tapi begini suratannya. Aku tak mampu melawan, dia tetap datang saat aku paling lemah, saat aku tidak bersedia.. Aku sepertinya mengikut sahaja kehendaknya, rela dalam terpaksa.. Kadang aku larut dan asyik sekali dalam dakapan dan nyanyiannya.. Sehingga terbawa ke alam tanpa sedar..
Aku tahu aku tak patut hanyut dengannya. Tapi siapalah aku, insan kerdil yang begitu lemah sekali.. Dan ku akui walau sekuat mana diri aku, aku tak akan mampu melupakannya kerana aku memerlukan dia..
EMOSI... Bila sudah menangis, baru terasa puasnya.. Walau kadang tiada apa yg perlu ditangiskan. Ya, kita tak akan jadi lemah disebabkan menangis, tapi menangis buatkan kita jadi insan yg lebih kuat dan matang. Esok adalah hari baru yang akan jadi lebih baik dari hari ini!! Bangkit dan senyum dengan penuh harapan!!..
#emositerlebih
#hormontakstabil
#merepektengahmalam
#dirisendiripendengarsetia
Saturday, May 27, 2017
Amukan Jembalang Tanah - A.Darwisy
Assalamualaikum dan salam Ramadhan semua..😀😀😀
First time masuk pertandingan and kena buat review novel kat Goodreads. Dah lama sangat tak mengulas novel sebenarnya. Tapi disebabkan baru je habis baca novel ni semalam, jadi idea pun fresh lagi, bolehla mengulas sikit2..
Ok..tapi panjang sikit. Mintak2 ada rezeki menang ye..hehe..
Review Amukan Jembalang Tanah
Novel yang ditunggu-tunggu selepas sequal Jangan Biarkan Dia Masuk 2.. Insyaallah karya saudara Anuar tidak pernah menghampakan, sarat dengan ilmu dan mesej dakwah yang baik dengan plot dan gaya penulisan yang menarik. Ceritanya seolah-olah dekat dengan hati kita dan kita seakan 'hidup' dan menjadi sebahagian daripada watak-watak cerita..
Amukan Jembalang Tanah mengisahkan mengenai rahsia sebuah sekolah di dalam sebuah kampung yang dikatakan kebal dari ditawan pihak jepun. Diceritakan sekolah itu ada penjaganya. Sebelum wujudnya kampung itu, sudah wujud makhluk penjaga itu.
Kini usia sekolah itu mencecah 100 tahun. Bermula dengan majlis sambutan yang dirancang pihak sekolah maka bermulalah rentetan peristiwa yang membuka rahsia 100 tahun dahulu.
Kehilangan pelajar bernama Sakinah yang akhirnya dijumpai mati membuatkan kawan-kawannya, Mira, Natrah dan Kaisara cuba untuk menyiasat. Cikgu Mastura Dan Cikgu Badrul turut sama membantu. Dalam proses itu, pelbagai kejadian yang berlaku. Rahsia terungkap sedikit demi sedikit dan akhirnya kebenaran terserlah jua.
Siapa 'pelakunya' di akhir cerita sangat tidak dijangkakan. Kesudahan yang sangat baik sebenarnya kerana rahsia 100 tahun terjawab. Setiap yang berlaku ada hikmahNya. Setiap yang bermula pasti ada pengakhirannya. Akibat terpaksa ditanggung demi perbuatan sendiri.
Hubungkait antara zaman kini dan zaman 100 tahun dulu ada kesinambungannya. Penulis bijak menyusun dan mengarap kemas plot demi plot. Setiap watak juga ada perwatakan penting yang saling berkait antara satu sama lain.
Saya paling terkesan sekali dengan watak Razali. Guru muda dari luar yang menjadi tenaga pengajar di sekolah itu. Dia berjaya membuka mata hati sekumpulan kecil penduduk kampung untuk melawan kebatilan dan kemungkaran yang berlaku di sekeliling mereka. Hatinya yang lembut, tetap mendoakan rakan sejawatnya yang jauh terpesong akidahnya. Dan dia ikhlas menerima Salmah walaupun tahu siapa Salmah dan keturunannya yang sebenar.
Banyak mesej yang disampaikan dan banyak pengajaran yang kita boleh jadikan tauladan dan sempadan, insyaAllah.. Sesungguhnya perbuatan syirik itu satu perbuatan dosa besar dan mengundang bala Allah. Makhluk tidak berkuasa. Allah jua yang maha berkuasa. Apa jua kesusahan yang menimpa dan bala bencana yang berlaku hasil jahil tangan-tangan manusia sendiri. Sama-sama kita bermuhasabah diri supaya bertaqwa kepada Allah, mengikut segala perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya. Semoga Allah memaafkan dosa-dosa kita.
#pesanpadadirisendirijuga
#pesaningatmengingati
Diharapkan untuk novel seterusnya, penulis dapat mengembangkan lagi watak Melah dan Salmah. Mengenai hantu tenggelong/balan-balan/penanggal.
Semoga saudara Anuar terus sukses dalam menghasilkan karya-karya yang bermutu dan memberikan sesuatu kepada masyarakat.
Teringat kasih!!
#orangkampung
Tuesday, May 16, 2017
Masalah dalaman
Assalamualaikum n selamat tengahari semua..😊😊
Tetiba terasa nak bercerita pasal masalah paling serius yang saya ada dari kecil sampai sekarang.. iaitu masalah keyakinan diri.. n saya nak fokuskan pada masalah pergaulan dengan orang sekeliling..
Saya takut untuk memulakan perbualan dgn orang yg x dikenali. Saya ada perasaan takut untuk ditolak, diperlekehkan ataupun dihiraukan oleh orang lain. Saya takut untuk bersuara sebab pikir tiada orang yang akan mendengar dan memberi respon.. Berat kan masalah saya??
Jadilah saya seorang yang pendiam, pemalu dan seorang yang banyak memendam rasa. Saya suka pada kesunyian, keseorangan..
Lebih teruk lagi saya memberontak pada emak saya sendiri. 😞😞
Tapi alhamdulillah dari masa ke masa, saya dapat perbaiki sedikit Demi sedikit.. kalau ada orang baru, saya Cuba ringankan mulut untuk menyapa.. Cuma dengan lelaki perasaan malu tu masih menebal.. Tapi tengok jugak Jenis lelaki yang macam mana.. kalau saya rasa selesa, saya boleh bersembang.. biasanya dgn orang yang memang banyak cakap, Jenis lembut2 sikit, atau pun dah memang kenal lama sangat..
Kalau yg Jenis senyap macam saya, memang krik2 la jawabnya.. x bercakap langsung.. ataupun dengan orang yg dalam diam saya minat.. mmg kalau cakap pun x boleh pandang direct muka atau mata dia.. ataupun ada Jenis yang memang Tak masuk atau x ngam.. mmg tak akan bercakap atau tegur jugak..
Tapi saya Cuba juga untuk jadi seorang yang peramah, ringan mulut.. x naklah orang label kita sombong kan. #siscuba..
Mana yang kenal saya mesti dah paham perangai saya macam mana.. saya akan banyak bercakap bila saya tengah excited.. pasal sesuatu yang saya suka atau dengan orang yang saya memang selesa bercerita dengan dia.. kalau tak, memang saya akan jadi pendiam..
Teringat dulu masa kat sekolah membawa ke uni memang tak bercakap dengan lelaki. Kira bertuah siapa yg dapat cakap dgn saya..hahaha (lebih2 pulak)..
Bila dah start masuk work environment, pergaulan jadi lebih luas sikit.. perempuan tak ada masalah langsung. Saya pikir dulu saya tak akan kahwin sebab sebelum tu mesti kawan Dan berkenalan dengan lelaki dulu kan??..
Tapi sebenarnya dengan tunang saya sekarang pun tak banyak cakap.. haha..
Teknologi memudahkan hubungan saya dengan dia.. kalau saya Jenis pendiam, dah tentu2 saya tak suka borak lama2 kat phone kan..
Ok..sekian sahaja sesi merepek saya tengah hari ni..
Dah dekat dah nak Ramadhan..😀😀
Tuesday, December 27, 2016
Kak Sarimah
![]() |
| kak sarimah dok sebelah sy..pakai tdung biru |
Monday, December 12, 2016
selamat hari kelahiran
selamat hari kelahiran kecintaan dan kesayangan Allah..
selamat hari kelahiran pemimpin kesayangan ummat..
selamat hari lahir peribadi mukmin sejati..
selamat hari lahir ya rasullullah...
rasul pembawa rahmat ke sekelian alam...
junjungan besar kami, penghulu kami, pembawa syafaat kami...
selawat dan salam buat mu..
alangkah indahnya jika dapat bertemu denganmu..
tapi alangkah malunya diri ini yang penuh dengan dosa..
alangkah bersyukurnya menjadi ummatmu..
syafaatkan kami di sana nanti..
Ya Rasulullah, salam dan cinta buatmu..
salam maulidur rasul..
Sunday, December 11, 2016
#muhasabahdiri
*MUHASABAH DIRI*
*Waktu berlalu begitu pantas* menipu kita yg terlena, belum sempat berzikir di waktu pagi, hari sudah menjelang siang, belum sempat bersedekah pagi, matahari sudah meninggi.
*Cadangnya* pukul 9.00 pagi hendak solat Duha, tiba-tiba azan Zuhur sudah terdengar, teringin setiap pagi membaca 1 juzuk Al-Quran, menambah hafalan satu hari satu ayat, itu pun tidak dilakukan.
*Komitmen* tidak akan melewatkan malam kecuali dgn tahajjud dan witir, walaupun hanya 3 rakaat, semua tinggal angan-angan.
Beginikah berterusannya nasib *hidup* menghabiskan umur? Berseronok dgn usia?
Lalu tiba-tiba menjelmalah *usia* di angka 30, sebentar kemudian 40, tidak lama terasa menjadi 50 dan kemudian orang mula memanggil kita dgn panggilan "Tuk Wan, Tuk Nek" menandakan kita sudah tua.
Lalu sambil *menunggu Sakaratul Maut* tiba, diperlihatkan catatan amal yg kita pernah buat?
Astaghfirullah, *ternyata tidak seberapa* sedekah dan infak cuma sekadarnya, mengajarkan ilmu tidak pernah ada, silaturrahim tidak pernah buat.
Justeru, apakah ruh ini tidak akan melolong, meraung, menjerit menahan kesakitan di saat berpisah drp tubuh ketika *Sakaratul Maut*?
Tambahkan usiaku ya Allah, aku *memerlukan waktu* utk beramal sebelum Kau akhiri ajalku.
Belum cukupkah kita *menyia-nyiakan* waktu selama 30, 40, 50 atau 60 tahun?
*Perlu berapa tahun* lagikah utk mengulang pagi, siang, petang dan malam, perlu berapa minggu, bulan, dan tahun lagi agar kita bersedia utk mati.
Kita tidak pernah merasa kehilangan waktu dan kesempatan utk menghasilkan pahala, maka 1000 tahun pun *tidak akan pernah cukup* bagi orang-orang yg terlena.
*Astaghfirullah*,
Saturday, December 10, 2016
03122016 - majlis pertunangan
Wednesday, November 23, 2016
first time admitted
assalamualaikum...
dah msuk hari ketiga kat wad arini.. dari petang isnin ritu.. sekarang tengah kebosanan, menunggu bila boleh discharge..
tapi alhamdulillah result scope n ultrasound normal. tak ada penyakit yang berbahaya.. cuma ada gastrik and sikit asid reflux kat dalam perut. ultrasound pulak sama macam buat tahun lepas, still ade salur darah yang bengkak kat belakang hati.. doctor panggil haemagoma kowt ( x pasti ejaan die) tapi kata tak bahaya.. kadang2 on off jgak sakit kat situ.. n rasanya cyst pun still ade kat belah ovari kiri.. tapi ni disebabkan hormon. selagi tak besar, x bahaya sangat rasanya..
nak cerita first time buat scope.. kena buat atas bawah pulak tu.. sebab mulut gatal cakap ada masalah cirit birit, sbb sblum2 ni slalu sembelit.so doc syak ade syndrom IBS atau dipanggil usus sensatif.. tapi sebenarnya ok jugak sbb dari dlu pun mmg nak check keadaan usus..cuma takut nak g hospital. ni dah alang2, buat je la..
malam sebelum tu yang siksa sebab kena habiskan air masin.. untuk bersihkan usus.. sampai 5 jag kena minum air masin tu dan x smpai 1 minit akan berulang alik ke bilik air.. seksa jgak la sebenarnya nak abiskan air tu..
bila nama dah kena panggil, bedebar smacam.. first time kena tolak dok baring atas katil jugak.. bile dah smpai kat bilik scope tu, bukannya boleh terus buat.. lama menunggu.. sebenarnya menunggu tu pun seksa gak. macam2 benda dok pikir, semua ayat al quran yang boleh baca dibaca, selawat bnyak2 kali. tak tau bape lama kena tunggu tapi ade la jgak dekat 30min kowt..
then bile dah kena sorong msuk bilik tu, tgok nurse, tgok doctor dah sedia, tgok alatan2, lagi la bdebar smacam.. bile die mcam nak start je, suruh bukak mulut n baring mengiring.. tiba2 terus pengsan.. sedar2 je dah ade kat luar bilik.. mmg x ingat langsung. xde rasa sakit pun sebenarnya.. cuma rasa pening..n perut penuh dengan angin..
antara pengalaman yang tak boleh dilupakan.. harapnya ini yang pertama dan terakhir kena buat scope. sama2 doakan kesihatan sy ye.. ssh nk jaga kesihatan lebih2 lagi tang mkanan dan senaman. makanan yang x sihat tu la favorite food.. dah terbiasa ssh nak ubah habit makan makanan yg sihat.
alahai... tapi bile dah sakit.. menyesal pulak tak jaga pemakanan kan.. tahun dpan dah nak masuk 3series, lagilah mcm2 pnyakit boleh ada kalau still x jaga pemakanan.. boleh tahan degil gak saya ni sebenarnya..hehe...
Thursday, November 17, 2016
tazkirah 17112016
kita semua punya visi untuk masuk syurga kan? jadi misi kita salah satunya mati dalam keadaan baik..
2) tahajjud - solat malam, bangun untuk mrngadu, menangis padaNya
3) tawakal - berserah diri sepenuhnya pada Allah setelah berusaha
Sunday, November 13, 2016
untitled & unedit
assalamualaikum..
tandus ini, tapak kaki kita berpijak.
di bawah naungan langit illahi.
kita pasak kukuh iman dalam diri.
kita bina benteng jati diri islam.
semangat perjuangan islam tidak akan pernah sirna.
selagi terbit mentari dan bulan,
selagi azan bersahutan berkumandang, selagi mana Al Quran menjadi kitab panduan, selagi itu syiar islam akan terus tertegak di muka bumi ini..
Saturday, November 12, 2016
update
Tuesday, August 9, 2016
cinta hati: belahan jiwaku
"Ya Allah, jika dia benar untukku, dekatkanlah hati kami, permudahkan urusan kami..namun jika dia bukan milikku, aku redha.. pertemukan aku dan dirinya dengan belahan jiwa yang Engkau telah takdirkan. Hanya Engkau yang lebih mengetahui, sedang hambaMu ini tidak mengetahui"..
"Ya Allah, jangan biarkan aku hanyut pada cinta duniawi.. jangan biarkan aku leka mengemis cinta manusia.. hanya Engkau pemilik cinta yang agung.. pemilik cinta hakiki.. jadikan cintaku sebagai sandaran untuk cintaMu.. "...
hanya kepada Engkau aku berharap, kumohon apa yang telah Engkau takdirkan.. kuharap dia adalah yang terbaik untukku..kuharap dia ditakdirkan untukku.. aku bersyukur atas segala nikmat yang telah Engkau kurniakan.. aminnn...
#jodohpastibertemu
#jodohberdua
#engkauditakdirkanuntukku
#penghujungcintaku
#doaseorangkekasih
Wednesday, August 3, 2016
sentap dan sensitif
adat la kan bukan semua orang akan sukakan kita walaupun kita tak ada cari gaduh/masalah dengan dia. kita sendiri pun kadang2 ada tak suka dengan orang tertentu dengan alasan dan sebab yang tertentu. tapi ada juga tak suka seseorang tanpa sebab??.. kadang kita tak ambil kisah/jaga tepi kain orang, orang lain yang dok sibuk jaga tepi kain kita/sibuk menjaja cerita kita yang entah betul atau tidak..
tapi serius..benda cengini memang selalu berlaku dalam masyarakat kita. tak yah tengok jauh, kadang dalam keluarga sendiri, sedara mara sendiri atau pun berlaku dekat tempat kerja kita.. masalah kat sini sekarang, kita ambik kisah ke bila orang lain sibuk mengumpat pasal kita??.. of course lah kan lebih2 lagi perempuan yang berjiwa sensitif.. memang akan lebih sentap bila kita tahu siapa dalangnya.. depan kita baik, belakang kita hantu. depan kita cakap manis, belakang kita mengutuk, mencaci..
kesian sebenarnya orang cenggini..pathetic!!.. mesti dia tak bahagia dengan hidup dia sendiri, sampaikan sanggup menganggu kehidupan orang lain. masalahnya dia dah menjadikan seseorang mangsa fitnahnya.. jangan meremehkan kuasa lidah dan mulut yang berkata-kata.. lidah lagi tajam daripada mata pedang. dan orang yang memfitnah orang lain berdosa besar dan seumpama makan daging saudaranya sendiri...
kita cuma manusia biasa. ada orang sukakan kita, alhamdulillah. kita bukan boleh paksa semua orang suka dengan kita. kita pun tak sukakan semua orang kan?..tapi kan ada kita ambik kisah kata2 oarang yang tak sukakan kita tu?? bergantung juga sebenarnya pada jenis orang. kalau orang yang hati batu tu, lantaklah nak cakap apa pun pasal dia, asal dia tahu, dia hepi dan bahagia dengan hidup dia sekarang. tapi ada orang yang jenis sensitif, memang akan makan dalam.. sebelum tidur tegiang-ngiang cakap orang..sakit hati dan persoalkan kenapa orang tu tak suka dia.. ok la kalau dia jenis cepat lupa..kalau yang jenis pendam, lama2 jadi dendam pulak. sampaikan sakit mental pulak..hehe..
nasihat kita, let it go je.. pekakkan telinga, buat bodoh.. mulut orang mana kita boleh tutup.. lama2 bila penat senyap la dia tu nanti.. lagipun dia yang rugi. tambah dosa dia, tambah pahala kita. biarlah dia, kesian orang2 cenggini, kurang kasih sayang dan perhatian. kita teruskan je hidup dengan semangat positif.. ramai lagi yang sukakan kita. yang paling penting Allah sayangkan kita.
#luahanhati
#terpanjangpulak
Tuesday, June 21, 2016
Ramadhan 16
assalamualaikum..
apa khabar puasa harini? apa khabar iman harini?... diam tak diam harini dah masuk 16 Ramadhan. sekejap sangat. sungguh.. cepat betul masa berlalu..
niat dihati nak tulis disini setiap hari sepanjang Ramadhan, akhirnya macam biasalah.. semangat mula2 je..hehe..
masih berbaki 14 hari lagi ni.. jom kita sama2 rebut pahala berganda.. lebih2 lagi 10 malam terakhir tu.. harap2 semangat ni terus ada la smpai hujung Ramadhan.. ;)
