Saturday, July 24, 2010

Air Selusuh..

Makcik2 yang duduk kampung mesti tahu bile tanya pasal air selusuh.. nurse2 kat klinik atau hospital pun mesti tahu dan marah2 bile tahu pesakit minum air selusuh tu.. 



apa air selusuh?

air selusuh tu mengikut kata2 orang tua ialah air untuk memudahkan proses bersalin. Biasanya isteri2 atau perempuan2 yang mengandung la yang dok minum air ni.. Ikut satu sumber, air selusuh ni sebenarnya air kosong/air masak yang dibaca dengan ayat2 al-Quran... Nak katakan yang sebenarnya semua orang boleh buat air selusuh yang senang ni, tp sesetengah orang lagi percaya dengan bomoh2/dukun2.. padahal ayat yang digunakan cuma selawat, al Fatihah, 3Qul dan ditambah dengan surah Al-Maidah... tapi kalau ada bacaan lain yang mengarut2 tu x tahulah kan...

kenapa nurse cukup marah bile pesakit minum air selusuh ni?

Sebenarnya air selusuh ni niatnya baik iaitu untuk mengurangkan kesakitan bile nak meneran tu, memudahkan proses kelahiran..tapi kenapa boleh jadi sebaliknya.Mengikut pengalaman2 nurse2, bakal2 ibu yang minum air selusuh tu mesti akan mengalami sakit yang sangat teruk.. sebenarnya yang orang ramai x tau bile masa yang sesuai untuk minum air tu...mengikut sumber dari yang aku baca, air selusuh ni hanya boleh diminum bilamana bukaan rahim lebih pada 6inci..biasanya lepas air ketuban pecah..sekiranya diminum awal daripada itu, boleh menyebabkan kesakitan yang amat sakit pada bakal2 ibu..


kesimpulannya air selusuh ni cuma alat untuk membantu, seelok-eloknya harapan dan doa disandarkan hanya pada Allah..ada sesetengah tu begitu taksub dan percaya sangat pada nasihat2 orang tua hingga aku rasakan mungkin boleh membawa pada syirik..yakin pada kuasa air selusuh pula..x sepatutnyalah kan..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...