Tuesday, July 20, 2010

isra mikraj



Malam semalam berkesempatan pergi ke surau untuk mendengar ceramah berkenaan isra mikraj.. Seperti yang semua tahu isra mikraj ialah hari di mana Rasulullah dijalankan oleh Allah s.w.t dari Makkah ke masjidil Aqsa sehingga dibawa naik ke langit ketujuh untuk menerima wahyu mengenai solat 5 waktu dari Allah s.w.t.. dan keseluruhan perjalanan hanya memakan masa separuh dari malam iaitu lebih kurang 6 jam..


Kalau mengikut logik mmg tak tercapai dek akal, perjalanan yang begitu jauh hanya memakan masa lebih kurang 6 jam..tapi itulah kuasa Allah yang Maha Besar..Dinyatakan perjalanan Rasulullah ditemani oleh malaikat jibril a.s sehinggalah langit ke 6 dengan menaiki sejenis pengangkutan yang dinamakan buraq.. dan kelajuan buraq secara kasar ialah 1250km/jam...tiada yang mustahil dengan keizinan Allah dan Allah Maha Mengetahui atas setiap sesuatu...


Ustaz banyak menekankan peristiwa2 sebelum berlakunya isra mikraj..isra mikraj berlaku pada tahun ke 11 kenabian ketika nabi berumur 51 tahun..setahun sebelomnya baginda kehilangan 2 orang kuat yang begitu disayangi Rasulullah..tahun itu dinamakan tahun kedukaan bila bapa saudaranya, Saidina Abi Talib dan isteri baginda, Ummul Mukminin, Saidatina Khadijah r.a dimatikan oleh Allah..Allah Maha Mengetahui atas setiap rencana yang dilakukan..semuanya telah tertulis dalam Loh Mahfuz.. dan setelah kematian kedua2 orang kuat baginda menerima tentangan yang maha hebat dari musuh2 islam dan kaum musyrikin Makkah..

Peristiwa isra mikraj sebenarnya memberi peringatan kepada kita tentang betapa besar kuasa Allah dan betapa pentingnya solat 5 waktu sehari semalam.. Kerana hanya ibadah solat yang diturunkan Allah kepada nabi Muhammad secara terus, 'face to face'..ibadah lain sumenya turun dalam bentuk wahyu..mengingatkan betapa susahnya baginda turun naik langit untuk mengurangkan bilangan solat yang difardukan untuk umatnya.. begitu sayangnya baginda kepada umatnya..itu pon amat payah untuk dikerjakan bagi golongan yang berat hati...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...