Friday, July 16, 2010

Epilepsi..

Epilepsi atau dalam bahasa popularnya sawan babi..penyakit yang berkaitan dengan saraf ini kebiasaanya puncanya dari keturunan, tapi ibu mengandung yang mempunyai penyakit ini hanya mempunyai 7-8% kemungkinan anak yang dikandung akan mengidap penyakit yang sama. Boleh dikatakan penyakit ini sebagai kelebihan arus elektrik dalam badan yang berpunca dari otak. Simptom2 yang biasa yang dapat dilihat ialah pesakit akan mengalami kekejangan, anak mata akan ternaik ke atas dan pengeluaran buih di mulutnya..


Sawan ni tidak mengira masa dan tempat untuk berlaku, bila2 masa ia boleh terjadi hatta ketika tidur pon.. Antara sebab2 yang dikenalpasti mengakibatkan sawan ini berlaku salah satunya tekanan dan kekurangan tidur..dan yang bahayanya penyakit ni ada yang boleh membawa maut..


Amat bersimpati dengan pesakit yang mengidap penyakit epilepsi ni.. kemungkinan pesakit akan mengalami rasa rendah diri yang teruk disebabkan penyakitnya.. kemungkinan dibuang kerja dan dari sisi masyarakat pula, mesti ada yang tidak dapat menerima..

p/s: selepas menonton cerita ketentuan yang sangat menyentuh jiwa,,

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...