Sunday, July 18, 2010

Allah Maha Besar..Allahuakbar..

Terasa terpanggil untuk menulis di sini walaupun buku yang dibaca belum habis bace lagi.. ingat lepas habis bace nanti baru nak tulis review..tp terasa berkobar-kobar sekarang nak tulis something selepas bace kisah dalam novel tu.. novel pe?? kene tunggu la..ni nak share apa yg aku belajar ari ni..benda yg berjaya menginsafkan diri aku..


kisahnya begini sepasang suami isteri yang sudah mempunyai anak 2 orang..si suami dan si isteri memang merancang untuk x nak anak dah dengan mengambil pil perancang..si isteri mmg ambil ubat setiap hari tapi kuasa Allah, dia ditakdirkan mengandung juga...bertekaklah si suami dan si isteri merungut x mahukan anak yg si isteri kandungkan dan si isteri nekad untuk mengugurkan kandungannya di klinik swasta.. percubaan pertama pasangan suami isteri ni gagal bila diorang g klinik tu, doktor ganti yg beragama islam melarang melakukan perbuatan tersebut dan menasihati pasangan tu supaya bertaubat.. kemudian pasangan ni mencuba lagi untuk kali kedua..ditakdirkan doktor ganti itu juga yang bertugas..terpaksalah mereka balik dengan memikirkan cara lain untuk gugurkan anak yg dikandung si isteri..


tiba-tiba timbul idea si isteri untuk mencuba cara orang lama2 dengan memakan benda2 yang tajam, yg boleh mengugurkan kandungannya... dia pon mencuba dan mendapat sokongan penuh si suami.. kuasa Allah lagi Maha besar, kandungan yang x diharap itu tetap membesar sehingga 8 bulan...dan akhirnya si isteri mengadu sakit yang amat..dibawanya si isteri ke hospital dan doktor mengesahkan si isteri mengalami "abruption placenta" atau bahasa mudah pendarahan dalam rahim..si isteri terpaksa menjalani pembedahan untuk menyelamatkan bayi di dalam kandungan dan juga dirinya sendiri..


di luar wad, si suami menunggu dengan penuh risau melihat keadaan si isteri..dan di tengah menunggu itu, si suami menerima khabar buruk yang anak2nye accident di jalan raya dan sekaligus mati di tempat kejadian.. maraung la si suami mendengar khabar berita sehinggakan kakinya x sanggup lagi untuk menampung berat badannya..dia langsung lemah longlai..

sementara di dalam wad, para2 doktor bertungkus lumus untuk menyelamatkan si isteri..si isteri mengalami pendarahan yang sangat teruk sehinggakan terpaksa memasukkan darah lain ke dalam badannya.. bayi dapat dikeluarkan tapi sedihnya bayi tersebut sudah biru dan akhirnya doktor mengisytiharkan yang bayi tu x dpt diselamatkan..yang si isteri pulak sedang bertarung hebat dengan nyawanya..melihat pendarahan yang terlalu banyak dan untuk mengelakkan komplikasi kematian, para doktor bersepakat untuk membuang keseluruhan rahim si isteri...


Alhamdulillah selepas beberapa hari di wad ICU, keadaan si isteri semakin stabil.. dan si suami pula semakin dekat dengan Allah bila ditarbiah oleh seorang doktor islam..

begitulah kisahnya..sangat terkesan di hati aku.. nak katakan betapa besarnya kuasa Allah.. bila2 masa Allah berkehendak, bila2 masa Allah boleh tarik nikmat yg dipinjamkannya..sekiranya kita hambanya tidak sentiasa bersyukur...dan bongkak dengan nikmat Allah..ingat segala yg ada di dunia ni hanya pinjaman semata2.. tugas manusia di muka bumi ini adalah untuk mencari keredhaan Allah, mencukupkan amalan untuk dunia yang hakiki...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...