Wednesday, July 28, 2010

Singguh aku rindu..



duhai bulan malam
sinaranmu sangat menawan
menjadikan malamku cukup indah
membuatkan malamku cukup istimewa
sungguh aku kagum pada penciptamu..


duhai angin lalu
dirimu enak membelai diriku
menjadikan diri aku terbuai sama
pada memori bahagia lalu
sungguh aku kagum pada penciptamu


duhai sang matahari
yang gagah memancarkan cahaya
sungguh luarbiasa dirimu
bisa menerangi segenap maya
bisa membuat aku cukup bertenaga
memulakan hari2 bahagiaku
sungguh aku kagum pada penciptamu..


duhai sang matahari, aku rindukan sang bulan
duhai pekat malam, aku rindukan siang terang
duhai sang angin, sampaikan rinduku padaNya
katakan padanya sungguh aku rindu padaNya
sungguh aku rindu pada pencipta kalian..

Sunday, July 25, 2010

#181

sunyi..sendirian..sangat tenang sekali kurasakan saat ini
walau dalam sarat dengan emosi
jiwa yang penuh bergelora dengan nafsu yang tak tertahan..
amarah ini walau cuba disekat, walau cuba dihalang..
tetap terluahkan walau hanya dengan perkataan..
walau hanya dengan keyboard dan blogspot..

kenapa?? apa salah aku??
aku sendiri tak paham..
kawan..apa salah aku?? dimana salah aku??
tolong tunjukkan, tolong bimbing..
jangan hanya membutakan mata, mengeraskan lidah..
jangan hanya terus menghindar...
jangan hanya membiarkan aku berteka-teki

kita sama saja..
ada ego masing2, ada maruah yang perlu dijaga,,
ada hati yang sensitif untuk disentuh..
dimana nilainya persahabatan kita?
jika ini balasannya...

Saturday, July 24, 2010

Aku dan matematik..

Terasa nak bercerita pasal subjek matematik pagi2 ni.. inilah matapelajaran yang aku cukup suka!!.. pasal nombor dan perkiraan..orang yang dok suka subjek ni kebiasaanya orang cina, depa ni mmg cukup mahir dengan ilmu hisab ni..bagilah apa2 masalah matematik, sekejap jer dia boleh selesaikan.. Lain pulak kebanyakan orang melayu, cukup leceh, cukup x suka bila melibatkan pengiraan2 ni..yamg sebenarnya malas nak mengira, malas nak menggunakan otak..bukan sume la kan..tengok adik adi putra tu,aku ingat orang cina pown kagum kowt nengok die solvekan masalah matematik..kira bangga la jugak orang melayu ada wakil kan..


Nape aku suka subjek ni?

Banyak kisah aku dan matematik ni sebenarnya.. Aku kenal dengan nombor2 ni mase aku umur 5 tahun kowt yang aku ingat..abah aku yang perkenalkan..nak citer abah aku ni sangat garang masa zaman dia muda2 dulu, zaman aku kanak2 lagi la..x boleh silap sikit, naiklah darah muda dia yang berkobar2 tu..besanya adik aku la yang jadi mangsanya...aku ingat lagi mase tu aku ngan adik aku yang masa tu baru umur 4 tahun kene belajar dah mengira...dah belajar yang senang2 la macam tambah, tolak..abah aku tahu tu jer..masuk tadika aku dah pandai mengira la yang senang2..tu semua berkat tunjuk ajar ayah aku..

bile masuk darjah2, time kene hafal sifir, abah cukup disiplin..setiap malam kene hafal, bile2 jer abah akan tanya..x dapat jawab kenelah habuannya, biasenya jentik kat telinga..tapi aku cukup bersyukur dengan cara didikan abah masa aku kecik..malam2 tu bile time buat keje rumah matematik, menangis2 bile x dpt buat, biler kene tengking ngan abah...

masuk darjah 5, cikgu yg mengajar aku matematik nama die cikgu Rahman, orang panggil die buntut tonggek.. aku suka sangat ngan cikgu ni, sbb aku murid kesayangan die..penah tu dia panggil aku kat depan buat soalan yang agak sukar la tp aku dpt jawab dgn betul dan dapat tepukan dari satu kelas..lepas tu ada sorang budak ni, nama die siti nuranisa..sangat comel!! die ni dah 3 tahun x silap x g sekolah..jadi cikgu rahman letakkan budak ni bawah jagaan aku..kira aku jadi cikgu matematik untuk si anisa ni,, dari x tau langsung sampailah bile ujian, markah die lagi lebih dari aku!!..kira berbakat jugalah aku mengajar..tapi si anisa ni, walaupun die x sekolah 3 tahun tapi otak die sangat cepat pick-up dan dia sangat rajin.. mana la ntah die skarang ni...rindu kat dia..rindu kat cikgu rahman..

masuk darjah 6 pulak, inilah kenangan pahit aku dengan matematik.. cikgu matematik merangkap cikgu kelas aku masa tu nama dia cikgu su fatimah...cukup digeruni sebab kegarangannya.. anak die pulak satu kelas dengan aku dan aku cukup anti betol dengan anak cikgu ni..gedik giler sampai budak2 lain pon panggil die "itik"....satu hari tu die tanya sifir 100 x silap...aku jawab betul tapi dia kata salah dan aku terus kena rotan kat tapak tangan..sebenarnya dari mula lagi aku nampak die macam x suka aku..x silap aku sorang jer yang kene masa tu..time rehat aku nangis sbb x penah kene rotan kowt..entah, napa aku nangis ek?? yang aku ingat ada soleha ngan azlina yg pujuk aku...x lama lepas tu cikgu tu kene pindah sbb? x taulah sebab sebenarnya tapi ada dengar2 kabar kata ramai cikgu2 lain pown x suka dengan cikgu su fatimah tu..entahla... tapi aku dah maapkan die...sejak ritu pown aku cukup bersemangat dengan matematik..masa rehat jer aku buat latihan matematik, sampai habis buku latihan aku buat.. lepas tu cikgu lain pulak ganti, cikgu julia nama die.. yang ni pulak cukup baik dengan aku..masa tu aku jadi penolong...selalu bawakkan buku kedatangan, kekadang aku yang tandakan kehadiran.. 

k..cukup..sebenatnya aku x nak citer panjang2 untuk post2 aku..tapi selalu jer tercerita panjang.. bukan orang nak baca pown..tp x pelah..boring2 nanti aku jugak yang baca...

Setanggi Syurga- In Team



Aku sangat suka lagu ni suatu masa dulu..lagu ni cukup halus dan cukup mendalam maksudnya..ikut dari sudut pandangan aku lagu ni tentang hamba yang yakin dengan janji Allah pada hambanya dan perasaan rindu untuk bertemu dengan penciptanya.. sangat tertarik dengan rangkap ni..


Kuanyam rindu menjadi hamparan
Kerna ku pasti adanya pertemuan
Disana nanti bukti cinta suci dilafazkan
Tak bertemu pengucapan...


Air Selusuh..

Makcik2 yang duduk kampung mesti tahu bile tanya pasal air selusuh.. nurse2 kat klinik atau hospital pun mesti tahu dan marah2 bile tahu pesakit minum air selusuh tu.. 



apa air selusuh?

air selusuh tu mengikut kata2 orang tua ialah air untuk memudahkan proses bersalin. Biasanya isteri2 atau perempuan2 yang mengandung la yang dok minum air ni.. Ikut satu sumber, air selusuh ni sebenarnya air kosong/air masak yang dibaca dengan ayat2 al-Quran... Nak katakan yang sebenarnya semua orang boleh buat air selusuh yang senang ni, tp sesetengah orang lagi percaya dengan bomoh2/dukun2.. padahal ayat yang digunakan cuma selawat, al Fatihah, 3Qul dan ditambah dengan surah Al-Maidah... tapi kalau ada bacaan lain yang mengarut2 tu x tahulah kan...

kenapa nurse cukup marah bile pesakit minum air selusuh ni?

Sebenarnya air selusuh ni niatnya baik iaitu untuk mengurangkan kesakitan bile nak meneran tu, memudahkan proses kelahiran..tapi kenapa boleh jadi sebaliknya.Mengikut pengalaman2 nurse2, bakal2 ibu yang minum air selusuh tu mesti akan mengalami sakit yang sangat teruk.. sebenarnya yang orang ramai x tau bile masa yang sesuai untuk minum air tu...mengikut sumber dari yang aku baca, air selusuh ni hanya boleh diminum bilamana bukaan rahim lebih pada 6inci..biasanya lepas air ketuban pecah..sekiranya diminum awal daripada itu, boleh menyebabkan kesakitan yang amat sakit pada bakal2 ibu..


kesimpulannya air selusuh ni cuma alat untuk membantu, seelok-eloknya harapan dan doa disandarkan hanya pada Allah..ada sesetengah tu begitu taksub dan percaya sangat pada nasihat2 orang tua hingga aku rasakan mungkin boleh membawa pada syirik..yakin pada kuasa air selusuh pula..x sepatutnyalah kan..

Wednesday, July 21, 2010

PECARIAN IMAM MUDA



Semakin popular rancangan tv yg pertama kali diperkenalkan di dunia ini..Sebuah siri pencarian seorang imam muda yg berkaliber, versatil dan releven pada komuniti..


"satu pencarian dalam sebuah perjalanan kehidupan..pencarian imam muda terunggul"..10 imam muda telah dipilih di seluruh Malaysia dengan setiap tugasan yg berbeza setiap minggu yg dipikul oleh setiap imam muda. Pengacara rancangan ini ialah Haji Dzul Karnain Haji Hamzah..


Episod pertama bermula pada 28 Mei 2010 di saluran astro..baru sekarang aku berkesempatan untuk tengok setiap episod yg dah didownload dari youtube... setakat ni baru tengok 4 episod..alhamdulillah, rancangan ini sangat2 baik untuk santapan rohani kita semua..lebih baik dari semua program realiti yang mencari penyanyi2..


Dengan setiap episod, imam muda diberi tugasan yang agak mencabar dan di setiap episod pasti akan ada babak2 sedih..episod 1 tajuknya sudah terlalu berat..iaitu pengurusan jenazah, diikuti oleh kelahiran, zaman kanak2 dan zaman remaja...episod yang paling bez setakat ni aku rasa episod pertama dan kedua.. peserta favorite aku pulak IM Nuri, IM Miril dengan IM Asyraf.. yg paling konsisten dan jarang di bawah IM Aran, IM Taufek, IM Hizbur..yg selalu di tangga bawah IM Syakir, IM Abe Syara, IM Adib, IM Azhar..

dan setakat ini di episod ke 4 IM Abe Syara teleh terkeluar..Ustaz Haji Hassan Mahmud Al Hafiz selaku mudir dibantu oleh 2 orang mursyid iaitu Ustaz Syed Norhisyam dan  Ustaz Shahrizan.Daud yg dipertanggungjawabkan untuk membuat penilaian 10 IM

Tuesday, July 20, 2010

isra mikraj



Malam semalam berkesempatan pergi ke surau untuk mendengar ceramah berkenaan isra mikraj.. Seperti yang semua tahu isra mikraj ialah hari di mana Rasulullah dijalankan oleh Allah s.w.t dari Makkah ke masjidil Aqsa sehingga dibawa naik ke langit ketujuh untuk menerima wahyu mengenai solat 5 waktu dari Allah s.w.t.. dan keseluruhan perjalanan hanya memakan masa separuh dari malam iaitu lebih kurang 6 jam..


Kalau mengikut logik mmg tak tercapai dek akal, perjalanan yang begitu jauh hanya memakan masa lebih kurang 6 jam..tapi itulah kuasa Allah yang Maha Besar..Dinyatakan perjalanan Rasulullah ditemani oleh malaikat jibril a.s sehinggalah langit ke 6 dengan menaiki sejenis pengangkutan yang dinamakan buraq.. dan kelajuan buraq secara kasar ialah 1250km/jam...tiada yang mustahil dengan keizinan Allah dan Allah Maha Mengetahui atas setiap sesuatu...


Ustaz banyak menekankan peristiwa2 sebelum berlakunya isra mikraj..isra mikraj berlaku pada tahun ke 11 kenabian ketika nabi berumur 51 tahun..setahun sebelomnya baginda kehilangan 2 orang kuat yang begitu disayangi Rasulullah..tahun itu dinamakan tahun kedukaan bila bapa saudaranya, Saidina Abi Talib dan isteri baginda, Ummul Mukminin, Saidatina Khadijah r.a dimatikan oleh Allah..Allah Maha Mengetahui atas setiap rencana yang dilakukan..semuanya telah tertulis dalam Loh Mahfuz.. dan setelah kematian kedua2 orang kuat baginda menerima tentangan yang maha hebat dari musuh2 islam dan kaum musyrikin Makkah..

Peristiwa isra mikraj sebenarnya memberi peringatan kepada kita tentang betapa besar kuasa Allah dan betapa pentingnya solat 5 waktu sehari semalam.. Kerana hanya ibadah solat yang diturunkan Allah kepada nabi Muhammad secara terus, 'face to face'..ibadah lain sumenya turun dalam bentuk wahyu..mengingatkan betapa susahnya baginda turun naik langit untuk mengurangkan bilangan solat yang difardukan untuk umatnya.. begitu sayangnya baginda kepada umatnya..itu pon amat payah untuk dikerjakan bagi golongan yang berat hati...

Sunday, July 18, 2010

Allah Maha Besar..Allahuakbar..

Terasa terpanggil untuk menulis di sini walaupun buku yang dibaca belum habis bace lagi.. ingat lepas habis bace nanti baru nak tulis review..tp terasa berkobar-kobar sekarang nak tulis something selepas bace kisah dalam novel tu.. novel pe?? kene tunggu la..ni nak share apa yg aku belajar ari ni..benda yg berjaya menginsafkan diri aku..


kisahnya begini sepasang suami isteri yang sudah mempunyai anak 2 orang..si suami dan si isteri memang merancang untuk x nak anak dah dengan mengambil pil perancang..si isteri mmg ambil ubat setiap hari tapi kuasa Allah, dia ditakdirkan mengandung juga...bertekaklah si suami dan si isteri merungut x mahukan anak yg si isteri kandungkan dan si isteri nekad untuk mengugurkan kandungannya di klinik swasta.. percubaan pertama pasangan suami isteri ni gagal bila diorang g klinik tu, doktor ganti yg beragama islam melarang melakukan perbuatan tersebut dan menasihati pasangan tu supaya bertaubat.. kemudian pasangan ni mencuba lagi untuk kali kedua..ditakdirkan doktor ganti itu juga yang bertugas..terpaksalah mereka balik dengan memikirkan cara lain untuk gugurkan anak yg dikandung si isteri..


tiba-tiba timbul idea si isteri untuk mencuba cara orang lama2 dengan memakan benda2 yang tajam, yg boleh mengugurkan kandungannya... dia pon mencuba dan mendapat sokongan penuh si suami.. kuasa Allah lagi Maha besar, kandungan yang x diharap itu tetap membesar sehingga 8 bulan...dan akhirnya si isteri mengadu sakit yang amat..dibawanya si isteri ke hospital dan doktor mengesahkan si isteri mengalami "abruption placenta" atau bahasa mudah pendarahan dalam rahim..si isteri terpaksa menjalani pembedahan untuk menyelamatkan bayi di dalam kandungan dan juga dirinya sendiri..


di luar wad, si suami menunggu dengan penuh risau melihat keadaan si isteri..dan di tengah menunggu itu, si suami menerima khabar buruk yang anak2nye accident di jalan raya dan sekaligus mati di tempat kejadian.. maraung la si suami mendengar khabar berita sehinggakan kakinya x sanggup lagi untuk menampung berat badannya..dia langsung lemah longlai..

sementara di dalam wad, para2 doktor bertungkus lumus untuk menyelamatkan si isteri..si isteri mengalami pendarahan yang sangat teruk sehinggakan terpaksa memasukkan darah lain ke dalam badannya.. bayi dapat dikeluarkan tapi sedihnya bayi tersebut sudah biru dan akhirnya doktor mengisytiharkan yang bayi tu x dpt diselamatkan..yang si isteri pulak sedang bertarung hebat dengan nyawanya..melihat pendarahan yang terlalu banyak dan untuk mengelakkan komplikasi kematian, para doktor bersepakat untuk membuang keseluruhan rahim si isteri...


Alhamdulillah selepas beberapa hari di wad ICU, keadaan si isteri semakin stabil.. dan si suami pula semakin dekat dengan Allah bila ditarbiah oleh seorang doktor islam..

begitulah kisahnya..sangat terkesan di hati aku.. nak katakan betapa besarnya kuasa Allah.. bila2 masa Allah berkehendak, bila2 masa Allah boleh tarik nikmat yg dipinjamkannya..sekiranya kita hambanya tidak sentiasa bersyukur...dan bongkak dengan nikmat Allah..ingat segala yg ada di dunia ni hanya pinjaman semata2.. tugas manusia di muka bumi ini adalah untuk mencari keredhaan Allah, mencukupkan amalan untuk dunia yang hakiki...

Friday, July 16, 2010

Lu pikirla sendiri



Baru je habis tengok citer ni..Lu pikirlah sendiri the movie..citer ni ditayangkan bulan 2 tahun ni,tp baru sekarang dpt tengok..itupon selepas mendownload di teamaryzs..time kasih teamaryzs sbb upload banyak citer2 bez yang boleh aku sedut!!.. nak citer kan pasal sinopsis or jalan citer die msti la dah basi kan??? sume orang pown dah tgok citer ni, dah tahu....

jadi apa yg aku leh buat?? bg komen dr sudut pandangan aku la macam biasa... bg aku citer ni ada sedikit memberi motivasi pada aku..ye la walaupun citer die macam citer steretoip(btol ke ni?? ah..layannn..) sgt la org katakan, kisah sinikal masyarakat yang hidup ssh dan akhirnya berjaya dalam hidup, tp kelainan sikit dlm citer ni,sbb ade nabil dan zizan!! hehe...minat giler dgn diorang berdua ni... yg mane part yg memberi aku motivasi?? ketika nabil dah berjaya jadi artis tu, masa kene temuduga dgn wartawan2, tetiba dtg si amy.wiwittt......kata2 die tu la yg memberi aku motivasi...ape katenya?? dia kata "xkan nak bawak lori selama-lamanya jer..hidup ni kene bergerak ke hadapan..impian kene besar beb..usaha orang kata tu msti xde putus asa punye..apa2 yg terjadi k ini gua punye dream n gua msti achieve dream gua.." (lbh kurang camtu la die punye cakap)... 

ape macam?? mmg boleh diaplikasikan dalam hidup gua yg tengah kekeliruan arah ni..(hehe..aku pown dah terikut ckp gua2 ni)..boleh la dpikirkan sendiri apa gua nak dalam hidup ni..apa dream gua?? camner nak achieve impian gua?? Lu pikirlah sendiri..:p

Epilepsi..

Epilepsi atau dalam bahasa popularnya sawan babi..penyakit yang berkaitan dengan saraf ini kebiasaanya puncanya dari keturunan, tapi ibu mengandung yang mempunyai penyakit ini hanya mempunyai 7-8% kemungkinan anak yang dikandung akan mengidap penyakit yang sama. Boleh dikatakan penyakit ini sebagai kelebihan arus elektrik dalam badan yang berpunca dari otak. Simptom2 yang biasa yang dapat dilihat ialah pesakit akan mengalami kekejangan, anak mata akan ternaik ke atas dan pengeluaran buih di mulutnya..


Sawan ni tidak mengira masa dan tempat untuk berlaku, bila2 masa ia boleh terjadi hatta ketika tidur pon.. Antara sebab2 yang dikenalpasti mengakibatkan sawan ini berlaku salah satunya tekanan dan kekurangan tidur..dan yang bahayanya penyakit ni ada yang boleh membawa maut..


Amat bersimpati dengan pesakit yang mengidap penyakit epilepsi ni.. kemungkinan pesakit akan mengalami rasa rendah diri yang teruk disebabkan penyakitnya.. kemungkinan dibuang kerja dan dari sisi masyarakat pula, mesti ada yang tidak dapat menerima..

p/s: selepas menonton cerita ketentuan yang sangat menyentuh jiwa,,

Wednesday, July 14, 2010

realiti kehidupan..

bukan mudah meniti realiti kehidupan..perlukan segala macam rencah untuk terus tabah..kadang perancangan tak seiring dengan keadaan, keinginan tak selari dengan keperluan..sebaik-baik perancang hanya Dia yang maha kuasa..kudrat manusia adakalanya terbatas dengan keadaan2 yang tak terjangka...
suratan yang telah ditentukan pasti ada hikmah disebaliknya...


bukan menyalahkan takdir, jauh sekali untuk mengeluh akan nasib..hanya mengadu dan mengharap akan menjadi lebih tabah dan kuat dalam mengharungi bahtera kehidupan... insyaAllah rezeki ada di mana2 selagi kita terus berusaha dan yakin denganNya..


jatuh dan bangun adat putaran kehidupan... cuma jangan biarkan kealpaan timbul bila berada di atas dan kekecewaan bila berada di bawah...

Tuesday, July 13, 2010

keminatan..

xde keje ni..nak senaraikan la apa yg aku minat..hehe..


1. warna: xtau la sbanrnya favorite color aku ape??..tp boleh dibuat kesimpulan aku sukakan warna2 yg lembut.. baju pulak kebanyakkannya berwarna coklat, jd aku rase aku suka warna coklat..dlu2 kalau ditanya pasal favorite color msti letak warna biru..sbb suka sangat tgok laut dan awan yg warna biru... skrg ni warna lavender, hitam dan putih pown antara kegemaran aku..


2. haiwan/serangga : aku suka dengan haiwan2 yang cantik..aku suka dengan rama2 yang berterbangan bebas di udara, yang ade mcm2 corak kat blakang badan die tu..dlu2 masa kecik, sgt excited dgn rama2 warna putih sbb terpengaruh dgn citer baja hitam x silap.. lagi satu aku suka tengok ikan2 yg berenang dalam akuarium..aku leh jd leka tgok banyak2 ikan yg cantik2 jugak..jadi salah satu impian aku nak scuba diving kat laut..


3. bunga: perempuan msti suka dengan bunga kan?? favorite bunga aku mstilah bunga matahari sbb warna die too shiny dan bg semacam semangat dan keceriaan bile pandang..lg satu aku suka bunga teratai yg terapung kat tasik...dan jugak bunga2 yg warna putih/ungu..macam bunga anggerik dan bunga lily.

.
4. movie: aku mmg suka sangat tgok tv.. movie2 yg aku minat kategori citer english, aku suka tgok genre yg adventure, action, thriller dan futuristic.. kalau movie2 melayu suka tgok genre cinta2 la of course.. kalau hindustan pulak suka tengok citer yg mcm balas dendam, semangat kenegeraan, dan hubungan keluarga.. dan last sekali kalau cerita cina suka tgok yg ade kungfu/shoulin..sangat meminati jackie chan.. eh,lupa pulak.. citer korea dan jepun kebanyakkannya yg aku tengok sume bez2.. sume genre aku suka tgok kowt kalau dr korea/jepun...


5. novel : novel takut nak citer..nanti terpanjang..sbb mmg minat giler dgn novel terutamanya novel penulis ramlee awang mursyid.. novel2 yang berunsur thriller dan islami serta percintaan semua diadun dgn baik dalam karya beliau.. karya2 yang berunsur islam ade yg bez jugak, mmg perlukan santapan rohani kadang-kadang.. dan aku dah jemu dgn genre percintaan.. skrg aku nak beralih arah membaca karya2 faisal tehrani.novel beliau yg paling bez ialah novel 1515H..


6. tempat2 pilihan: of course tempat pilihan aku dalam hutan, sbb dlm hutan sunyi,ade air sungai.. mmg terasa dekat dgn alam semulajadi.. lepas tu aku suka tmpat2 sejarah mcm muzium ataupun tmpat2 pameran..lg stu my favorite place perpustakaan/kedai2 buku...aku x suka tempat yg crowded dgn orang...


7. lagu: lagu aku ska lagu penyanyi zaman 80an-90an..org kata zaman rock kapak..mnat dgn kumpulan wings, search, BPR, tiara, Lefhended, Qiara, Dinamik dsb..lagi satu aku suka dgn lagu2 nasyid..paling minat kumpulan inteam, hijjaz, mestica dan far-east.. rabbani dgn raihan suka certain2 lagu jer.. yg lagu english kurang minat..lagu terkini pulak ade certain2 penyanyi jer yg minat mcm faizal tahir dgn aizat..


ckup la kowt..kak ain dah bsing tadi..haha...tp nak buat ape kan..boring la xde keje..

Saturday, July 10, 2010

kekecewaan melanda..

dua tiga hari ni emosi aku jadi kurang stabil..asyik x puas hati dengan orang sekeliling, asyik nak marah2 jer..entah ape kene, jerawat pon dah naek..maybe terlalu stress ngan semua benda..tp itulah cuba gak kawal perasaan marah ni, jangan ikutkan sangat kan emosi ni..macam banyak benda yang buat aku rasa sangat2 teruk..


macam ari ni, perasaan malas pulak timbul..padahal banyak benda dah plan nak buat, kesudahannya buat yang paling penting jer..itupon patutnya kene study sesikit pasal esok ni, tp apa aku buat?? maen game, update blog,sat g pulak nak p tengok tv..lepas tu msti tido..bsok nganga jer la keje aku biler suruh bg pendapat..huhu.. tulah teruknya!! penuh dengan semangat tapi xde inisiatif..semangat jer xkan kemana... asyik berangan-angan jer keje...macam manelah nak improve diri kalau lagu ni??? umur makin bertambah tapi ape je yg aku dah buat yang boleh dibanggakan??? xde kan?? huhu..sedihnya biler pikir nasib aku lagu ni...sedih lagi biler pikir aku boleh mengubah kalau aku nak....

Wednesday, July 7, 2010

keserabutan dan kerja

nak update pasal keje dan keserabutan pemikiran aku di kala ini.. maybe minggu ni last week aku keje kat company tu..itupun selepas bertanya secara jujur dari kak ain..kalau x minggu ni, mungkin another week, sbb project fedEx yang patching tu almost settle, Malaysia tinggal case2 yang request for email..yg Indonesia x banyak, Vicky dah settlekan, yang New Zealand punyer bhavani ngah buat.. tadi dah terima arahan dari bos esok kene proceed dengan fedEx promotion project pulak..project sebelom ni yang buat untuk Malaysia, tapi yang ni untuk Singapore pulak..diorangnyer x capai target lagi..Mengikut kata Kak Ain, mmg nak cepat2 habiskan project fedEx ni..dan yang latest project company ni dapat dr US, aku x tau details die sbb x terlibat, hanya perlukan 2 orang jer..jadik yang selebihnya direhatkan atau dalam laen maksud bolehla mencarik keje laen...



Jadi inilah yang buat aku serabut sekarang ni...kembali nak menjadi penganggur.. semalam ade satu company yg aku penah g interview telepon dan sekaligus membawa berita gembira yang aku dah dipilih bekerja kat company tu as a PHP programmer.. sebenarnya masa aku mintak keje kat situ dulu sebagai kerani jer, tetiba die offer programmer pulak..masalahnya sekarang aku mmg x confident ngan keje programmer ni.. dah r blajar PHP untuk 3 bulan jer dlu kat KLMU...camner ntah nak jadi programmer, cam x layak jer...tapi aku cakap nak fikir dulu..dalam mase 2 ari nanti aku bagi jawapan..so, esok aku kene telepon orang tu dan gtau jawapan..so..jawapannya??? x tau lagi ni...aku ingat esok aku tepon, gtau jujur la..berminat tapi x confident boleh buat..kalau ade orang leh tolong tunjuk ajar, mungkin aku akan berusaha untuk belajar.. mmg dari dulu lagi aku mmg ngelak kalau bab2 coding ni....pening kepala!! serabut pikir bahasa komputer ni!! 

Ari ni pulak aku dapat mesej dari pakcik sedara belah emak..anak toklong keje kat MBSB..die kata ada kekosongan kat bahagian IT..jadik mungkin die boleh tolong2 la kan...so tadi aku dah touch-up balik resume dan hantar sekali ngan transkrip ke email die..maybe next week akan dipanggil untuk interview... hopefully ade rezeki aku kat sana...


Gaji tadi baru jer masuk..dapat RM770, keje selama 16 hari..rasa sikit..tapi apa-apapun alhamdulillah, dpt jugak sikit dari x dapat langsung kan... leh la jugak bayar ptptn 100, simpan 100... sbb kalau pikir kos tambang+makanan, sehari dalam RM10..darabkan dgn 20 hari waktu bekerja kira-kira budget dalam RM200 sebulan...kalau keje sebulan pon, 20++ hari, mgkin dpt RM1000 jer jugak...yang bez keje ni, keje isnin sampai jumaat jer..langsung x ganggu sabtu ngan ahad...keje pon x pressure, peraturan pon mcm longgar sikit, cuma ade cctv yang memantau dan larangan2 membuka email dan facebook semasa bekerja je la..



Lagi satu nak citer, pasal PAC ari ahad ni.. langsung x sedia apa2, baik dr segi fizikal ataupun mental.. si Elly yang dah pon g minggu lepas berkata sangat penat dengan larian 2.4km, beserta perbincangan2 yang mantap dalam BM dan BI....sume part aku takut, lari tu sure aku pancit nanti..lama x exercise...yang pasal perbincangan pulak isu2 semasa sekarang apa ek?? dah r malas nak membaca suratkhabar, nengok berita pon aku x rajin...mmg terpinga-pinga la kowt aku nanti..baek BM atau BI..tp kan yang penting sgt2 kene confident jer ngan apa yang kite cakap walaupun sbenarnya isu tu dah lapuk ker, dah ramai orang bg pendapat yang sama ker..belasah jer asalkan confident dan lantang bersuara...kalau takut2 benda yang betol pon orang x kan percaya...aku harapkan ari sabtu ni jer la nanti aku study sikit2.. mmg x harap sangatla untuk first trial ni.. kira bernasib baik la jugak la aku ni antara 30,000 orang, 3000 jer yang dipilih untuk PAC... tapi dlm 3000 tu maybe die nak pakai 300 jer, camtu r besanya kalau keje gov ni.. yang mintak ramai sesangat, yang dishortliskan pon ramai tp yang betol2 diperlukan sekerat jer.. xper2 untuk kali pertama ni buat sehabis baik, cuba bagi yang terbaik..ade rezeki akan dpanggil temuduga..kalau xde rezeki cba lagi untuk next year pulak.. bukan senang nak dpt post PTD ni..mmg yang selected tu betol2 power la...


ok..sampai sni dlu la..actually nak update pasal minggu lepas..pasal kenduri kawin sepupu.. xder mase lagi, nanti2 la ye..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...